Bab 35

95.1K 4.9K 872
                                    

Aku hanya mengulum senyuman nipis, setiap kali terserempak dengan kawan Noah yang lalu di sebelah aku. Malam ini, merupakan majlis perkahwinan rakan Noah yang sama-sama melanjutkan pelajaran di London. Oleh kerana Noah sering bercerita tentangku, rakannya menjadi tertanya-tanya tentang diriku. Maka dengan itu, berdirilah aku di sini seperti patung.

Noah tinggalkan aku untuk bertemu dengan kawan-kawannya.

"Hey, you bukan tunang Noah ke?" tegur salah seorang gadis yang berselisihan denganku.

Aku angguk seraya senyum segaris. 

"Where's Noah? Kenapa dia boleh tinggalkan you seorang diri dekat sini?" mata gadis itu mula melilar-lilar mencari keberadaan Noah. "Oh, by the way, my name is Melissa." dia menghulurkan tangan. "I kawan rapat dengan Noah waktu dekat London dulu."

Aku pula tanpa banyak kata terus menyambut huluran tangan tersebut. "Irish." 

"Pleasure. I rasa macam tak percaya pula dapat tengok you in real life. I mean, selama ini Noah always talked about you. Sampai kita orang selalu naik menyampah." Melissa gelak halus sebelum menggeleng kepala perlahan.

"Apa yang Noah cerita dekat awak semua?"

"Nothing special, just bagitahu kami yang dia mempunyai tunang di Malaysia." Melissa mengeluh. "You know that he's hot right? Kebanyakan perempuan di sana selalu tergila-gilakan dia. Sampai dia naik menyampah, and decided to tell everyone yang dia sudah mempunyai tunang." Melissa gelak. "At first, I sendiri tak percaya. I mean, siapa sahaja boleh percaya bila someone yang tak tunjuk interest dekat perempuan tiba-tiba sahaja bertunang?"Melissa memandang aku tepat. "Kan?"

Aku senyum segaris. "Then, apa kata semua orang?"

"We just laughed." seusai sahaja Melissa berkata begitu, terus sahaja dia gelak. Gelak yang sengaja dibuat-buat. "I really thought yang dia kena paksa bertunang dengan pilihan keluarga because I never seen him on the phone with you."

"Saya yang tak nak ganggu dia--"

"Really? By the way, you guys bertunang ni sebab terpaksa atau memang cinta antara satu sama lain?" berkerut kening Melissa memandang aku. "Sebab macam tak percaya you all berdua cinta satu sama lain. Tengok sajalah malam ni, dia tinggalkan you seorang diri dekat sini sedangkan dia bertemu dengan geng dia dekat London."

Air liur ditelan perit. Betul kenyataan Melissa itu, Noah tinggalkan aku di meja seorang diri sedangkan dia tahu yang aku tidak kenal sesiapa di sini. "Dia yang ajak saya bertunang dan saya setuju." balasku lambat-lambat.

"Any reason?" soal Melissa agak kerek, malah melalui nadanya aku sendiri dapat merasakan yang dia tidak sukakan aku. 

"Hah?"

"You see, I tak nampak pun yang you cintakan dia."

"Maksud awak--"

"Same goes for him." potong Melissa laju. "I don't see love in his eyes towards you either." 

Jeda.

"All I seen is just...." Melissa memandang aku atas bawah sebelum bibir atasnya dijongket sedikit. "...sympathy."

"Melissa!! Stop whatever you are trying to do." sampuk seseorang, berdasarkan dari nada dan accentnya itu suaranya kedengaran British. Aku dapat rasakan dia bukanlah orang sini. 

Dan apabila dia berhenti betul-betul di hadapanku barulah aku yakin yang dia bukan orang melayu. Tengok sahaja wajah mat sallehnya dan ketinggiannya itu.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now