Bab 21

91.7K 5.2K 419
                                    

Perbualan aku dan Dr. Adam sebentar tadi tergendala akibat daripada kemasukan ibu dan adikku yang mungkin baru sahaja selesai solat. Sebaik sahaja aku melihat mereka, terus sahaja aku menganggap Dr. Adam tidak wujud dengan mengabaikannya sedangkan aku tahu dia terus-terusan memandangku.

"Kakak stres ke? Kenapa boleh jadi macam ni?"

Aku jungkit bahu. "Benda dah nak jadi ibu. Nak buat macam mana." aku mengukirkan senyuman nipis. Cuba untuk menyejukkan hati ibuku.

"Macam adik kenal je ayat ni." Irene membuat wajah berfikir dengan meletakkan jari telunjuk dia dagu sambil mengetuknya berkali-kali.

Aku menepuk perlahan bahu Irene kemudian beralih ke arah ibuku. "Ibu tak kerja ke?"

"Macam mana nak kerja kalau asyik fikirkan keadaan kakak je."

"Maaf sebab dah buat ibu dengan adik risau..."

"Adik tak pun." sampuk Irene membuatkan aku memandangnya tajam. Irene hanya menayangkan kesemua giginya. "Kesian dekat abang Adam, macam tunggul pulak dah dekat situ."

"Eh! Tak apalah..."

"Terima kasih sangat sebab dah bawa Irish pergi hospital. Dua kali dah makcik terhutang budi dekat kamu." penuh dengan kelembutan Puan Irma berkata sambil memberi pandangan yang lembut kepada Dr. Adam.

"Tak adanya mak cik. Kebetulan masa dia pengsan tu, waktu saya tengah mengajar."

Aku mencebik.

Puan Irma fokus memandangku kembali. Kali ini dengan wajah sedikit marah membuatkan aku kepelikan. "Lain kali makan. Minum air. Jangan nak skip breakfast. Tidur tu biar kasi cukup. Kalau letih, rehat. Jangan terlalu nak push sangat diri tu."

Aku angguk faham. "Baiklah ibu."

"Jangan reti cakap je."

"Entahlah kakak ni. Sebab itulah kakak kena cari bias dengan segera. Tengok macam adik ni." Irene menunding jari ke dirinya sendiri dengan bangga. "Selalu ceria dan bersemangat. Mana taknya, kehadiran Jungkook tersayang dan Taehyung yang sek--"

Papp!!!

"--awwwww..." Irene menggosok lengannya akibat daripada tamparanku yang hinggap di situ. "Tak padan dengan sakit tapi tenaga macam orang bukan sakit. Kakak bela hantu ke?"

Aku tidak membalas, hanya menjuling mata ke atas. Lagi dilayan Irene, lagi dia tak akan mengalah.

"By the way, abang Adam tak nak balik ke?" Irene mula mengalihkan pandangannya memandang Dr. Adam, malah aku juga turut memandangnya melalui hujung mataku.

"Adik Irene halau abang ke?" seloroh Dr. Adam. 

"Ish! Mana ada. Kesian dekat abang, sepanjang kakak duduk dekat hospital ni. Kerap sangat abang datang sini..." Irene menjeling aku nakal, jelingan mengusik sebenarnya. "...runsing sangat dia ya.." kening diangkat berkali-kali.

"Apa?" soalku dengan hanya menggerakkan mulut. Sempat juga aku menjelingnya tajam.

***

Sebaik sahaja melihat pintu yang berwarna kelabu itu, terus sahaja aku berjalan dengan cepat. Akibat makan ubat semalam, aku boleh terbabas sedangkan hari ini kelas sudah bermula seperti biasa.

Sudahlah kelas Dr. Adam. Tapi nasib baiklah ada waktu kecemasan selama 13 minit, jadi aku masih boleh masuk ke dalam kelasnya.

Aku memulas tombol pintu kelabu itu, namun belum sempat aku menapak masuk. Ada satu suara menegurku dari belakang. Terus aku pusing ke belakang memandang gerangan yang menegurku.

Bella.

"Kau buat apa datang sini?" lembut aku bertanya.

Namun kelembutan aku tidak berkesan kepada Bella. Dia malah memandang aku sinis. "Kau tahukan anggara siapa yang menyebabkan kau kena marah dengan Dr. Adam?"

Aku geleng kepala.

"Kau tahu. Kau tahu itu perbuatan aku, kau tahu yang aku tak print pun slide kau tu." tajam anak mata Bella memandang aku. "Tapi kenapa? Kenapa kau tak datang nak marah aku pun? Kenapa kau tak datang nak serang aku pun?"

"Perlu ke aku buat macam tu?" aku peluk tubuh.

"Sangat perlu." Bella mendengus sinis. "Sudah lama aku nak tahu benda ni. Tapi tak pernah nak terluah daripada benak fikiran aku. Kenapa kau, tak pernah persoalan apa yang berlaku selama ni?"

"Penting ke Bella? Pentingkah untuk aku tahu mengapa kau putuskan persahabatan kita dulu?" soalku sambil mata menikam anak mata Bella.

"Penting sangat."

Aku mengeluh. Fikirku untuk memikirkan yang aku dan Bella tak ada apa-apa hubungan lagi. Tapi, kalau ini yang dinginkannya. "Kenapa? Kenapa kau berpaling tadah daripada aku dulu Bella?"

"Sebab aku jealous dengan apa yang kau ada. Sebab aku bencikan kau. Sebab kau ada semuanya!!!" jawab Bella dan kali ini nada suaranya ditinggikan. "Aku benci bila kebanyakan lelaki datang dekat dengan aku hanya kerana kau. Hanya sebab nak rapat dengan kau." mata Bella berapi. "Aku paling benci bila dijadikan sebagai perantara untuk rapat dengan kau. Aku benci bila orang yang aku suka sendiri pergunakan aku dan jadikan aku alasan hanya kerana nak rapat dengan kau..!!"

"Bella..."

"Aku benci gila dekat kau. Kau ada semuanya, kecantikan, kecermelangan, semua guru dan murid suka dekat kau. Sedang aku, nothing.." air mata Bella mula mengalir membasihi pipi. "Kadang-kadang aku fikir kau sengaja jadi kawan aku sebab nak nampak kau seorang sahaja yang menyinar. Supaya kau fikir yang kau tak banyak sangat persaingan." Bella tersenyum sinis. "Am I right?"

Jeda.

Aku sengaja senyap untuk seketika sebelum hujung bibirku mengherot senyuman sinis. "Baguslah. Kita sama-sama cemburu. Kau jealous dengan aku dan aku jealous dengan apa yang kau ada." aku menggeleng kepala berkali-kali. "Nonsensenya." aku gelak hambar. 

"Kau tak payah nak pura-pura jealouslah dengan apa yang aku ada. I mean, apa je yang aku ada?"

"Kau ada keluarga yang bahagia."

Senyap.

"Apa ni Irish. You should fine another reasons untuk kau jealouskan aku. Alasan yang lebih mantap." sinis Bella memandangku.

Aku mengabaikan ayat Bella kemudian menghampirinya. "Setiap hari aku jealous dengan kau. Setiap kali kau datang sekolah dan setiap kali kau pulang ke rumah. Kau mungkin tak pernah sedar pun benda tu tapi setiap hari aku selalu perhatikan kau. Kau beruntung, sedang aku gadis yang malang."

"Apa yang beruntung--"

"Kau ada bapa yang penyayang." kolam air mata mula bertakung. "Setiap hari kau datang sekolah, kau cium tangan ayah kau. Ayah kau bagi kau duit, suruh kau belajar elok-elok. Bila balik sekolah, ayah kau datang jemput kau." aku terukir senyuman sinis namun air mata mengalir jatuh. "Sedang aku? Aku tak pernah dapat merasai semua tu."

"At least, kau dapat kasih sayang daripada seorang bapa. Aku?" aku terukir senyuman pahit. "Aku tak dapat nak rasai semua tu, kau mungkin tak tahu tapi aku terseksa. Ayah aku tak pernah pun hulurkan duit kepada aku, apatah lagi untuk aku tunduk dan cium tangan ayah aku dan yang paling menyedihkan aku... tak pernah merasa kasih sayang seorang bapa."

Senyap.

"Now what? It's turn out you to be speechless." aku memandang Bella yang kematian kata memandangku. "Kenapa? Tak percaya yang aku alami itu semua? Hanya kerana aku tak pernah tunjuk yang aku mempunyai masalah, tak bermakna aku tak ada masalah."

"Aku buat semuanya terbaik sebab aku nak ubah nasib keluarga aku. Kau sepatutnya beruntung yang kau tak lahir dalam toxic family. Berhenti jealous dengan apa yang orang ada disekeliling kau. Kau sepatutnya, bersyukur dengan apa yang kau ada disekeliling kau. Sebab... tak semua orang dapat merasainya.."

Aku berlalu pergi.


~~~


Publish: Mar 04, 2020

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now