Bab 45

87K 4.1K 900
                                    

Belakang Dr. Adam aku pandang dengan penuh kusyuk dan senyuman yang menghiasi wajahku. Pagi tadi, selepas sahaja kami solat subuh berjemaah. Cepat-cepat Dr. Adam bersiap untuk turun ke bawah dan siapkan sarapan buat kami berdua.

Katanya, asyik aku sahaja yang siapkan sarapan buat kami berdua dan kini tiba masanya pula untuk tunjuk skil memasaknya.

"Abang, semalam kenapa Dr. Qalisya call? Irish tak sempat nak tanya dah terlelap. Mengantuk sangat semalam."

"Oh, tak ada apa pun. Dia call untuk tanya mengenai projek penambahbaikkan di bahagian fakulti abang." jawab Dr. Adam sambil tangannya lincah bergerak ke sana ke sini.

Aku mencebik. "Pukul 10 malam call untuk bincang hal tu? Macamlah tak boleh nak bincang dekat tempat kerja. Kenapa nak kena call juga malam-malam?" rungutku tidak puas hati.

Dr. Adam yang sedang sibuk dengan makanannya, terus sahaja mengangkat kepalanya memandang aku. "Mungkin sebab terbiasa." balasnya sebelum fokus kepada masakannya.

"Then, kurangkan kebiasaan tu. Abang pun dah ada family sekarang ni, kenapa nak kena ganggu malam-malam buta."

Dr. Adam memandang aku sekilas bersama dengan senyuman nakal. "Tak akanlah dengan Qalisya pun sayang nak cemburu?"

Tajam anak mataku menikam Dr. Adam. "Jadi, awak nak saya tak ada perasaan cemburu ke?! Macam tu?! Adam cemburu tanda sayang tau, kalau awak nak saya tak nak ada perasaan cemburu--"

"Woah, abang gurau je. Janganlah serius sangat pagi-pagi ni." potong Dr. Adam laju.

Aku mencebik. "Saya tak rasa benda tu lawak dan bukan perkara yang seharusnya dibuat gurau."

"I'm sorry." Dr. Adam mengulum senyuman nipis memandangku yang masih lagi bermasam muka. "Sayang jangan risaulah. Abang dengan Qalisya tak ada apa pun. Tak lebih dari seorang kawan dan rakan sekerja. Hati dan jiwa abang, hanya untuk Irish Arissya seorang sahaja."

"Memang dekat tempat kerja, abang berkawan dengan dia je ke?"

"Aik, tak akanlah sayang nak sekat dan tentukan dengan siapa abang nak berkawan pula?"

"Saya tanyakan tu, bukannya suruh abang berhenti kawan dengan dia..!!" balasku dengan nada yang sedikit meninggi.

"Sayang ni, takutlah abang nak bergurau dengan sayang kalau pagi-pagi lagi sudah moody."

Aku menghela nafas panjang. "Can you please be serious. Satu minit pun jadilah." 

"Okey. Okey. Abang akan cuba kurangkan sikit pergaulan abang dengan mana-mana perempuan kalau itu yang membuatkan kesayangan abang ni gembira."

Aku menahan diri daripada mengukir senyuman lebar.

"Sukalah tu." jeling Dr. Adam memandangku.

Aku pula hanya menjelir lidah kepadanya sebagai balasan.

"Oh iya, lupa nak bagitahu. Hari ni birthday Irene, ibu ada buat makan sikit sempena birthday dia. So, kita kena pergi lepas balik dari kerja."

"Okey." Dr. Adam angguk berkali-kali. "Tapi, kita mestilah kena bagi dia hadiahkan?" dia mengambil tempat bertentangan denganku selepas menyusun beberapa jenis makanan di atas kaunter dapur.

"Tak payah nak bagi hadiah sangatlah. Dia tu dah 18 tahun, bukannya lapan tahun pun." balasku menyampah sambil tangan mengambil sandwich dan memasukkannya ke dalam mulutku.

"Apa pula tak bagi hadiah. Tak akanlah nak pergi dengan tangan kosong."

Aku mencebik. "Pergi rumah ibu je kut. Bukannya rumah orang lain."

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now