Bab 36

84.4K 5.6K 1.4K
                                    

Seminggu berlalu selepas kejadian yang berlaku baru-baru ini. Sepanjang tempoh seminggu itu, banyak yang aku pelajari dan begitu banyak yang aku dapat. Tapi, aku bukanlah jenis manusia yang suka duduk dalam masa silam.

Namun tipulah jika aku tidak rasa apa-apa setelah apa yang berlaku. Tapi, kalau ada benda yang harus kita bergerak ke hadapan, aku akan bergerak menuju ke hadapan dan tidak akan sekali pun aku akan bergerak kembali ke belakang.

Tak akan.

Dan aku juga bersyukur yang Tan Sri Ibrahim dan Puan Sri Khatijah masih melayan aku seperti sedia kala dan tiada langsung rasa jangkal apabila aku sekeluarga datang ke rumah mereka. Perasaannya masih sama seperti dulu. Dan untuk itu aku bersyukur sangat-sangat.

"I dah nak masuk ni." 

Suara itu mematikan segala lamunanku. Terus sahaja aku berdiri menghadap dia. Senyuman diukir manis. "Jaga diri baik-baik, jangan terlalu ikutkan budaya orang sana." pesanku, sama seperti pesanan yang pernah aku ucap sewaktu Noah nak sambung master dulu.

Noah gelak. "Love come on, ini bukannya kali pertama I pergi London. Dah banyak kali dah pun, tak akanlah you tak percayakan I lagi."

Aku sengih. "Manalah tahu awak tiba-tiba berubah jadi liar ke lepas putus tunang ni, memang saya terbang ke London lempang awaklah." selorohku.

"Mmmphh... tak ada maknanya. Entah-entah you yang macam tu." jeling Noah kemudian kami berdua sama-sama melepaskan tawa.

Dan aku juga bersyukur tiada apa yang berubah antara aku dan Noah, juga sama seperti dulu. Walaupun aku tahu rasa jangkal itu tetap ada namun hiraukannya adalah pilihan yang tepat sekarang ini. Kami berdua sememangnya hanya ditakdirkan begini dan tidak lebih dari itu.

"Thanks..." Noah sengih dan aku faham maksud sengihan Noah itu.

Perlahan-lahan aku membalas sengihan Noah. "Agak-agak sampai bila awak akan duduk dekat sana?" soalku, sekadar ingin menghabiskan sedikit lagi masa aku dengan dia.

"Tak tahu, mungkin lama kut. Membawa hati yang lara." 

Aku sengih. "Hati yang laralah sangat.." aku menjuling mata ke atas. Tahu yang Noah hanya mengusikku.

"Okeylah my love, I dah nak masuk ni. You jaga diri tau sepanjang I berada dekat sana, kalau ada apa-apa terus bagitahu I."

Aku angguk berkali-kali. "Awak pun take care, makan minum tu jaga, tidur pun sama..." 

Noah angguk sebelum mengheret bagasinya masuk ke balai pelepasan, aku pula hanya setia memerhatikan setiap jejak langkahnya. Tadi, keluarga aku dan Noah ada untuk hantar Noah ke London namun dengan tiba-tiba mereka bersepakat untuk memberi sedikit ruang antara aku dan Noah.

Maka, tinggallah aku berdua dengannya. Belakang Noah aku pandang lama, entah kenapa perasaan berat itu ada namun untuk apa semua itu? Adakah kerana kenangan yang ada antara kami berdua?

"Do you love me Noah?" soalku.

Noah yang dari tadinya hanya menunduk mengangkat kepala memandangku. Dan waktu itu, aku dapat melihat air matanya mengalir jatuh.

"Pada awalnya I juga tanya diri I macam itu, adakah I cintakan you atau semuanya demi menutupi semua rasa bersalah I. Tapi sejak kebelakangan ini, I tak boleh tipu diri I, Ari." Noah menunduk dan aku mengangguk faham.

Tidak boleh salahkan Noah sedangkan aku juga berfikiran yang sama.

"I nampak you Ari, I nampak you dengan Adam. I nampak cara pandangan you terhadap lecturer you tu dan ianya berbeza dengan cara you pandang I." Noah memandangku tepat. "I tak nak jadi penghalang antara you dengan dia. Apatah lagi lepas I tahu yang dialah lelaki yang sebetulnya, dialah lelaki yang selalu menemani you Ari." 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now