Bab 44

84.4K 4K 623
                                    

"A marriage doesn't have to be perfect, but you can be perfect for each other."

'''

Masuk hari ini, sudah masuk dua bulan usia pernikahan aku dan Dr. Adam. Alhamdulillah, setakat ini tidak pernah sesekali kami bergaduh dan bertengkar. Jika ada pun, hanyalah gaduh-gaduh manja sahaja. Tapi, yang pasti semestinya Dr. Adam yang meleraikan pergaduhan kami dengan caranya yang tersendiri.

Aku menggeleng kepala sebelum memandang jam yang berada di atas meja kerjaku.

Sejam sahaja lagi sebelum habis waktu kerja.

"Amboi Irish, tak sabar-sabar ya kau nak balik ke rumah?" tegur Mimi dan ia mengundang perhatian rakan sekerjaku yang lain.

"Apa kau ni, mana adalah." dalihku laju.

"Eleh, kau ingat aku tak tahu ke?! Orang yang baru kahwin, memang akan kemaruk macam kau ni hah!!" balas Mimi sambil menolak-nolak bahuku.

Aku menjuling mata ke atas. "Lantaklah kau punya tahu ke tak tu." omelku sambil bibir dicebik-cebikkan.

"Kau bahagia ke dengan husband kau?" soal Hajar yang berada di depan meja kerjaku.

"Gila kau tak bahagia, suami bukan main handsome macam tu..." Mimi menjelingku nakal. "Mestilah bahagia punya."

"Kau ingat kunci sebuah kebahagian tu terletak pada paras rupa ke?!" sampuk Adira dengan kuat dan lantang.

Hal itu cukup membuatkan aku dan yang lain terkedu. Mana tak terkedu, selama ini Adira mana pernah menyampuk perbualan kami bertiga. Dia hanya join apabila perlu sahaja, tapi kali ini lantang pula bersuara dia. 

"Rileks ah, jangan marah. Benda boleh bincangkan." perlahan sekali Mimi berkata sambil senyum paksa.

Terletus tawa kecilku melihat telatah mereka. 

"Kau macam ada pengalaman je?" Hajar mengecilkan kelopak matanya memandang Adira.

Adira mendengus. "Cukup tengok keadaan orang yang berada di sekeliling kita dan berita semasa. Itu sudah cukup dikira pengalaman buat aku." jawab Adira sambil tangannya lincah menaip kekunci di komputernya.

Aku memandang Mimi apabila dia mencuit aku di bahagian bahu. Kening diangkat tanpa kenapa namun dia hanya memuncung-muncungkan bibirnya ke arah Adira. Tahu sangatlah aku yang dia nak aku korek lagi dari Adira.

Mimi ni tak ubah macam Sabrina yang kuat sangat bergosip. Tapi, bezanya Sabrina tidak perlu dipaksa, memang berita dengan cepat sampai kepadanya.

Aduh! Rindulah pula aku dekat budak tu seorang. Macam manalah keadaan dia dekat Johor sana.

Aku mengeluh sebelum memandang Adira tepat. "Ceritalah sedikit mengenai pengalaman yang kau ada tu." arahku tanpa nada. Sedikit sebanyak aku tidak begitu tertarik, yang lebih menarik perhatian aku sekarang ialah rumah aku.

"Kau orang nak tahu yang mana? Aku ada banyak." Adira mula berhenti menaip dan memandang kami bertiga serius.

Aku angkat bahu sebelum menjatuhkan pandanganku kepada Mimi. "Kau?"

"Aku nak tahu yang latest punya." laju sahaja Mimi menjawab.

Adira sengih nipis sebelum anak matanya meliar ke kiri dan kanan, gaya seperti sedang mengingati sesuatu. "Terbaru yang aku tahu, kawan kepada kawan aku ni. Adik-beradik dia, kahwin dengan pilihan hati dia. Tapi, malang tak berbau apabila--" Adira merengus. "Aku bagi contohlah, kawan kepada kawan aku ni nama dia A dan suami dia B."

"Mereka berkahwin, baru sajalah lagi. Lebih kurang macam kaulah Irish, kahwin tak sampai sebulan pun lagi. Tapi bezanya, perkahwinan mereka tiba-tiba sahaja muncul orang ketiga."

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now