Bab 27

87.6K 4.7K 455
                                    

You can think that you're in love;
When you're really just in pain


Aku hanya mendengar telatah Sabrina yang sibuk bercerita tentang cutinya yang penuh dengan aktiviti menarik. Aku pula hanya mendengar tanpa mengeluarkan suara walau satu patah perkataan pun. 

Iya, cerita Sabrina menarik tapi tidak begitu menarik untuk telinga dan minda aku saat ini.

"Kau kenapa sebenarnya?" 

Aku angkat bahu. "Entahlah."

"Apa masalah kau sebenarnya ni? Aku perasankan, lepas je semester break ni kau dah makin lain." ucapnya dan aku sendiri perasan akan hal itu.

Aku mengeluh. "Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Tapi yang pasti, aku dapat rasakan something wrong dekat sini..." aku meletakkan tapak tanganku ke hatiku.

"Sakit jantung maksud kau?" Sabrina mengangkat kening kirinya. "Tak nak pergi check ke?"

"Isy, bukanlah." aku senyap seketika. "Abaikanlah. Kalau aku bagitahu kau pun, bukannya kau faham pun."

"Then. Buatlah sampai aku faham."

Aku sengih memandang Sabrina. "Nanti okey. Nanti." kataku sambil mengusap rambut Sabrina lembut.

"Nanti kau tu, entah bila tak tahulah." bebel Sabrina sambil menjelingku.

Perbualan aku dan Sabrina terhenti saat Dr. Adam mulai masuk ke dalam dewan kuliah. Lihat sahaja susuk tubuh dan wajahnya, ingatan beberapa minggu lepas mula menerjah ke dalam mindaku.

Penerangan Dr. Adam hanyalah masuk ke telinga kananku kemudian keluar dari telinga kiriku. Pendek kata, apa yang diterangkan oleh Dr. Adam sikit pun tidak masuk ke dalam minda aku kini.

Terasa siku ditolak, terus sahaja aku mengalihkan pandangan memandang Sabrina. Bersama dengan wajah blur aku mengangkat kening.

"Kau kenapa? Dr. Adam panggil kau dari tadi lagi tapi kau tak menyahut pun. Dia dah pandang kau macam nak jadi the beast dah tu."

Anak mata aku kemudian bergerak memandang ke hadapan semula. Melihat Dr. Adam yang masih tekun memandangku. "Ya Dr., ada apa panggil saya?"

"Awak berangan ke Irish? Daripada apa yang saya perhatikan, dari saya mula mengajar tadi sampai sekarang, sikit pun awak tak bagi perhatian sepenuhnya."

Aku geleng kepala. "Mana ada. Saya fokus je dengan apa yang Dr. ajarkan. Dr. dah salah tafsir ni."

Kening kiri Dr. Adam terangkat apabila mendengar jawapan daripadaku. "Really? Then, if you don't mind boleh tolong ulang balik apa yang saya ajarkan tadi?"

Aku mengeluh. "Saya lupa."

"Lupa atau tak dengar pun apa yang saya katakan tadi?!"

Aku mendengus. "FINE...!!!" aku tinggikan sedikit nada suaraku. "Saya dengar apa yang Dr. ajarkan tadi sebab saya tak pekak pun lagi. Apatah lagi dengan speaker yang kuat itu tapi sikit pun tak masuk ke dalam kepala otak saya apa yang Dr. cakapkan dari Dr. masuk dewan kuliah ni sampailah sekarang!"

"Meet me after class."

***

Tersengih aku saat melihat telatah budak-budak yang bersorak kemenangan apabila team mereka menang. Indahnya zaman kanak-kanak mereka, berbeza sungguh dengan aku. Satu pun tak ada kenangan yang menarik, tapi ada waktu aku jumpa dengan budak lelaki tu.

Aku mengeluh.

"Hai makngah."

Kepala terus mengiring ke sebelah kiri. Kelihatan Jasmin yang sedang memeluk anak patungnya, memandangku tepat. Mata bulatnya membuatkan aku kegeraman.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now