BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MEL...

By anlhpermy

240K 16.1K 681

Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin mem... More

BAB 1: PERGADUHAN
BAB 2: VIRGO MENJADI PELAYAN SEMENTARA
BAB 3: PENGEMBARAAN BERMULA
BAB 4: KEMATIAN PEGASUS
BAB 5: KUASA TERPENDAM
BAB 6: IDENTITI KAIRI
BAB 7: PEREMPUAN BERGELAR ARIES
BAB 8: AHLI BINTANG KEGELAPAN
BAB 9: KEBENARAN
BAB 10: PEMBUNUH DIBUNUH
BAB 11: KEPUTUSAN
BAB 12: DIMARAHI RAFIZ
BAB 13: MASA LAMPAU
BAB 14: DARK SPINCER
BAB 15: SIMPATI
BAB 16: PERSETUJUAN
BAB 17: SERANGAN MENGEJUT
BAB 18: PERTEMUAN YANG TIDAK DIJANGKA
BAB 19: MENUNGGU
BAB 20: KEPERCAYAAN
BAB 21: JALAN TIDAK SEHALA DAN BERPISAH
BAB 22: GELOMBANG SERENTAK
BAB 23: TERPISAH DALAM MEDAN ILUSI
BAB 24: PERTALIAN
BAB 25: PERLAWANAN DI COLLOSEUM
BAB 26: AKTIF
MESEJ
BAB 27: LALUAN YANG TELAH DIATUR
BAB 28: HARI ISTIMEWA
BAB 29: KEJUTAN DARIPADA MUSUH
BAB 30: KEMUSNAHAN DAN KEHILANGAN
BAB 31: SELAMAT TINGGAL
BAB 32: GELANG
BAB 33: PANGGILAN DAN BERMULANYA LATIHAN
BAB 34: RAFIZ
BAB 35: KEPERITAN UJIAN
BAB 36: BANGKIT SEMULA
BAB 37: ZIPHOTENINX
BAB 38: PENINGKATAN
BAB 39: SALJI
BAB 40: PERANGKAP
BAB 41: MELEPASKAN DIRI
BAB 42: TANGGUNGAN
BAB 43: PERTEMUAN SEMULA
BAB 44: KEKUATAN LELAKI MISTERI
BAB 45: KALAH
BAB 46: PERKARA BENAR
BAB 47: ARAHAN
BAB 48: LYNX DAN HYDRA
BAB 49: SELAMAT PULANG
BAB 50: PENGHADANG
BAB 51: PERJUMPAAN
BAB 52: PERANG BERMULA
BAB 53: MIMPI
BAB 54: KEMUNCULAN AHLI BINTANG BARU
BAB 55: JERITAN
BAB 56: PERUBAHAN
BAB 57: LUBANG NERAKA
BAB 58: SEKALI LAGI
BAB 59: KEMBALI KE MASA SEBELUMNYA
BUKU AKAN DATANG SELEPAS BLOODY FRIENDSHIP (BOOK 1)
BAB 60: KERJASAMA
BAB 61: LENYAP
BAB 62: KELEMAHAN
BAB 63: PEMBAHAGIAN KUMPULAN
MESEJ 2
BAB 64: PERASAAN ARIES
BAB 65: MASIH HIDUP
BAB 66: SUMPAHAN REVIORYX
BAB 67: RAKSASA
BAB 69: PENGKHIANATAN
BAB 70: MESEJ ANGIN
BAB 71: BERPISAH
BAB 72: DEMAM
BAB 73: PENGIKUT
BAB 74: ANGELOTE
BAB 75: JUJUR
BAB 76: KEHILANGAN ARIES DAN PENCARIAN KEBAHAGIAAN
BAB 77: HADIAH BERMAKNA DAN AKHIRNYA DISATUKAN
BAB 78: JENERAL BINTANG KEGELAPAN
BAB 79: JANTUNG
BAB 80: DARK CEILIUS
BAB 81: TERSELAMAT
BAB 82: PULANG KE SYARANTONIA
BAB 83: SYURGA
BAB 84: AMUKAN IBU SERIGALA
BAB 85: HUKUMAN
BAB 86: SAYAP
BAB 87: FIKIRAN DARK SPINCER
BAB 88: SENJATA YANG TIDAK DIPERLUKAN
BAB 89: MEMORI
BAB 90: BERJUMPA RAFAEL
BAB 91: PERANCANGAN
BAB 92:PERSEDIAAN
BAB 93: KARENAH SEMUA AHLI (1)
MESEJ 3
BAB 94: KARENAH SEMUA AHLI (2)
BAB 95: BERANGKAT
BAB 96: JANJI DARK CHRONOS
BAB 97: STRATEGI
BAB 98: KATA-KATA AKHIR
BAB 99: KEINGINAN
BAB 100: PENCARIAN
BAB 101: HARAPAN TERAKHIR
BAB 102: PENAMAT DAN PERMULAAN BARU
BAB 103: PILIHAN KETUA DEWA
BAB 104: ZAMAN BARU
MESEJ 4
Tambahan
Menang
Perubahan Gender

BAB 68: ECONIA

1.9K 138 3
By anlhpermy

^^>>Visyilan, Dewi Sumpahan<<^^

......................................................................................................................

Kairi memandang ke bawah istana dari berenda di luar biliknya. Ziphoteninx muncul di sebelahnya.

"Akan ambil masa yang lama untuk kuasa aku kembali sepenuhnya semula..." kata Kairi.

"... Kamu ada satu cara lagi tapi kamu pun tahu cara itu." balas Ziphoteninx.

Kairi menggeleng kepalanya. "Aku tak boleh ambil kuasa daripada semua rantai diorang, Ziphoteninx. Mereka perlukannya untuk melindungi diri mereka. Aku lebih rela kalau diorang selamat daripada nyawa mereka melayang." Kairi sedang berkata akan rantai berkuasa milik semua pengguna Bintang Kecerahan dan juga tentang mereka.

"Kamu pasti? Kemungkinan besar, dengan pengembalian kuasa kamu, kamu boleh hapuskan apa-apa sumpahan yang diletakkan Revioryx ke atas kamu."

"Benar tapi ia mungkin tidak akan berkesan juga. Andreit dan Lisione pun ada cakap sumpahan Revioryx agak merumitkan bagi mereka untuk mengesannya dalam tubuh aku. Visyilan pun tidak dapat bantu aku..."

Andreit dan Lisione pernah datang untuk melawatnya setelah Ziphoteninx memberitahu kejadiaan di bilik air sebelum ini kepada mereka. Mereka telah memeriksa bahagian gigitan serta seluruh tubuh Kairi tetapi tiada cara untuk mematikan sumpahan tersebut.

"Biar aku panggilkan Visyilan. Dia tahu banyak tentang sumpahan sebab dia Dewi Sumpahan." Kata Lisione lalu anak matanya bertukar gelap, tandanya dia sedang berkomunikasi dengan seseorang dalam mindanya.

Tidak lama kemudian, warna matanya kembali cerah semula. "Dia akan datang sekejap lagi." Beritahunya kepada mereka.

"Visyilan... Kalau tak silap aku bukan dia ke yang sumpah Dark Howlan kepada wajah anjing? Hm... Mungkin aku patut berbicara dengan dia untuk Dark Howlan. Kalau tidak kasihan pula Dark Howlan berwajah camtu..." fikir Kairi.

Seorang wanita yang cantik muncul beberapa minit kemudian.

"Kamu ke yang kena sumpahan itu? Oh, lupa pula. Saya Visyilan." tanyanya. Suaranya sangat merdu sehingga membuatkan semua orang di situ menyukainya. Apatah lagi, Andreit, yang memandang Visyilan seperti cahaya yang menyinari hidupnya.

Kairi dan Ziphoteninx dapat melihat Andreit sangat sukakan Visyilan tetapi tidak berkata apa-apa. Lisione pula tersengih kecil kerana telahpun lama sedar perasaan rakannya itu.

"Ya, saya Kairi, Cik Visyilan." Balas Kairi dengan sopan.

"Haha... Tak perlu cik. Panggil je saya Visyilan," senyum Visyilan. Hal ini membuatkan Andreit merenung Kairi dengan tajam.

Kairi menelan air liurnya tetapi tidak takut dengan pandangan yang ingin membunuhnya kerana membuatkan Visyilan tersenyum. Lisione menolak bahu Andreit untuk memberhentikan perbuatannya yang memalukannya.

"Ok, biar saya lihat kat mana kamu digigit Revioryx sebelum ini."

"Err..." Kairi dapat melihat wajah Andreit semakin berubah memandangnya. "Di sini..." tunjuk Kairi sambil menarik kolarnya sahaja tanpa perlu membuka bajunya sepenuhnya.

Dia tidak sangka Andreit mempunyai cemburu yang mendalam. Padahal, dia tidak langsung ingin mendekati Visyilan mahupun cuba menggodanya. Mindanya teringatkan Aries pula dan dia tersentak sebelum menggeleng kepalanya.

"Bukan di sini?" Kairi baru tersedar Visyilan sedang menyentuh bahagian leher yang digigit Dark Revier dan gelengannya diingatkan bukan tempatnya.

"Eh, bukan! Memang di sini. Kamu boleh rasa apa-apa daripadanya?" Kairi mengendahkan Andreit yang kini sedang ditahan Lisione.

Disebabkan Visyilan sedang memandangnya, dia tidak sedar kelakuan Andreit yang berada di belakangnya.

"Hm..." Visyilan merenung leher Kairi sebelum menggunakan kuasanya.

Jarinya mengeluarkan sedikit cahaya dan apabila dia menyentuh bahagian leher yang digigit itu, muncul satu medan dengan ukiran unik padanya. Visyilan tertarik nafasnya apabila melihat ukiran medan tersebut. Dia memandang Kairi dengan panik. Kairi, Ziphoteninx, Lisione, dan Andreit yang menyedari keresahannya mula berasa tidak sedap hati.

Visyilan menurunkan tangannya ke sisinya dan menjauhi Kairi sedikit supaya Kairi boleh berdiri semula. Kairi telah duduk di atas katilnya semasa membenarkan Visyilan melihat lehernya. Hal ini kerana ketinggian Visyilan yang rendah daripadanya.

"Kenapa, Visyilan? Kamu tak dapat leraikan sumpahan itu ke?" tanya Lisione.

"Erm... Bukan tak dapat je, sumpahan yang dikenakan kepadanya bukan di tahap saya boleh leraikan. Kairi, saya tak nak buatkan kamu lebih kecewa tapi kamu perlu tahu sumpahan pada kamu hanya boleh dilupuskan oleh orang yang menggigit kamu. Dengan kata lain, kamu perlu membunuh Revioryx untuk mengembalikan hayat kamu kepada normal semula." Beritahu Visyilan dengan jelas. Dia berasa sedih kerana tidak dapat membantu Kairi dengan sumpahan itu.

"Itu mustahil! Revioryx mana boleh dibunuh. Dia makhluk kekal abadi macam kita." Kata Andreit.

Semua memandang Kairi dengan simpati.

Kairi melepaskan sedikit keluhan. "Saya memang dah agak dah saya mungkin boleh kembalikan atau hentikan sumpahan ini jika saya buat begitu. Tetapi seperti yang Andreit kata, Revioryx tak boleh mati... Jadi, saya tak fikirkan cadangan tu lagi. Janganlah rasa sedih... Err... Terima kasih, Visyilan kerana tolong beritahu saya tentang sumpahan saya."

Visyilan memandang ke bawah sambil menggeser tangannya. Kemudian, wajahnya kembali ceria semula.

"Saya mungkin tak boleh leraikan sumpahan itu tapi Ratu Dewi boleh. Saya akan cuba berbincang dengannya tetapi mungkin memakan masa yang lama kerana Ratu Dewi bukan mudah untuk ditemui. Baginda sentiasa sibuk dengan masalah yang berlaku di dunia ni dan dunia lain. Jangan risau, Kairi. Saya akan cuba minta Ratu Dewi leraikan sumpahan kamu. Tiada sesiapa yang lebih berkuasa daripadanya." Beritahunya kepada Kairi dengan serius.

"Saya amat hargai pertolongan kamu, Visyilan. Boleh saya tahu bayaran apa yang kamu mahukan untuk pertolongan ini?"

Visyilan tersentak mendengarnya. "Kairi, saya tak perlukan apa-apa daripada kamu. Kamu dan Kiroki adalah utusan dari kami untuk menyelamatkan dunia ni. Kamu tak perlu balas apa-apa pun jika kamu perlukan kami. Kami akan sentiasa tolong kamu kerana kamu adalah sahabat kami semua... Cuma kamu tak ingat kami je lagi..." balasnya dengan riak sedih semula.

"... Saya mungkin tak ingat tapi saya rasa saya kenal dengan korang selepas jumpa korang... Terima kasih, Visyilan. Oh, ya. Saya ada satu permintaan lagi..." pinta Kairi.

"Apa dia?"

"Kamu ada ke sumpah sesiapa kepada wajah anjing beberapa tahun lepas?"

Visyilan berfikir sejenak. "Yang mana satu. Saya ada ramai orang yang saya sumpah berkepala anjing sebab mereka tak hormat pada saya."

Kairi tergelak kecil mendengarnya. "Oh, begitu rupa-rupanya. Sebenarnya, ada seorang pengguna Bintang Kecerahan telah ditukarkan wajahnya kepada anjing oleh kamu. Saya rasa kamu kenal namanya, Dark Howlan."

Visyilan mula teringat siapa Dark Howlan. "Betul ke kamu nak saya tukar wajah dia kembali kepada manusia semula? Wajah anjing dia nampak hebat apa, dan matang seperti seorang yang memegang tanggungjawabnya dengan serius." Sengihnya.

Kata-katanya menyebabkan Andreit memandangnya dengan hairan sebelum bertukar marah kerana Visyilan memuji seseorang yang bukan dia.

"Habislah Dark Howlan selepas ini. Dia bukan setakat buatkan Visyilan marah tetapi juga Andreit, Dewa Kilat." Bisik Ziphoteninx kepada Kairi.

Kairi mengangguk. "Ya, aku setuju. Nampaknya, aku kena lindungi dia daripada Andreit selepas ini tapi kalau aku berada di sisi dia la sewaktu Andreit datang kepadanya..."

Ziphoteninx tersengih mendengarnya. Dia suka kalau Dark Howlan dibelasah Andreit kerana sikapnya yang ditunjukkan kepada Kairi semasa mereka menyelamatkan Ini.

"Visyilan, boleh ke kamu tunaikan permintaan saya? Saya tak nak ahli keluarga saya disumpah kamu. Dan saya minta maaf banyak-banyak bagi pihaknya." Tunduk Kairi kepada Visyilan.

Visyilan berfikir sejenak. Dia sememangnya tidak sukakan Dark Howlan tetapi dengan Kairi sanggup tunduk kepadanya untuk memaafkan Dark Howlan, dia terpaksa mempertimbangkan sumpahannya semula.

"Baiklah. Saya akan leraikan sumpahan dia." Balasnya tidak lama kemudian. "Tapi kalau saya biarkan telinga je boleh?" tanyanya selepas itu dengan riak comel.

Kairi dan Ziphoteninx tergelak besar sambil memikirkan wajah Dark Howlan dengan telinga anjing.

"Haha... Comel juga begitu tetapi aku pasti dia akan mengamuk dan berjumpa kamu lagi untuk menghilangkannya juga." balas Kairi sebelum menenangkan dirinya semula. "Maaf ya, Visyilan. Saya nak dia dalam bentuk manusia sepenuhnya."

Visyilan muram mendengarnya tetapi akhirnya mengalah. "Bila kamu nak saya tukarkan wajah dia? Sekarang?"

"Belum. Nanti saya bagitau bila."

"Okey! Kalau camtu, saya kembali ke syurga dulu. Jumpa lagi, Kairi, Ziphoteninx, Lisione dan... Andreit." Senyumnya kepada semua sebelum menghilangkan diri dari bilik itu.

Andreit tergamam dengan senyuman Visyilan dan jika tubuhnya boleh melebur dia mungkin telah lama melebur di atas lantai. Lisione hanya boleh menggeleng kepalanya untuknya sebelum memegang bahu Andreit.

"Maaf sebab tak dapat bantu kamu dengan sumpahan Revioryx, Kairi tapi kami akan bantu kamu menangkapnya jika kamu perlukan kamu nanti."

Kairi mengangguk. "Terima kasih kerana datang."

"Kami pergi dulu." Lisione menghilangkan dia dan Andreit selepas itu dan kembali ke syurga juga.

Kairi melepaskan keluhan lalu memandang Ziphoteninx yang berada di belakangnya. Mereka terkejut apabila Kironinx tiba-tiba muncul di berenda itu.

"Kairi, kita ada masalah! Terdapat raksasa pelik muncul di Dorothia!" beritahu Kironinx.

"Apa?! Bagaimana dengan keadaan semua rakyat di sana?! Mereka tidak apa-apakah?!" tanya Kairi dengan resah.

"Tak semua selamat, Kairi, tetapi kami dapat selamatkan beberapa puluh yang masih hidup. Aku nak minta kebenaran kamu untuk bawa mereka ke sini. Tempat rahsia kita luas untuk membenarkan mereka mendapatkan perlindungan di situ."

"Baiklah. Bawa mereka ke sini. Ziphoteninx, tolong beritahu askar dan pembantu istana untuk membersihkan tempat itu untuk kedatangan mereka. Kata ia adalah arahanku kepada mereka." arah Kairi.

"Perintah dijunjung, tuanku." Ucap Ziphoteninx dan Kironinx dengan sengaja sambil tunduk hormat. Bibir mereka tersenyum dan membuatkan Kairi tergelak kecil. Dia melambaikan tangannya kepada mereka untuk pergi cepat dan mereka beredar selepas itu.

Dia kembali ke dalam biliknya lalu memakai pakaian lamanya yang telah diberikan Ziphoteninx dahulu. Disebabkan dia tidak boleh menggunakan kuasa, senjatanya diselitkan dalam pakaiannya. Kemudian, dia keluar dari biliknya selepas memakai jubah luarnya. Dua pengawal di luar tersentak dengan pemakaiannya.

"Tuanku, tuanku nak pergi mana?" tanya mereka dengan hairan.

"Beta ingin keluar istana untuk sementara. Negara Dorothia dalam masalah dan beta mahu melihat keadaan di sana. Kamu berdua boleh tolong pastikan bilik beta tak dimasuki sesiapa?" pintanya.

"Perintah dijunjung, tuanku! Sila berhati-hati, tuanku!" balas mereka berdua.

Kairi mengangguk kepada mereka sebelum beredar. Dia bertembung dengan Virgo yang kini akan menjaganya pula. Virgo terkejut melihatnya juga.

"Kamu nak pergi mana ni, Kairi?!"

Kairi tersenyum. "Aku akan beritahu kamu selepas ahli kumpulan kita berkumpul. Mari cari yang lain. Aku ada benda nak beritahu kamu semua." Dia meneruskan perjalanan dan diekori Virgo.

"Okey... Aries ada di biliknya manakala Gemini dan Cancer pula ada di kantin." Beritahu Virgo.

Kairi mengangguk dan mereka pergi ke bilik Aries dahulu. Aries tersentak dengan kedatangan mereka. Dia juga menanya soalan yang sama dan diberi jawapan yang sama. Setelah mengumpul Gemini dan Cancer juga, Kairi membawa mereka ke tempat rahsia mereka di mana ia berada dalam bawah tanah di Tenggara Antonia. Tempat rahsia mereka adalah tempat perlindungan jika terjadi apa-apa kepada Antonia.

Mereka melihat askar dan pembantu istana sedang diarahkan Ziphoteninx untuk mengemas tempat itu dan membina beberapa khemah untuk kegunaan penduduk Dorothia nanti. Walaupun begitu, tempat penginapan telahpun disediakan dalam beberapa bangunan yang seperti kondominium lima tingkat. Terdapat sepuluh kondominium telah dibina di situ dan sebuah dewan kecil bersama-sama beberapa bilik penting untuk kegunaan perbincangan. Kelengkapan seperti tilam, bilik air dan dapur kecil juga disediakan dalam setiap flat rumah dalam kondominium itu.

"Wow... Bersihnya..." kata Kairi yang melihat sekeliling tempat itu.

"Ya, tempat ni sentiasa dibersihkan tetapi kenapa pula sekarang? Ada apa-apa yang berlaku kah?" tanya Cancer dengan hairan.

"Ya, raksasa tiba-tiba muncul di Dorothia dan aku mahu rakyat di sana dipindahkan ke sini." beritahu Kairi yang mengejutkan mereka semua.

"Apa?!"

"Dari mana mereka datang?" tanya Aries yang hairan perkara itu boleh berlaku.

Kairi menggeleng kepalanya. "Aku tidak pasti tetapi buat masa ini, kita perlu melayan mereka dengan baik. Kedatangan mereka mungkin akan memberi masalah kepada penduduk kita tetapi sebab itu lah mereka akan duduk di sini. Walaupun cara aku macam memisahkan mereka, aku tidak mahu mereka tiba-tiba bergaduh dengan satu sama lain."

"Kamu, arahkan pengawal-pengawal istana yang tidak mempunyai tugas untuk menjaga pintu masuk ke sini." katanya kepada seorang askar yang berdekatan.

"Perintah dijunjung, tuanku!" balasnya lalu meninggalkan tempat itu.

"Kairi, mereka akan rasa terperangkap berada di sini." kata Aries.

"Benar, sebab itu lah tempat ini perlu diubah sedikit menjadi ceria."

Kairi merebahkan tubuhnya lalu meletakkan sebelah tangannya ke tanah. Dengan sedikit kuasa yang dikeluarkannya, tanah di atas mereka terbelah dan air tasik yang sebenarnya berada di atas tempat itu diberhentikan dengan kuasanya daripada jatuh ke tempat itu. Kejernihan air tasik itu memberi semua orang di bawah untuk melihat tembusan cahaya matahari dan kehidupan air tasik itu.

"Kairi! Kamu tidak sepatutnya menggunakan kuasa kamu!" marah Ziphoteninx kepada Kairi setelah muncul di tepi mereka.

Kairi tersengih. "Kalau begitu, kamu tolonglah aku ubah tempat ni dengan lebih menarik untuk tetamu kita nanti. Ziphoteninx, aku mahu kolam air tasik di atas kita membina sebuah kolam kecil di hujung sana tu. Oh, aku mahu beberapa aliran anak sungai kecil mengalir juga dari situ ke seluruh tempat ni." pinta Kairi.

"Urgh... Baiklah..." ngeluh Ziphoteninx kerana tahu niat baik Kairi untuk penduduk Dorothia.

Dengan kuasanya, dia menjatuhkan sedikit air tasik ke tepi dinding satu sudut tempat itu dan membina kolam kecil. Jatuhan air tasik itu seperti air terjun dan menyamankan tempat itu kerana tempias angin daripada jatuhan air tasik itu. Kemudian, Ziphoteninx membina anak sungai yang mengalir ke seluruh tempat di situ dengan jejambat kecil untuk merentasinya.

Kairi menggunakan sedikit kuasa lagi untuk membina pokok bunga di tepi-tepi dinding kondominium dan khemah. Dia juga pastikan di antara pintu rumah flat terdapat satu pokok bunga hijau. Dengan kuasanya, pokok tersebut akan sentiasa subur dan tidak memerlukan air.

"Wow... Sekarang, aku rasa macam aku berada di sebuah bandar air." Kata Virgo yang melihat tempat itu dengan menarik.

"Yalah. Aku rasa macam nak tinggal di sini. Hm.. Tapi Antonia pun nampak menarik juga." kata Cancer yang tidak pasti tempat mana lagi menarik baginya.

"Terima kasih atas pujian tu, kamu berdua. Jadi, kamu rasa tetamu kita akan berasa selesa tak agak-agaknya?" tanya Kairi yang masih ragu-ragu dengan keadaan tempat itu.

"Kairi, keadaan di sini dah sangat menarik macam boleh dijadikan tempat tinggal. Sayangnya ia adalah tempat perlindungan bagi kita yang memerlukannya." Kata Aries.

"Jadi, kita namakanlah tempat ni. Apa nama yang sesuai? Kita asyik panggil tempat rahsia, tempat rahsia je selama ini." cadang Cancer.

"Syarantonia... Antonia... Nak ada 'nia' juga ke kat belakang?" Gemini mula rasa pelik.

"Betul juga. Nama negara kita Syarantonia. Bandar kita Antonia. Hm... Onia. Haha..." Virgo berasa lucu pula dengan nama yang disebutnya.

Mereka semua tergelak mendengarnya.

"Tak sesuai la Onia. Apa kata Econia?" cadang Kairi.

"Econia... Apa maksudnya?" tanya Ziphoteninx yang baru tiba setelah menyelesaikan permintaan Kairi tadi.

"Kalau lihat tempat ni dah macam ada ekologi. Ekologi dipendekkan jadi 'Eco'. Jadi, Econia dengan tambahan 'nia'. Korang yang nak ada 'nia' di belakang tadi, kan?" balas Kairi sambil mengangkat kening kepada mereka semua.

"Wah, Kairi! Sedaplah nama tu!" puji Aries yang merasakan nama tersebut sesuai untuk tempat rahsia itu.

"Aku setuju." Sokong Gemini.

"Baiklah, tempat ini sekarang adalah Econia!" kata Virgo yang juga memberitahu askar-askar mereka yang mendengarnya.

"Econia!!" laung mereka dengan kuat.

Tidak berapa lama kemudian, Kironinx muncul bersama-sama kumpulannya serta rakyat Dorothia yang terselamat daripada serangan raksasa. Kesemuanya tertarik nafas melihat Econia. Kairi beredar ke hadapan Dark Undria yang juga datang ke tempat itu. Ledeigh dan rakan-rakannya berada di belakangnya.

"Selamat datang ke Econia! Beta ialah Kairi, raja negara ini. Beta alu-alukan kedatangan kamu semua ke sini. Selepas ini, kamu semua bolehlah bergerak-gerak dan memilih mana-mana bilik yang kamu suka untuk kegunaan kamu." beritahu Kairi kepada mereka semua sambil menunjukkan ke arah kondominium-kondominium di situ.

"Kamu bebas dalam kawasan ini tetapi memerlukan kebenaran untuk keluar, daripada pengawal-pengawal pintu masuk ke sini. Maafkan beta. Bukan beta hendak mengurung kamu di sini tetapi dengan keadaan penduduk beta yang diserang askar negara kamu, mereka masih belum dapat menerima dengan tangan terbuka. Mereka memerlukan masa seperti kamu memberikan masa untuk menerima ahli-ahli Bintang Kecerahan beta membantu kamu. Jika tiada apa-apa, kamu bolehlah melihat tempat ini." sambungnya sebelum memandang Dark Undria.

"Kamu ialah Dark Undria?" tanyanya kerana telah mengetahui bahawa Dark Undria masih hidup.

Dark Undria mengangguk sebelum tunduk hormat kepada Kairi, mengejutkan Ledeigh dan rakan-rakannya.

"Patik ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi membantu kami, tuanku." Ucap Dark Undria.

"Heh! Tak perlu formal, Dark Undria. Aku cuma bercakap formal bila diperlukan tetapi aku lebih suka tidak menggunakannya. Panggil je aku, Kairi." senyum Kairi.

"Erm... Baiklah, Kairi." Dark Undria mula tahu dan suka dengan sikap Kairi.

"Mari ikut aku. Kita boleh bincang apa-apa yang kamu perlukan di dewan sana." Kairi menunjukkan jalan.

"Jeneral?" panggil Ledeigh kepada Dark Undria.

"Kamu semua boleh bersurai dan pergi berehat." Balas Dark Undria.

"Biar saya ikut tuan. Saya masih tak percayakan mereka untuk tidak melakukan apa-apa ke atas tuan." Kata Ledeigh.

Dark Undria melepaskan keluhan kecil lalu membenarkan Ledeigh mengikutnya.











Continue Reading

You'll Also Like

3.8K 270 31
"I Used To Be Strongest God" Berkisah Tentang Alexander Dewa Terkuat Alias Raja Para Dewa Yang Telah Dikhianati Oleh 12 Dewa Yang Ia Percayai. Sebelu...
104K 7.9K 68
"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala...
56.8K 5.3K 30
Dia tiada ibu dan bapa, tiada keluarga. Dicaci dan dihina sudah sebati dengan dirinya. Dia tidak sama seperti orang lain. "Cacat" adalah panggilan ya...
165K 6.9K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...