40 | Penguin

1.6K 163 16
                                    

Kuliah pukul 8 pagi itu Ariana hadiri dengan wajah yang sugul dan minda yang penat. Tiga hari daripada sekarang, akan ada study week dan minggu yang lagi satu akan ada ujian. Selepas ujian, baru lah ada cuti mid-sem. Ariana sudah rindu kucing-kucingnya di rumah.

Mindanya penat. Terasa seperti berat hendak tidur sahajalah! Dia tak mahu contact Cik Sharlina langsung. Ariana rasa akan ada benda buruk akan berlaku padanya. Macam time bomb, tunggu masa sahaja hendak meletus. Ariana rasa menyesal. Menyesal jadi sebahagian daripada The Daily's

Dalam kelas calculus pagi ini, Ariana tidak fokus langsung. Sehinggalah ketika Sir Syawal umum untuk take five, semua perhatian beralih ke pintu dewan kuliah yang dibuka tiba-tiba. Aidan Shah. Aidan Shah masuk dengan pergelangan tangan yang berbalut dan wajah yang malu-malu. 

"Sir, minta maaf lewat. Pergi office rektor akedemik tadi." Ujar Aidan ketika masih di anak tangga kedua dari bawah, menuju ke meja pensyarah. Ariana dapat mendengar ayat itu kerana tempat duduk Ariana berada agak dibawah. Sebelum ini, Aidan Shah tidak sama kelas calculus dengannya. Hanya kelas econ yang sama. 

Dengan bersahaja, Aidan mengambil tempat duduk disebelah Ariana. Pelajar yang lain dalam dewan kuliah itu merenung tajam. Tiba-tiba Ariana rasa terancam. Sejak Ariana dan Aidan berkawan, Ariana sering terlupa reputasi Aidan. Campus' sweetheart.

Ariana masih tak dapat memandang Aidan. Agaknya Syed Ali beritahu kah perkara itu kepada Aidan? Aidan tiba-tiba mendekatkan wajahnya dengan Ariana, sehingga Ariana terbau sedikit bau segar pudina daripada gula-gula yang Aidan kemam. 

"Hi, not happy to see me? Didn't miss me?" Bisik Aidan. Automatik Ariana tersenyum lebar sehingga terasa bibirnya merekah sedikit. Ariana mengangguk kecil sambil mengetap bibir. Ariana ingin menikmati perasaan ini. Sementara boleh.

"What? Tak happy? Tak rindu?" Ujar Aidan dalam nada suara tersinggung, masih berbisik. 

"Scoot away. People watching." Kata Ariana Dia terasa badannya seperti berlubang dek renungan tajam dari rakan sekelasnya yang lain dari belakang. Aidan memandang sekeliling.

"Eh betul la. People watching. Why eh? Sebab I handsome?" Soal Aidan sendiri.

Ariana mengangguk kecil. "That is a yes. But main reason is probably because of you're sitting next to me." Ujar Ariana. "Why? You're wonderful." Kata Aidan.

"After this ada class?" Soal Aidan cepat-cepat mengubah topik apabila dia menyedari yang dia terlalu dalam merenung Ariana. Pipinya hangat tiba-tiba. "I'm free for the rest of the day" kata Ariana.

"Nak dating? I drive harini. Kereta abang I. Ice skating in ioi. Nak?" Kata Aidan dengan teruja. Ariana menjeling pergelangan tangan Aidan yang berbalut. "No, dah tak sakit" Aidan meyakinkan Ariana. Suaranya masih berbisik. Ariana menggeleng.

"Next week dah mid-sem break. Come on. I'm going to miss you nanti." Aidan memuncung kecil. 

"Why are you here eh?" Soal Ariana. Dari tadi ingin menyoal tapi terganggu pula dengan soalan Aidan ingin ajak dating. "I missed two hours of calculus last week sebab injured. So, ganti with this class. Purposely pick this class cuz you're here." 

Ayat itu buat Ariana tersengih.

Aidan terus mengubah posisinya apabila Sir Syawal mendehem sedikit, menandakan take five tadi telah tamat. Terkocoh-kocoh Aidan menyelongkar begnya. Fail yang berisi nota dikeluarkan dan diletakkan diatas meja dan sebatang pen dari koceknya dikeluarkan. "See, it's your pen" Aidan berbisik lagi. Pen yang berada di tangannya itu adalah pen Ariana daripada tempoh hari. Ariana masih sengih.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now