13 | will break you

2.8K 242 1
                                    

Ariana bersungguh-sungguh mencuba untuk mengendahkan fakta bahawa hari ini  Aidan tidak duduk disebelahnya  sebaliknya, Aidan duduk di barisan kerusi di belakangnya. Betul-betul dibelakang Ariana. Ariana dapat rasakan pandangan Aidan menerobos dibelakangnya. Kerusinya terasa bergetar beberapa kali. Aidan tak boleh berhenti menghentak-hentakkan kakinya, pergerakan itu membuatkan Ariana berasa sedikit tak selesa. Kenapa Aidan tak mahu duduk disebelahnya pula hari ini? Sebab kejadian di perpustakaan tempoh hari kah?

Sepanjang kuliah itu berlangsung, Ariana betul-betul tak dapat menumpukan perhatian. Bila kuliah tamat, Ariana cepat-cepat menoleh kebelakang, hendak meneugur Aidan. 

"Faris kata dia nak jumpa you" kata Aidan. Wajahnya tak berekspresi ceria seperti biasa. Seperti ada sesuatu yang tak kena. Aidan ada masalah kah?

"When? What for?" kata Ariana dengan bersahaja.

"At the stadium. pukul 1. Right after practice" Aidan mengemas-ngemas barang-barangnya. Ariana hanya merenung. Aidan tak jawab soalannya. Kenapa Faris mahu berjumpa dengannya? Ariana memberanikan dirinya untuk bertanya sekali lagi.

"Why?" itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Ariana.Konon beranikan diri padahal, dia tak berani nak cakap lebih dari itu.

"I don't know Ariana. What am I? A mail person? I have to know why? Why letak I between you both?" mendengar jawapan Aidan, Ariana ketap bibir. Kenapa Aidan marah pula ni? "I'm sorry. Thank you for the information, Aidan" Kata Ariana. Lembut sahaja suara Ariana. Aidan senyum segaris. Sekejap sahaja senyumannya mekar dan kemudian dia berdiri, bangun dari kerusinya lalu berjalan keluar dari dewan kuliah itu. Ariana terpinga-pinga. 

Ariana turut mengemas-ngemas barang-barangnya kemudian dia turut keluar dari dewan kuliah.

■■■

"Hi" Ariana menegur Faris Haziq dari belakang. Dia baru sahaja tamat latihan ragbi. Faris tersenyum.

"Hi. Tunggu I kejap. I'll come back to you" Kata Faris. Ariana mengangguk. "Sure" 

Agak terpinga-pinga jugalah Ariana sebenarnya. Nak duduk mana ni? Dia meneliti keadaan sekeliling stadium. Kosong. Hanya bahagian sisi stadium tempat Ariana berdiri sahaja berpenghuni. Mata Ariana melilau kesana-sini sehinggalah dia ternampak kerusi panjang kosong ditepi tunnel stadium. Di hujung kerusi tersebut, terdapat satu tuala putih kecik tersangkut kemas. Ariana jauh sedikit dari tuala itu. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar. Fon telinganya dikeluarkan dari begnya dan dicuckkan kepada telefonnya. 

Lagu dari playlistnya dimainkan. Ariana tenggelam dalam lagu. Rumput stadium yang hijau itu menenangkan. Ariana hanya termenung. Tiba-tiba satu susuk tubuh melabuhkan punggung disebelahnya. Dia duduk disebelah tuala putih kecil tadi. Ariana menoleh ke kiri apabila dia merasakan kerusi panjang yang didudukinya itu membuat bunyi. 

Aidan Shah.

Aidan diam sahaja. Ariana pun sama. Aidan membuka kasutnya.  Kedua-dua belah kasutnya. Kemudian, stokinnya pula ditanggalkan. Aidan menoleh kearah Ariana. Memandang gadis itu sekilas. "Hi" kata Aidan. Ariana senyum kecil. "Hi Aidan" kata Ariana.

Kemudian, kesepian melanda mereka kembali. Agak lama.

Ariana terpandang pula buku lali Aidan yang berbalut.

"How's your ankle?"

"Waiting for the MRI result"

"I mean like, sakit lagi ke?" Kata Ariana. Lebam-lebam di kaki Aidan turut kelihatan.

"After every game memang macam ini ke?" Soal Ariana.

"Sikit je" kata Aidan. Suaranya tegas. Ariana mengtap bibir. Dia kembali membuang pandangan kearah padang stadium yang terbentang luas. Aidan pula memandang dirinya. "Kenapa you tak duduk sebelah I tadi?" Tanya Ariana. Dia masih memandang kearah padang, jadi Aidan dengan senang dapat merenung Ariana.

THE QUITTERUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum