20 | a fluffy cloud

2.5K 244 14
                                    

"I think we skipped the part where we're supposed to learn about each other" kata Aidan malu-malu. Dia langsung tidak lihat Ariana. Dia malu untuk bertentang mata dengan Ariana.

"What do you mean?" kata Ariana.

"You know, we hardly know each other" kata Aidan lagi. Dia cuma ingin kenal Ariana dengan lebih mendalam. Aidan rasakan Ammar lebih kenal Ariana berbanding dirinya. Mana boleh. Ariana kan miliknya!

"I want to know you better. I want to learn about you" pada tahap ini, Aidan cuma luahkan apa yang berada di fikirannya. Aidan sudah tak mampu hendak menyusun ayat. Pipinya sudah hangat terbakar.

Yang seronok, Ariana. Seronok benar lihat Aidan Shah malu-malu.

Siapa sangka dirinya sedang duduk di sebelah Aidan Shah yang popular sekarang ini. Ariana Muhammad Noor yang biasa-biasa ini sedang duduk di atas tembok di tepi laut bersama dengan campus' sweetheart, Aidan Shah.

Ariana sendiri tak percayakan fakta itu.

Siapa ajelah yang tak suka bila tahu seseorang sukakan kita.

"Ariana, I'm talking to you. Why are you spacing out?"

Ariana tergelak kecil.

"Aidan, why do you like me?" tanya Ariana.

"Who wouldn't like you, Ariana. I mean, girl--you're so fine"

Pujian sejujur ini memang benar-benar buat Ariana tak keruan. How can a guy be this cute?

"You're hardworking. You're so nice. You repect other people. Also, I love the way you frown a little when you're focused"

Ariana menjeling Aidan tajam. Dia teringat insiden live interview semasa perlawanan persahabatan tempoh hari. Aidan nak usik dirinya kah?

Aidan tergelak kecil. "No, I mean in classes, in library. While talking, while you're spacing out" kata Aidan. Aidan memandang wajah Ariana. Jantungnya memukul kuat dari dalam dada. Tapi, Aidan tetap ingin pandang Ariana. Dia benar-benar berdebar sekarang. Tapi, dia ingin lihat wajah Ariana sekarang.

"Why?" Ariana menyoal. Bila difikirkan semula, Aidan tak pernah pandang Ariana begini. Pandangan ini yakin. Bukan pandangan yang malu-malu seperti biasa.

"Do you like me too, Ariana? "

Ariana membuang pandangan ke laut dihadapannya. Aidan memang pakar buat dirinya lemah.

"O-of course, I like you too" kata Ariana.

"I mean like, do you like me because I like you or you genuinely like me. Ni penting. I kena tahu ni"

Ariana ketap bibir.

"I jujur okay?" kata Ariana. Wajah Aidan dijeling sekilas. Aidan mengangguk laju.

"I am interested in you before we even know each other. Before you tahu yang I wujud. I mean, you're quite a catch"

Hujung bibir Aidan perlahan-lahan naik.

"Tapi, I'm a busy person. I tak pernah ada hari free. Kalau ada pun, it's always filled with plans yang I decided to fill in with. Macam sekarang ni"

Hujung bibir Aidan perlahan - lahan turun semula. Ariana nak reject dirinya kah sekarang ini? Aidan memusingkan kepalanya ke hadapan. Dia turut membuang pandangan ke laut yang terbentang luas di hadapan mereka.

Sesekali angin kuat meniup ke arah mereka berdua.

"I never took a nice evening nap. Not even once. I really really want to but I always have things to do" kata Ariana. Aidan masih lagi mendengar dengan teliti.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now