36 | The QB, The Bf

1.8K 206 4
                                    

Seringkali Ariana rasa risau melihat Aidan Shah dihadapannya yang makan burger bersaiz besar menggunakan sebelah tangan. "Ariana, I boleh. Jangan risau" kata Aidan.

Ariana tersenyum nipis. Burger miliknya sudah lama habis. Tinggal tunggu Aidan untuk selesai makan sahaja. Aidan Shah lakukan satu gigitan besar dan sos dari burger itu terkeluar dan melekat di sisi bibirnya.

Ariana tergelak. Tiba-tiba dia teringatkan temubual yang dia perlu lakukan. Aidan Shah dan Ricky Tan. Nampaknya, hari ini seperti hari yang sesuai.

"Aidan, boleh tak harini I nak interview you? Official punya"

"Oh yeah. Untuk apa?" Kata Aidan. Ariana berkerut. "Kenapa you suka?" soal Ariana. "I suka you interview I. I suka tengok bila you serious. Macam.. Wow.. Best gila" kata Aidan sambil mengunyah. Ariana tersengih.

"Okay, camni. Ketua editor I nak masukkan satu interview dengan player"

"Dia pilih I ke?" teruja Aidan.

"Nooo" dengan kata-kata Ariana, Aidan monyok sedikit. Haish Aidan Shah ni. Ada-ada jelah.

"Cik Sharlina suruh I interview best player. Jadi, it should be either you or Ricky Tan" terang Ariana. Aidan berkerut seribu.

"Mestilah Tan. He scored most try this season. Why would I jadi best man?"

"You contributed to most try"

"Ariana, I quarterback"

"Aidannn I know"

"You should interview Ricky je. I takkan jadi best man. This is my first year. Takkan la I jadi best man. Ricky should be" kata Aidan. Ariana mengetap bibir.

"Just in case? Takkan la you tak bagi I interview you" kata Ariana.

"Apa just in casenya? Ricky je. Interview Ricky je" tegas Aidan lagi.

"Ingat dapat boyfriend QB senang nak interview. Susah rupanya" kata Ariana. Aidan yang berura-ura menggigit burgernya tersengih. "Trust me. You don't need my interview" kata Aidan lagi.

"Susah lah dia ni!" bentak Ariana. Aidan tersengih. "Nak interview Tan bila?" soal Aidan. "Not sure" kata Ariana. Air pepsi miliknya disedut.

"Apa kata hari ni. I teman" kata Aidan. "Ish. Tak sudden sangat?"

"Inilah guna boyfriend you QB. Banyak connection. Lepas ni I call Tan. Rindu jugak si sepet tu" kata Aidan. Ariana tergelak.

"Bandingkan you dengan Ricky Tan, I tak rasa Ricky Tan tu sepet" kata Ariana dengan jujur. Aidan ketap bibir. Burgernya diletak semula di atas meja. "What? Betul ke apa I dengar ni?" Aidan Shah buat-buat marah.

Konon nak marah lah yang Ariana kata dirinya sepet.

"Bagi I orang mata sepet ni cute" kata Ariana.

"Yesss!! I memang sepet" kata Aidan tiba-tiba.

Tergelak besar Ariana jadinya. Iyelah, iyelah Aidan Shah. Awak comel!

"So, nak interview kat mana? Set place. Suruh Tan datang" kata Aidan. Ariana menggeleng. "No, tak boleh. I nak interview dia, I kena datang kat dia" kata Ariana.

"Pulak"

"Iyelah!"

"Okay la okay la. Ha cepat. Cari Tan dalam contacts I lepastu call" kata Aidan sambil menggelongsorkan telefonnya kearah Ariana. Ariana buka telefon itu. Suprisingly, tak ada password.

Usai mendail nombor telefon Ricky Tan, telefon itu diletak dalam mod loudspeaker dan diletakkan di bahagian meja hadapan Aidan.

"Hello?" kata suara garau di hujung talian.

"Tan. Free tak harini?"

"Free, kenapa? Nak pergi mana nak suruh aku drive ke?"

Ariana tergelak. Sangat prihatin ye, Ricky Tan seorang ni.

"Tak, bukan. I dengan Ariana sekarang. If it's fine, dia nak interview you for the magazine"

"Why me?"

"Oh, untuk best man tahun ni"

"Yeah sure. Sekarang I kat gym. So let's meet arounf three. Kat cafe gym" kata Ricky.

"Also bro, kenapa you dengan Ariana?"

Terbeliak sedikit mata Ariana. Ah sudah. Kantoi ke ni?

"Oh, abang Aiman got some errands to run in town today. Lepastu I teringin nak makan burger king. He dropped me in campus lepastu I nampak Cik Ariana kita ni makan sorang-sorang" kata Aidan, mereka cerita. Ariana menghela nafas lega.

"Ooo... so, I'll run for another 30 minutes and we'll meet?"

"Sure, Tan. See you"

"See you"

Panggilan telefon itu ditamatkan kemudian Aidan mengangkat muka memandang Ariana. Mata mereka bertentangan dan Ariana jadi malu-malu.

"Nampak macam you penat" kata Aidan. Ariana menggeleng. "You have dark circles. I've never seen that on you before" kata Aidan. Ariana menggeleng lagi. "You need to sleep enough. Faham? Tengok I. I takde pun dark circle" kata Aidan, menunjukkan bahagiam bawah matanya.

Aidan yang ceria. Gembira. Cukup tidur. Sihat. Sihat mental dan fizikal.

Atas sebab itu jugalah hati Ariana bagai dipijak-pijak apabila lihat Aidan nangis dihadapan asramanya tempoh hari. Aidan Shah yang satu dalam seribu.

"I banyak kerja kebelakangan ni. You know, documentary tu"

"Tapi kan dah siap. Dah post kat youtube. Almost 100k view. That's a sucess. You should be sleeping fine at night. Kenapa banyak kerja lagi?" soal Aidan.

"Magazine" ujar Ariana sepatah.

"Hm?"

"kan ada photoshoot yang haritu. Untuk premium la"

"Woah. Kitorang masuk premium?" soal Aidan teruja.

"Iyelah. Ali tak bagitahu?"

"I haven't spoke to Ali. Dia tak jumpa langsung ngan I sejak masuk hospital hari tu" Aidan memberitahu.

Ariana ketap bibir. Dia teringat pula Ali yang marah-marah datang ke fakultinya tempoh hari untuk berjumpa dengan Prof Haizi. Semasa thread tentang Aidan Shah The Dyslexic Boy di muatnaik tempoh hari. Betapa Syed Ali risaukan Aidan.

"Oh, gambar photoshoot tu untuk premium. Lepastu ada interview dengan coach. The interview is quite short so ketua editor I suruh insert lagi satu interview. That is whyyy I need to get ready nak letak interview sama ada Ricky atau Aidan Shah" terang Ariana.

"Kenapa tak interview Ali?"

"Documentary tu banyak perspektif Ali" kata Ariana. Nak aje Ariana sambung, banyak juga mention Aidan Shah.

"Iyelah. Ke you sengaja nak jumpa Ricky?"

Eleh! Aidan nak kata dia cemburu ke ni?

"Mana ada. Nak jumpa Ricky buat apa? Ni dah jumpa Aidan Shah" kata Ariana.

"Tisu" Aidan meminta. Bibirnya dimuncungkan. Terdapat kesan sos dari burger yang dimakannya ditepi bibir. Sekeping tisu Ariana capai kemudian dilapkan dihujung bibir Aidan.

Aidan sendawa sekali. "Alhamdulillah kenyang" ujar Aidan. Airnya dicapai dan disedut.

"Kenyang?" soal Ariana.

"Kenyang" kata Aidan kemudian dia senyum. "Tunggu sekejap nak basuh tangan" kata Aidan kemudian cepat-cepat dia berdiri berlari kearah sinki. Tangan kirinya dibilas dan dia kembali kepada Ariana.

"Jom. We can get some coffee kat cafeteria gym" kata Aidan sambil mencapai telefon bimbitnya dan dimasukkan kedalam poket belakang seluarnya.

Arian berura-ura bangun juga. Dia mengemas sedikit meja dan sampah-sampah makanan dikumpulkan dan di buang di tong sampah.

"Okay jom" kata Ariana.

Kiranya ini 'a day with Aidan Shah?'

THE QUITTERWhere stories live. Discover now