6 | Eavesdropping

3.2K 281 9
                                    

"Alan, my pass!" Ariana menjerit kecil. Jarinya ditunjukkan kearah passnya ditengah padang. Pemain ragbi mula berbaris ditengah padang dan pas Ariana terdorong sekali ke tengah padang mengikut langkah kaki lelaki-lelaki sasa itu pula. Ariana menepuk dahi.

Ariana sudab mula risau atas dua sebab;

1) pas The Daily's yang limited edition itu dipijak-pijak oleh gergasi yang ganas dipadang.

2) kalau terbelit kat kaki orang macam mana?

Pada waktu itulah, Aidan menunduk. Dari belakang, Ariana tak cam siapa pemakai jersi nombor 12. Ariana tak hafal nombor dan posisi semua pemain ragbi lagi. Apa yang Ariana tahu, informasi tentang orang yang harus ditemubualnya hari ini. Itu sahaja. Pemakai jersi nombor 12 itu menunduk, bersedia untuk hut.

Aidan. Aidan pemilik jersi bernombor 12 itu.

Aidan memandang kakinya. Lanyard merah jambu yang Aidan kenal melilit pegelangan kakinga.

"Ariana" Aidan sebut. Ini pas Ariana.

"Fokus, Aidan" pemegang jersi bernombor 13, quarterback right wing Azlan bersuara.

Aidan mengutip pas itu kemudian disarungkan ke leher. Aidan tersenyum. Dia terdorong. Dia lebih bersemangat.

"Hut!" Jerit Aidan. Permainan menjadi ganas. Aidan mara dengan lanyard pink Ariana terkalung dilehernya. Bola dilontar kearah Aidan dan ditangkap kemas olehnya. Dia mula merentas padang. Pihak lawan mengejar dan merempuhnya.

"Flanker!" Aidan jerit. Flanker berjersi nombor tujuh Harraz berlari kearah Aidan. Hooker pasukan lawan merempuh bahu kiri Aidan. Harraz merempuh semula hooker pasukan lawan itu. Aidan mengerutkan mukanya menahan sakit di bahunya. Bola ditangannya itu dipegang sekuat mungkin. Dia berlari sekuat hati dan menyentuh bola dikawasan try.

Try 4 mata diberikan. Aidan tersenyum. Ceria dan lega. Sorakan di stadium kedengaran. Kuat dan liar. Pas merah jambu Ariana dibuka dan diletakkan di tepi padang. Ariana mengela nafas lega dari jauh. Lega apabila pas miliknya 'diselamatkan'. 'Diselamatkan' oleh Aidan yang charming.

Aidan cuma mengutip dan meletakkan pas Ariana di tepi padang. Aidan tidak mahu bahayakan pemain lain.

Berkali-kali Ariana ulang pernyataan itu dalam kepala. Dia mengawal otot mukanya dari tersenyum. Apa yang Aidan lakukan sebentar tadi betul-betul cool. Ariana cair.

■■■

"Coach, apa pendapat coach untuk kemenangan Stallions hari ini" Ariana bersuara ceria. Dia bersiaran dengan pas The Daily's milik Alan. Pas Ariana berada diseberang padang. Jauh pula nak ambil.

"It's not a big win. We can do better. The Eagles can do better" jawab Coach Hanif.

Ariana mengingat semula persoalannya dalam kepala. Gementar pun ada menemubual jurulatih ini.

"Pada pendapat coach, apa penyumbang utama kemenangan Stallions pada hari ini?" Mata Ariana automatik memandang pelekat merah diatas lensa kamera. Alan tersenyum. Dia menaikkan ibu jarinya tanda memuji.

"Tenaga baru" jawabnya pendek.

"Apa yang Coach maksudkan dengan tenaga baru?"

Coach Hanif ketawa kecil. Ariana lagi sedikit hendak berkerut. Tapi, teringatkan wajahnya yang tadi dah berkerut, Ariana mengawal otot mukanya.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now