27 | Broken

2.2K 234 9
                                    

Ariana bersandar lemah di tempat duduk kosong sebelah Sara. Harini Ariana terasa seperti tak sihat. Panas badannya.

"Lepas ni kita pergi klinik. Okay?" tanya Sara. Ariana memandang Sara. Cantik, berbaju uniform pasukan sorak.

"Tadi tu first time I tengok you as a cheerleader. You look cool" kata Ariana mengubah topik. Sara tersengih. Bahu Ariana dipukul lembut.

"Jangan degil. Kita pergi klinik nanti. I drive" kata Sara.

"Ariana, The Quarterback is staring at you" kata Sara sambil menolak-nolak bahu Ariana. Mata Ariana tercari-cari kelibat Aidan. Aidan lah Quarterback tersebut.

Matanya melilau mencari sehinggalah wajah yang berkerut panas sambil tersenyum dijumpai. Mata Aidan seperti hilang.

Ariana tersengih.

"We're friend" ujar Ariana ringkas.

Aidan sedang berdiri sebaris dengan pemain lain. Ariana rasa istimewa. Pada pandangan orang lain, kelihatan seperti Aidan Shah yang kacak sedang berdiri di tengah padang, mengelamun.

Tapi pada Ariana, Aidan Shah yang kacak sedang berdiri di tengah padang sambil tersenyum kearahnya. Ya, senyuman manis itu ditujukan kearahnya.

Ariana menggeleng laju.

Ariana boleh katalah dia sangat tertekan dan keliru.

Para pemain ragbi semuanya bergerak ke posisi masing-masing. Aidan meregangkan tangan dan lehernya. Kedengaran bunyi laungan suara-suara jantan.

Bahu Aidan di tepuk oleh Ricky.

Sebaik sahaja bunyi wisel ditiup, suara Aidan kuat melaung.

"Hut!"

Dengan itu permainan yang ganas pun bermula. Ariana seperti mahu tutup mata apabila melihat Aidan Shah dihenyak kasar dibawah timbunan manusia. Syed Ali dengan yang sasa merempuh kuat, sehingga runtuh timbunan manusia itu. Faris Haziq pula meloloskan diri dari timbunan manusia itu dengan bola di tangan.

Bola dihantar kepada Flanker pasukan, Ricky Tan. Ricky Tan berlari. Ricky lah yang lari paling laju.

"Ariana see, that Chinese boy lari macam unta"

"Pffttt" tersembur tawa Ariana.

Try satu mata diberikan! Penonton bersorak liar. Hampir berdiri semuanya. Ariana turut sama berdiri kerana Sara tarik dirinya agar ikut sama berdiri.

Ariana terus mencari Aidan. Aidan masih terbaring di tengah padang.

Jantung Ariana berdegup kencang.

Ariana tiba-tiba sahaja teringat kejadian yang menimpa Hakimi Ishak. Dirempuh sehingga koma.  Dia tak mahu perkara yang sama berlaku kepada Aidan. Mujurlah Faris cepat-cepat berlari kearah Aidan, membantu Aidan kembali bangun.

"He kinda cute, Ariana" kata Sara. Ariana tersengih. "Hehe. Aidan is really cute. He's kind too"

"Aidan? What Aidan? I'm talking about the Flanker, Ricky Tan" kata Sara. Ariana terkebil-kebil. "Oh, so you think Aidan is cute huh? Siapa Aidan? Show me Aidan" kata Sara sambil menjengah - jengah.

"Sara, tak mau la. Orang nampak nanti"

Mata Sara membulat. Dia menyedari sesuatu.

"Aidan Shah is the Quarterback whom you said that you're kinda friends with him! You like him! Ariana has a crush!!" Kata Sara separa bersorak. Dia menghentak-hentak kakinya kerana teruja.

"Sara, shhh" Ariana menolak Sara agar duduk semula.

"Oh my god. I can't believe this!" Sara masih teruja. Ariana teguk liur. Ni dia belum tahu yang Ariana dan Aidan ada sesuatu.

THE QUITTERKde žijí příběhy. Začni objevovat