24 | Easy

2.3K 254 6
                                    

Satu persatu, lelaki-lelaki itu Ariana dan Cheryl solek nipis. Highlighter dan lipbalm. Ariana tergugat sangat-sangat bila Cheryl dengan selamba letakkan highlighter pada tulang selangka pemegang jersi nombor nombor 7, Flanker, Harraz. Harraz punya badan yang paling besar sekali dalam pasukan. Kalah Syed Ali. Tapi Harraz tak berapa tinggi.

Kira tinggi jugalah, cuma berbanding dengan Aidan, Harraz rendah sedikit.

Cheryl macam profesional sangat. Ariana tak mampu buat apa yang Cheryl lakukan. Apa konsep photoshoot hari ini pun Ariana kurang faham Razif yang uruskan semuanya.

Harraz membutang semula kemejanya kemudian dia berjalan kearah Ariana. Ariana berikan blazer mengikut saiz. Blazer yang padan dengan ukuran bahu Harraz Ariana serahkan. Selepas Harraz, turn Aidan pula untuk duduk di kerusi solek Cheryl. Wajah Aidan masih masam seperti tadi.

Ariana termenung tiba-tiba. Aidan ni kenapa hari ni?

Blazer Aidan disangkut ke penyangkut besi kemudian Ariana berjalan kearah Cheryl. Bahu Cheryl ditepuk. Ariana perlu yakin bukan?

Entahlah, hari ini baru Ariana sedar diringa benar-benar lembik untuk Aidan Shah. Aidan Shah benar-benar lembutkan hatinya.

"Why?" soal Cheryl.

"Can I do him? I want to try" kata Ariana. Cheryl mengangguk. Berus ditangannta diserahkan kepada Ariana. Aidan melopong kecil. Sebaik sahaja Cheryl berlalu pergi, Ariana terus memandang Aidan dan Aidan terus memandang Ariana.

Mata mereka bertentang dan kekal seperti itu untuk beberapa saat. Kemudian, Ariana senyum kecil. Aidan terus memutuskan renungannya. Aidan ketap bibir dengan kuat. Otot di rahangnya jelas bergerak.

Sah, Aidan ada terasa hati dengannya. Aidan bersandar selesa di kerusi itu kemudian dia menutup mata. Berus foundation di tangan Ariana Ariana tekan-tekan pada pipi Aidan, berniat untuk mengusik.

"What's wrong with my Aidan Shah today?"

Aidan membuka mata kemudian berkerut.

"You seems different. I smiled at you but you didn't smile back. Senyuman I terasa" kata Ariana.

"Why are you being all cute and flirty to me suddenly?" tanya Aidan. Ariana gigit bibir bawahnya. Aidan tak suka kah?

Toning cream yang Cheryl gunakan tadi Ariana picit di belakang tangannya dan krim itu diratakan di berusnya.

"I minta maaf kalau I ada buat salah" kata Ariana. Aidan menggeleng kemudian dia kembali menutup mata, menunggu Ariana untuk sapukan krim itu ke mukanya.

"Can you eat with me after this? Maybe at night? I need to eat. I haven't eat" kata Ariana seperti mengadu. "Siapa suruh tipu I?" balas Aidan. Ariana mengeluh. Krim pada berus itu Ariana ratakan pada wajah Aidan. Ariana ingin tahu kenapa Aidan begini.

"Burger king? Nak makan yang grilled tu" kata Ariana. "Do you like Burger King?" tanya Ariana lagi.

"Kita pergi makan nasi boleh tak?" tegas Aidan.

"I nak makan burger tak boleh?"  Ariana mengada-ngada lagi. Rasanya cara ini berkesan.

"Ariana, you kata satu hari tak makan? Makan nasi lah nasi. You're skinny" Aidan membuka mata akhirnya. Pandangannya dihiasi dengan wajah Ariana yang sedang tersenyum. Berus itu disapu lagi.

"Okay, okay. Aidan nak makan nasi. Jadi kita makan nasi" kata Ariana.

"What's wrong with you, Ariana?" kata Aidan akhirnya. Ariana selalunya tak seperti ini.

"Seeing you this handsome today made me kinda insecure. Am I dating this guy? I keep on asking that to myself" kata Ariana dengan jujur. Lipbalm bertinta merah dioleh pada bibir Aidan menjadikan wajahnya lebih segar. Berus untuk highlighter dicapai dan palet highlighter dibuka penutupnya. Berus itu ditekan beberapa kali ke pigmen berkilat itu.

Aidan macam ada gembira sedikit mendengar kata-kata Ariana. Dia tersengih kecil.

"Are we dating?" tanya Aidan.

"Yes, of course. Semalam kita berkawan. Kawan biasa. Tapi harini we're dating. I cakap haritu we're taking baby steps" kata Ariana.

"So, kantin kolej 9. Boleh?" kata Aidan. Ariana mengangguk. Dia berjaya!

"8? 8 boleh?" tanya Ariana. Aidan mengangguk.

Aidan membuka dua butang baju teratasnya, mendedahkan dadanya. Jelas kelihatan kesan lebam kemerahan di tengah-tengah tulang selangkanya.

"Apa ni?" Ariana menyapu highlighter di bahagian tulang leher itu.

"Tan gave me that. I couldn't dodge" terang Aidan.

"Hati-hati la" kata Ariana berus itu diletakkan ditempatnya kemudian dia merenung Aidan. Aidan jadi malu-malu.

"Masterpiece. You're already handsome to begin with. Nak amik gambar lepas ni boleh?" kata Ariana mengusik.

"Well, you should ask Alan. I need a picture with you too" jata Aidan. Aidan membutang semula bajunya kemudian dia berjalan kearah rakan-rakannya yang lain. Sempat Aidan menoleh sebentar menghadiahkan Ariana senyuman.

Aidan mudah. Mudah untuk Ariana. Bagi Ariana hidupnya sentiasa dipenuhi dengan halangan. Itu ini, semuanya susah. Tapi Aidan mudah. Mudah untuk buat Aidan gembira dan melihat Aidan gembira, Ariana turut gembira.

Dengan Aidan, mudah untuk Ariana gembira.

◼️◼️◼️


THE QUITTERWhere stories live. Discover now