39 | Board Directors

1.9K 187 17
                                    

'Abang Aiman sampai sekejap lagi. I minta maaf date hari ni ruined. I' ll make up to you'

Teks mesej itu ditaip kemudian dikirimkan kepada Ariana. Aidan termenung memandang langit senja. Sekarang, dia di rumah sewanya dengan Faris Haziq dan Syafiq.

Faris melabuhkan punggungnya di simen sebelah tempat Aidan duduk dihadapan rumah itu.

"I akan jumpa dengan Ali malam ni. It's fine"

Aidan mendengus kasar.

"Coach baik, kan Faris?"

"Yes, Coach baik. We'll find out. We'll figure this out. Sekarang ni, aku cuma mintak kau rehat kat rumah. Kau bukannya sihat lagi" ujar Faris. Aidan melihat tangannya yang berbalut.

"Kenapa Ali tak sokong coach? Aku tak faham"

"Aidan, I told you I'll talk to him later"

"Harraz pun dengan Ali" kata Aidan lagi. Faris mengetap gigi tanda geram. "Hey, listen. Ali lagi tua, Ali lagi lama" kata Faris.

"Coach pun!"

"Aidan, the thread is the truth"

"I know" ujar Aidan perlahan. Faris menepuk bahu kanan Aidan. "We'll figure this out. Jangan risau lah. Tu Aiman kan?"

Perhatian mereka berubah kepada kereta yang berhenti dihadapan rumah. Tingkap bahagian pemandu diturunkan dan Aiman Shah melambai dari dalam kereta. Faris segera berdiri.

"Kejap, amik barang" kata Aidan.

Faris berjalan kearah kereta itu, ingin menegur Aiman. Sebelum ini pernahlah beberapa kali berjumpa dengan abang Aidan Shah. Ibu bapa Aidan Shah sudah lama bercerai dan Aidan tinggal bersama ibunya.

Selepas abangnya berkahwin, mereka tinggal bersama.

Aiman lah yang paling banyak jaga Aidan.

"Assalamualaikum bang" kata Faris, menegur ramah.

"Waalaikumsalam. Faris eh?" tanya Aiman. Faris mengangguk. "Aidan muka monyok kenapa tu?" soal Aiman.

"Entahlah tak tahu" kata Faris. Tak tahu bagaimana nak menjawab.

"Sebab Ariana ke?"

"Ha? Sebab Ariana?" Faris menyoal semula.

"The girlfriend, Ariana?" Mendengar ayat itu, Faris mengetap bibir. Girlfriend? Automatik tangannya bercekak pinggang. "Entah bang. Tak tahu"

Tak lama kemudian, Aidan keluar. Dia fist bump penumbuk Faris kemudian terus masuk ke kereta. "Thank you Faris, see you later" kata Aiman. "I'll text you" kata Aidan pula.

Tingkap kereta dinaikkan dan suasana jadi senyap.

"Tadi, hantar dekat girlfriend, balik amik kat boyfriend." Ujar Aiman memecahkan kesunyian. Aidan berkerut.

"Apa benda boyfriend?" Marahnya. Aiman ketawa.

"Ada meeting dengan coach tadi. Tak dapat nak bawa Ariana sekali. Urgent." Ujar Aidan lagi.

"Abang cakap dah. Jangan pergi padang."

"Bukannya main pun. Pergi bilik coach je." Sentaknya.

"Aidan kenapa marah-marah ni? Ada masalah ke?" Kata Aiman. Dia memandang Aidan sekilas. Wajahnya ketat.

"Entahlah bang. Dah makan belum? Jom makan. Aidan nak makan tomyam." Kata Aidan. Dia bersandar selesa kemudian kerusinya disandarkan sedikit ke belakang.

"Seatbelt." Ujar Aiman.

"Polis tak samanlah. Tangan retak kot." Kata Aidan. Dia memejam mata.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now