28 | Material

2K 197 8
                                    

Sehari selepas Aidan Shah dikejarkan ke hospital, gambar teaser untuk dokumentari diterbitkan di laman instagram The Daily's.

Ariana benar-benar gembira kerana gambar-gambar itu terima reaksi positif. Satu perkara yang Ariana tak gembira: dia masih tak dapat hubungi Aidan Shah. Dia masih tak tahu keadaan Aidan Shah. Risau.

Pagi itu, Ariana bangun awal seperti biasa. Hari ini Sabtu, maksudnya tiada kelas! Tapi, hari ini badannya agak panas. Mungkin dia benar-benar demam. Bangun sahaja, Sara cepat-cepat ajak dirinya ke klinik.

"You have plans today, Sara. Go on. I'll go alone"

"What about you pergi dengan Ammar? I haven't heard you mention him for long. You should ask him to go with you"

Ariana terdiam. Benar, dia sudah lama tak bercakap dengan Ammar. Syif di Dunkins pun sekarang tak ada langsung yang sama dengan Ammar.

"Ask him. Kalau tak, I cancel my cheerleaders shit and drive you to clinic" kata Sara.

Ariana mengangguk lemah.

"Fine, sure"

Lambat-lambat Ariana mencapai telefonnya di sisi katil. Nombor Ammar didail dan telefon itu diletakkan di telinganya.

"Hello, abang"

"Nak apa?"

Ariana gigit bibir dengar suara Ammar yang tegas.

"Ariana nak mintak tolong. Boleh tak tolong hantar Ariana pergi klinik harini. Tak sihat" kata Ariana.

Lama Ammar terdiam di hujung talian.

"Demam ke?"

"Haah. Kalau susahkan abang tak pe" kata Ariana. Satu cubitan kuat daripada Sara mendarat di lengannya. Ariana berkerut tanda sakit.

"Pukul 11. Abang half day. Tunggu depan asrama"

Kata Ammar kemudian talian itu diputuskan. Kata-kata Ammar tadi kedengaran seperti arahan dan bukannya persetujuan.

"Boleh?" Soal Sara. Ariana mengangguk lemah. "Pukul sebelas" ujar Ariana. Sara mengangguk perlahan.

"I'm sorry that I can't"

"Nah, it's okay. You're competing for nasionals. Lagi penting. You're cheerleaders of The great Stallions Newcastle" puji Ariana.

"And, Ricky Tan" tambah Ariana lagi. Wajah Sara terus memerah mendengar nama itu. Terperanjat pula dengar nama crush.

"Ariana, I just think that he's cute. Itu je. Nothing more"

"Sara Elisa Wong. I have his number. Kalau nak say yes in 1, 2.."

"Nakkk!" Sara menjerit malu.

Ariana tergelak besar. Nombor Ricky Tan di dalam senarai contacts dicari.

"Here" kata Ariana apabila nombor. Itu berjaya dikongsi kepada Sara melalui WhatsApp. Sara tersenyum kecil.

"Goodluck you loner" Kata Ariana. Dia kembali berbaring. Selimutnya ditarik.

"I set my clock 10.30. Make sure you bangun. Eat breakfast before you go. I have to go okay" kata Sara. Dahi Ariana diusap. Terasa hangat tubuh Ariana. Sara  naik risau.

"I'm sorry again Ariana" kata Sara.

"Ammar will look after me. Jangan risau" kata Ariana. Selimutnya ditarik dan dia mengiring kearah dinding. Jantungnya berdegup laju.

Sebenarnya, Ariana lebih risaukan Aidan. Imej Aidan yang lemah dah hampir pitam semalam bermain berulang kali di belakang mindanya. Ariana menunggu sehingga Sara meninggalkan bilik barulah Ariana mula mendail nombor Aidan.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now