18 | Edit Out

2.5K 231 0
                                    

"Dah?" soal Ariana. Alan mengangguk. Ariana membalas dengan senyuman.

"Okay, Ricky. Dah baca semua soalan?" tanya Ariana. Dia memandang sekilas imej Ricky Tan di dalam kamera Alan, memastikan sudut rakaman itu sempurna.

"Dah" jawab lelaki itu ringkas.

"One, two, three, action" Ariana mengira dengan bersemangat. Seronok rupanya kerja macam ini.

"Hai, everyone. Nama saya Ricky. Saya pelajar jurusan Seni Halus. Saya jumpa minat saya dalam permainan ragbi ni sejak sekolah lagi. Saya main Flanker"

Terdengar jelas pelat-pelat Cina dari kata-kata Ricky. Ariana menunjukkan tanda bagus, menyuruh Ricky terus bercakap.

"Ini senior year saya. I've been playing since I first got here"

Ariana memandang helaian kertas ditangannya. Telinganya menangkap kata-kata Ricky dengan jelas.

"2016 was the hardest for everyone. Kita jatuh teruk, that was my first year playing" mata Ariana membundar. Ricky ada semasa 2016. Ricky ada masa The Downfall of Stallions.

Ariana mengisyaratkan untuk Ricky berhenti bercakap. Dia perlu selitkan soalannya sekarang.

"Apa jadi masa 2016?"

Ricky meneguk liur. Perkara ini sensetif sebenarnya. Tak ramai orang yang tahu. Tapi, dia yakin Ariana tahu. Pandangan yakin dalam mata Ariana menunjukkan yang Ariana tahu tentang perkara ini.

"We almost lost a teammate" kata Ricky dengan tenang. Ariana ketap bibir. Betul ke apa yang dia dengar ni?

"We went through few games without our teammate, Hakimi. Hakimi Ishak. He was our Quarterback"

Fikiran Ariana bercelaru tiba-tiba. 2016, Hakimi Quarterback. 2017 pun Hakimi QB jugakan?

Ariana mencerna maklumat. Apa semua ni?

"He was badly injured. Dia semangat team. It was really hard" sambung Ricky lagi. Ariana lihat mata Ricky jauh termenung.

Ariana semakin curious.

"But then, he came back right?"  tanya Ariana. Dia ingin mencungkil maklumat.

"Yes, he came back. In fact, we all came back stronger. To look back, it was really nostalgic. This is my final year. I cuma nak buat yang terbaik untuk Stallions Newcastle kita" kata Ricky.

Ricky meneruskan percakapannya. Mata Ariana melihat, telinga Ariana mendengar. Tapi fikirannya melayang entah ke mana. Ariana perlu siasat perkara ini. Ariana perlu tahu apa yang terjadi pada 2016 dan 2017.

"Thank you Ricky" kata Ariana. Dia membantu Alan mengemas peralatan. Ricky termangu-mangu disitu. Nak bantu ke bagaimana ni? Ricky mencapai mikrofon kecil ditepi kerusi batu yang didudukinya tadi.

Mikrofon itu dihulurkan kepada Ariana. Ariana menoleh.

"Thank you" Ariana tersenyum segaris. Mikrofon itu dicapai dan diselitkan di poket tepi beg sandang Alan.

"Bila-bila datang studio" kata Alan. Ariana mengangguk. "Good work, Alan" kata Ariana. Alan menggalas begnya. Ariana pun sama. Ricky pun begitu juga. Sebelum beredar, sempat Ricky tegur Ariana.

"Ariana"

"Yes?"

"I think I messed up. Boleh tolong I?"

Ariana mengangkat kening. Messed up apa?

"I think ada certain part of the interview yang I tak suka. Can you edit it out. Please?" wajahnya gusar. Ariana ketap bibir.

"Jangan risau, we'll follow up all the footage later. I'll catch up to you. Now, I have to go. I'm so sorry. You did a great job. Bye"

Kata Ariana. Ricky sekadar mengannguk.

"Okay, sure" katanya. Dia lihat Ariana hilang dari pandangan mata.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now