25 | Boyfriend

2.5K 244 16
                                    

Faris membetulkan tali leher Aidan. Aidan yang tersenyum ceria. Seronok lah tu dapat pakai tali leher Harraz. Harraz disebelahnya hanya menjeling. "Thank you Harraz" kata Aidan.

"Iyelah" balas Harraz ringkas kemudian dia pergi meninggalkan Aidan dan Faris. Tiba-tiba Aidan meneguk liur. Wajah Faris dipandang. Faris menepuk-nepuk lembut dada Aidan apabila tali lehernya siap dipasang.

"Apa?" ujar Faris. Aidan duk tenung dirinya entah mengapa.

"Nak pinjam kereta malam ni boleh?" tanya Aidan berhati-hati. Faris mengecilkan matanya. Suspicious. "Kau nak buat apa?" soal Faris. Aidan menggaru rahang yang tidak gatal. Matanya melilau kesana sini mencari alasan.

Takkanlah nak kata dating dengan Ariana.

"Nak.. Nak.."

"Ha iyelah. Balik sebelum 11" kata Faris. Wajah Aidan bertukar ceria. "Yeahh. Sebab tu aku paling sayang kau. Thanks bro" kata Aidan. Bahu Aidan ditolak. "Ha cepat lah pergi. Kau last kan. Cepat habis cepat balik"  kata Faris. Aidan tersengih. Baik hatilah Faris!

🌼🌼🌼

Jam 8 malam, Ariana sudah terpacak dihadapan asramanya. Jam tangannya dikerling. Mana pula Si Aidan Shah ni. Tadi, Aidan ada mesej suruh Ariana tunggu di sini. Maka, Ariana tercongoklag di situ seorang diri.

Tak lama kemudian, bunyi derapan kasut berlari menuju kearahnya. Cepat-cepat Ariana menoleh. Kelihatan, Aidan yang berhoodie dan berseluar pendek berlari kearahnya dengan sengihan lebar tertampal di wajahnya.

Ariana sekadar tersenyum.

"Hi, beautiful" kata Aidan, menghentikan lariannya dihadapan Ariana. Tangannya dimasukkan kedalam kocek hoodie nya. Ariana terkedu.

"Don't call me that" kata Ariana. Macam tak selesa.

"Why?" soal Aidan semula. Mereka mula berjalan. Medan selera kolej 9 adalah dalam beberapa meter. Sekiranya berjalan dari asrama Ariana, tak adalah jauh mana. Lagipun seronok juga dapat berjalan dengan Aidan Shah yang kacak dibawah sinaran kuning lampu jalan yang terang.

Boleh kata romantiklah.

"I don't like it"

"You should. You're beautiful" kata Aidan, masih tersenyum lebar. Nampaknya Aidan baru lepas mandi. Wajahnya segar dan rambutnya kelihatan lembap.

Ariana sekadar mengangkat bahu.

"So, Ariana. How's the documentary going?" tanya Aidan. Ariana ketap bibir.

"Everything's good. Tinggal Coach Hanif je"

"Oh, interview dia ke? Nak tips? He's my bestfriend you know"

Ariana meneguk liur. Mungkin ini masanya Ariana ekstrak maklumat tentang Coach Hanif daripada Aidan. Aniaya? Ariana macam dah berputus asa. Ariana ambil keputusan untuk lakukan pelan asalnya. Ariana cuma anggap Aidan sebagai gangguan. Gangguan yang indah.

Mungkin perkara ini akan sakitkan hati Aidan, tapi Ariana juga tersakiti.

"Does he supports you guys financially?"

Aidan memandang langit, berfikir sejenak.

"I guess yes, he did give me lots of money though. I think everyone got money from him. Kan I dah cakap. Dia macam ayah I. Dia macam ada kawtim jugalah untuk masukkan I dalam economy class Prof Haizi"

Aidan tersengih. Ariana tak tahu apa nak buat dengan maklumat ini. Mengapa Aidan beritahu kelemahannya?

"I'm kinda dumb, Ariana" Aidan membuat pengakuan tiba-tiba. Ariana menggeleng laju. "Mana ada"

"Ada" tegas Aidan. Aidan melihat Ariana sekilas kemudian tersenyum lagi.

"Dah tahu kelemahan I, am I still attractive?"

"Aidan, I like you because you're kind" kata Ariana. Sengihan Aidan melebar. Fakta bahawa Ariana sukakan dirinya buat dia gembira. Ariana pula, ada agenda lain.

"So, Coach bagi duit to the whole team?"

"I guess so. Dia bagi individually I guess. I once saw he gave money to Ali. But, the whole team don't really talk about it"

Ariana berfikir sejenak.

"Duit tu kira duit poket?"

"I guess so" Aidan mengangguk kecil.

"Why are you so interested in this money topic, all of sudden?" soalan Aidan buat Ariana terkedu seketika. Ariana mendehemkan tekaknya.

"Mana ada" Ariana sudah cuak semacam.

"So, nak makan apa?"

"Tomyam!!!" kata Aidan dengan kuat tiba-tiba. Terkejut Ariana. Aidan ketawa kecil melihat Ariana yang terkejut.

"Ariana, I still can't believe yang we made it, more as friends. I'm your boyfriend , kan?"

Ariana tersenyum kecil, sambil mengangguk.

"Yes, of course"

◼️◼️◼️

THE QUITTERWhere stories live. Discover now