2 | The Encounter

5.1K 373 6
                                    

"Sara, I packed your food for today. Nanti bawa ni. I tahu you tak makan, siap you" Ariana menekal seal beg plastik yang diisi dengan air kotak, roti dan biskut lexus bersaiz kecil.

Ariana buat begitu hari-hari. Sara selalu skip makan. Kalau Ariana tak pack makanan seperti ini, sehari suntuk Sara tak makan. Berlapar.

"Paginya? Dah nak keluar?" Sara menggeliat. Dia menguap beberapa kali sebelum menggaru-garu kepalanya yang seperti sarang burung.

"I have to work for The Daily's today" Ariana memasukkan dua paket biskut kedalam begnya. Penampilannya diperiksa buat kali terakhir di cermin kecil atas meja belajarnya.

"What work?" Sara yang mamai bersuara.

"I have to interview our rugby team's quarterback"

"What for?"

"New season minggu depan"

Sara tiba-tiba menepuk dahinya dengan kuat.

"I lupa. I need to train the cheerleaders. I forgot oh my god. Thanks Ariana ingatkan I" gadis berbangsa Cina mix India itu gegas bangun dari katilnya dan bergerak ke tandas. Ariana sekadar geleng kepala sahaja. Kadang dia terfikir juga, macam manalah Cheerleader yang popular macam Sara sudi berkawan dengannya.

Baru sahaja Ariana ingin memulas tombol pintu, Sara menjengah kepalanya dari pintu tandas.

"Ariana do you think I gained some weight?"

Ariana tersenyum kecil. Sara selalu insecure. Padahal, dia sudah cukup cantik. In fact, sangat cantik.

"No, Sara you're beautiful"

Sara menolak rambutnya kebelakang kemudian dia bercekak pinggang, melihat badan sendiri. Sara tersenyum kecil.

"Thanks Ariana"

"No biggie, girlfriend. I need to go now. Bye"

■■■

Ariana berdiri dihapan pintu masuk stadium. Jam 11 pagi, pasukan ragbi universiti tamat latihan harian. Ariana mengeluarkan pass The Daily's dari begnya kemudian disangkutkan ke lehernya. Buku nota dan pen dikeluarkan siap-siap.

Ariana melangkah masuk ke stadium itu. Dia memanjangkan lehernya untuk melihat sekeliling kawasan stadium. Terasa peluh sudah membasahi tudungnya. Panas. Ariana mengecilkan matanya, melihat ke seberang padang. Di situ, pasukan ragbi sedang berkemas-kemas. Ariana berlari anak.

Sejenis senaman kardio jugalah. Sudah lama tak berlari sebegini rupa. Asyik sibuk memanjang.

Ariana termengah-mengah sampai ke bench panjang di tepi trek larian. Di situ, Aidan dan seorang lagi pemain ragbi sedang duduk berbual-bual. Faris Haziq rasanya. Hooker pasukan ragbi Universiti. Besar badannya. Tak nampak macam pelajar universiti pun.

Ariana mengalihkan pandangannya kearah Aidan. Dia menghadiahkan senyuman.

"Hai, saya Ariana from The Daily's" kata Ariana. Dia memandang Aidan Elok betul rupa Si Aidan. Nak kening boleh?

"Yes?" Faris bersuara. Ariana mengubah pandangannya kearah Faris pula.

"Oh, I want to interview Aidan. It's for the web" Ariana masih tersenyum. Macam meminta kebenaran Faris pula. Faris memandang Aidan kemudian dia menjongketkan kening kanannya.

"Okay. Do well Aidan" kata Faris menepuk-nepuk bahu Aidan. Aidan menggaru tengkuknya.

"Kat mana?" Aidan bersuara.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now