37 | The boyfriend privilege

1.9K 195 2
                                    

Ariana hanya tersenyum nipis melihat Aidan dan Ricky berpeluk dihadapannya. "Sakit ke?" soal Ricky. Balutan di pergelangan tangan Aidan Ricky usik sedikit.

"Tak. Kan ada cast" ujar Aidan.

"Mana lagi eh sakit?"

"Oh. I grazed the back of my shoulder. Tapi melecet sikit je. Tak sakit sangat pun" kata Aidan. Bagi Ariana, melecet adalah perkara paling sakit sekali.

"Hi, Ariana. How are you?" soal Ricky. Kurang mesra.

"Hi. Fine" kata Ariana. Agaknya Ricky masih marah tentang potongan temubual dokumentarinya yang di muatkan dalam thread sensasi di laman twitter.

Ariana mengeluarkan sebiji burger daripada beg sandangnya dan diletakkan di atas meja. "Burger for you. I minta maaf sebab interview ni so sudden. Aidan ajak interview you harini jugak" kata Ariana.

"Iyelah. Privilege, kan?"

Ariana tersengih. Boyfriend Privilege?

"Privilege apanya?" soal Ricky tiba-tiba, ingin turut serta dalam perbualan itu.

Ariana mendehemkan tekaknya. Ada ke patut Si Aidan Shah ni nak gedik-gedik depan Ricky.

"P-privilege sebab terserempak dengan I" kata Aidan tergagap sedikit. Konon nak cover hubungan mereka berdua. Tak pernah pun Aidan atau Ariana kata mereka mahu rahsiakan hubungan ini.

Tapi, mereka berdua bertindak sedemikian.

Untuk Aidan, mungkin Ariana rasa tak selesa kerana Ariana pemalu.

Dan,

Untuk Ariana pula, dia rasa dirinya seperti pengkhianat. Apa yang akan pasukan ragbi kata? Mereka seperti abang-abang Aidan.

"What's the interview about, again?" soal Ricky.

"Oh, it's a filler for the magazine. The premium magazine"

"So, kita kena beli magazine lah tahun ni?" kata Ricky. Aidan tergelak.

"You tak pernah beli magazine ke? Soal Aidan.

" Tak, biasanya Syed Ali will buy and we all flip through the same magazine for the whole year" terang Ricky. Aidan tak tahu. Ini tahun pertamanya.

"Oh, really. Don't worry. I beli magazine tu nanti. I nak support Ariana" kata Aidan. Sempat dia mencuri pandang kearah Ariana kemudian tersenyum sedikit.

Nak aje Ariana cubit lelaki seekor ni!

Ariana mengeluarkan buku notanya. Halaman demi halaman diselak, mencari halaman yang diingininya.

"I'll record this interview okay" kata Ariana.

Voice recorder di telefon bimbitnya dihidupkan.

"Okay, this interview is about closing the season. This will be out on The magazine, few days after the final.match on Stallions versus Eagles" kata Ariana. Dia berhenti seketika, mengambil nafas.

"Can you describe this season? How was it?"

Ricky mendehem beberapa kali kemudian dia meletakkan sikunya keatas meja.

"It was quick and we're strong this year. Our QB is really contributing. Aidan Shah and Syafiq too. Everyone played so well and I can say this might be the strongest season since four years back. If we win the final, I'm really proud"

Ariana mengeluh kecil. Temubual ini adalah untuk Ricky Tan, yang bakal dinobatkan sebagai Best Man. Tapi, nama Aidan Shah disebut lagi. Aidan dipuji lagi.

Ariana menjeling sekilas Aidan di sisinya. Dia mengetap bibir.

"According to the statistic, you scored the most try in this season compared to other teams Stallions had met this year. And compared to past few years you've play, you scored the most this year. How do you feel holding the best man title?" soal Ariana. Dia jadikan niatnya lebih jelas. Ricky akan jadi Best Man dan dia harus berhenti puji Aidan Shah.

"If I am the Best Man, it's such a shame as I'm not. But, it's fine too actually. It's nice. I'm rooting the best for next flanker yang akan ganti I" kata Ricky.

Ariana mengetap bibir.

Butang segi empat sama di skrin telefon diketik. Temubual ini pointless.

"We should rest. You too berbual. I need to brainstorm more question" kata Ariana. Dia berura-ura mengemas barangnya.

"Nak pergi mana?" soal Aidan. "oh. Switch table. I should not interfere the boys talk kan?" Ariana selitkan ketawa kecil, menghilangkan kejanggalan.

"Stay. You buat kerja you we'll talk" ujar Aidan. Ricky berkerut. Dia agak tak selesa jugalah.

"Don't bother her. She needs focus. Kan?" Ricky mencelah. Ariana memandang wajah Ricky, kemudian dia memandang Aidan pula. Cepat-cepat Ariana mengangguk.

"Yes, Aidan. I nak fokus sikit, hehe" ujar Ariana.

"Ha yela" kata Aidan. Pen Ariana diletakkan ke dalam beg pensel Ariana kemudian dizipkan. Ricky yang memerhati berkerut sedikit. "Here, I tolong you angkat laptop" kata Aidan. Ariana berkerut marah.

"Say that when you have two hands" kata Ariana. Aidan menggaru belakang kepala. Lupa pula pergelangan tangannya cedera.

Beg pensel dan buku Ariana diambil. "I tolong angkat ni. Nak pindah meja mana?" soal Aidan. Ariana menuding ke arah meja di tepi tingkap, agak jauh dari meja yang mereka duduki sekarang.

Meja berdekatan semuanya sudah penuh.

"I'll wait here" Kata Ricky.

Aidan menghantar Ariana ke meja itu. Sebaik sahaja Ariana tiba, Aidan mencebik sedikit.

"It was supposed to be a day with girlfriend. I want to know you better. Tapi macam lain je" Aidan mengadu kecil. Ariana tersenyum pahit.

"I'm sorry. I janji kejap je" kata Ariana, memujuk sedikit.

"You're a cute boyfriend" kata Ariana tiba-tiba. Aidan tersengih. "We need a proper date" dia merenung Ariana. Masih tersengih. Dia sendiri tak sangka dia punyai teman wanita.

"Dahlah. Pergi sana. Ricky tunggu you. I'll come to you when I'm done" kata Ariana. "Iyelah. I'll steal glances. Look at me kalau rindu"

Tergelak Ariana. Tak sangka pula Aidan Shah seperti ini orangnya. "Oh, I nak pinjam pen" kata Aidan. Ariana cepat- cepat mencapai sebatang pen dan dihulurkan kepada Aidan.

"Sure-sure" katanya. Keadaan diam seketika dan mereka berdua bertentang mata.

"Bye" ujar Ariana malu. Aidan yang tersengih terus tersenyum lebar melihat Ariana malu-malu begitu. "Bye" balas Aidan. Dia melambai dengan tangan kanannya yang berbalut.

Aidan kembali ke meja. Ricky di situ sedang melihat telefon bimbit.

"Ricky. You haven't write anything yet.

Ricky menutup telefon bimbitnya. Pen dari tangan Aidan dicapai.

"Bagi tangan. I tulis" ujar Ricky. Karekter tulisan cina '调皮' dituliskan.

"Apa ni?" Soal Aidan. Ricky ketawa nakal. "Usaha cari sendiri"

"Ish apa benda ni. Alah senang je. Nanti I google" kata Aidan.

"So, are you always that close with Ariana?" Ricky memulakan perbualan. "Dia kan duduk sebelah I dalam econ. Dia tolong I belajar. I scored full marks speed quiz haritu" Aidan berbangga diri.

"Good job!" puji Ricky.

"The thing is, she might be the one behind the anonymous thread" kata Ricky. Wajah Aidan bertukar ketat. Dia senyum sedikit sebelum berkata, "She's not like that"

"I know her well" kata Aidan lagi.

"She might be, Aidan" ujar Ricky.

◼️◼️◼️

THE QUITTERWhere stories live. Discover now