7 | No proof

3.3K 255 5
                                    

Ariana tertinggal bus shuttle. Jadi Ariana mengambil keputusan untuk berjalan sahaja menuju ke tempat kerjanya, cafe kecil Dunkin Donuts yang berdekatan dengan fakulti sains dan bangunan asramanya.

Ariana berjalan laju kerana dia agak lambat. Ariana menolak pintu kaca Dunkin Donuts dengan lemah. Kak Ina, yang berdiri mengira duit di cashier's drawer tersenyum. Walau tersenyum, wajahnya tegas seperti biasa. Pekerja lain bergaul dengan baik dengan Kak Ina, tapi Ariana tak tahu kenapa dia tak boleh bergaul baik dengan Kak Ina. Kak Ina macam garang sedikit.

"Hai kak" Ariana menegur. Dia terus masuk ke bilik pejabat. Locker ketiga dari bawah dibuka. Baju kerjanya diambil dan begnya dimasukkan ke dalam. Kemudian, Ariana melangkah ke tandas. Dia berselisih dengan Kak Ina.

"Dah nak jadi star Cik Ariana kita ni" ujar Kak Ina. Ariana berkerut.

"Star? Kenapa?"

"Orang kerja dengan The Daily's biasanya jadi star. Akak dah kena ready cari pekerja lah ni"

Ariana macam naik marah pula. Apa masalah Kak Ina?

"Saya masih nak kerja kat sini lah kak" kata Ariana.

Ariana biarkah sahaja Kak Ina disitu. Dia bergegas ke tandas, ingin menukar baju. Usai menukar baju, Ariana terus bergerak ke kaunter. Dia melayan seorang pelanggan.

Apron berwarna kuning mendarat disebelahnya.

"Ariana" namanya dipanggil. Ariana menoleh.

"Abang" Ariana menyahut.

"Apron lupa pakai" kata Abang Ammar. Ariana tepuk dahi. "Cashier kejap" kata Ariana. Apron tadi dicapainya dan dia masuk semula kedalam office. Disitu ada cermin, jadi Ariana pakai apronnya disitu. Kemudian, Ariana kembali ke front desk.

"Hai" Ariana menegur Abang Ammar. yang sedang mengelamun.

"Hai" Ammar membalas. Dia tersenyum.

"Sejak bila kerja dengan The Daily's?" Soal Ammar. Abang Ammar pun nak marah macam Kak Ina juga ke?
"Baru seminggu. Tadi tu Live yang first" kata Ariana. Ammar mengangguk faham.

"Kak Ina macam tak suka aje" ujar Ariana separa mengadu. "Dulu ada sorang part time sini. Macam Ariana jugalah. Dah hot terus berhenti" terang Ammar.

Okay, Ariana faham kenapa.

"Ariana kerja nak duit lah. Bukan nak kejar popular"

"Itu abang tahu. Kak Ina kamu tu tahu ke?"

Ariana terdiam sebentar.

"Abang tengok tak interview tu?" bercahaya mata Ariana bercakap tentang live interviewnya. Abang Ammar mengangguk.

"Okaylah. Cuma yang kamu berkerut tu kelakar sikit"

Ah sudah. Ariana memuncung.

"Sampai hati"

"Abang harap kamu tak berubah" tiba-tiba Ammar berkata. Ariana ketawa.

"Taklah" kata Ariana.

■■■

Hari ini, tugas housekeeping dibahagikan sama rata kepada Ariana dan Ammar. Ariana sapu, Ammar mop. Seperti biasa, kak Ina duduk di pejabat, mengunci masuk sales kedalam sistem komputer. Ariana mengambil peluang ini untuk duduk di salah satu meja sambil membuka laptopnya.

Perbualan telefon pagi tadi terngiang-ngiang ditelinganya. Faiz? Kenapa perlu bagi duit kepada Faiz?

Duit team?

THE QUITTERWhere stories live. Discover now