15 | The Dressing Pad

2.5K 229 4
                                    

Masuk sahaja di dalam dewan kuliah itu, Aidan terpandang susuk tubuh Ariana menuruni tangga perlahan-lahan menuju ke kerusinya. Aidan tersenyum sedikit. Namun, senyuman itu terus mati apabila dia teringatkan Ariana yang memasuki kereta Ammar dengan yakin semalam. Berdua-duaan.

Mereka berdua bertentang mata.

Ariana melambai-lambai, menyuruh Aidan cepat datang kearahnya.

"You're not sitting with her today?" Tegur Faris dari belakang. Aidan ketap bibir.

"I'll go" kata Faris lagi sambil dia berura-ura bergerak ingin mendekati Ariana. Cepat-cepat Aidan menahan bahu Faris. "I'm going to her" kata Aidan. Suaranya monoton. Aidan menuruni tangga perlahan-lahan. Sedikitpun dia tidak pandang Ariana.

Dia berjalan melepasi Ariana, menuju ke tempat duduk kedua dari dinding kiri bilik kuliah itu. Disebelahnya, Ariana melabuhkan punggung.

"Good morning Aidan" kata Ariana dengan ceria.

Aidan diam.

"Thanks to you. I didn't catch cold" ujar Ariana.

"Sure" kata Aidan.

'Iyelah, konon semalam kata mahu date dengan roommate. Tapi aku nampak kau masuk dalam kereta jantan tu' omel Aidan dalam hati. Nak saja Aidan cakap, tapi macam melebih pula. Siapa ajelah Aidan ini kepada Ariana.

"Petang ni I datang stadium tengok you training" kata Ariana. Aidan berkerut. "Why would you?"

"It starts today. Documentary tu" ujar Ariana. Aidan sekadar mengangguk. Pen diatas mejanya Aidan capai kemudian ditongkatkan ke dagunya. Ariana memandang tindak tanduk itu.

Di bahagian rahang Aidan, terdapat satu tompok lebam berwarna kebiruan.

"When did you get this" kata Ariana sambil mencucuk lembut lebam itu menggunakan pennya.

Aidan flinched. Kemudian wajahnya berkerut. "Sakit lah"

Lebam itu dipegang. "Yesterday" kata Aidan. Teringat semalam apabila balingan Syed Ali tersasar lalu mengena Aidan. Mujurlah Aidan sempat memalingkan wajahnya. Kalau tak, hidung yang patah.

"You should be careful" kata Ariana.

"I am careful. You. You should be careful Ariana" ton suara Aidan tegas. Jelas menunjukkan dia tidak mahu apa-apa perbualan berlangsung antara mereka berdua lagi. Serentak dengan itu, Prof Haizi melangkah masuk ke dalam dewan kuliah.

Ariana bingung. Aidan ada masalah kah?

■■■

Habis sahaja daily training pada petang itu, Ariana meluru laju dari kerusi penonton stadium, menuju kearah Coach Hanif yang sedang berpamit-pamitan dengan Aidan di tepi padang.

"Hai, hai coach. Assalamualaikum. Saya Ariana dari The Daily's" baru sahaja Ariana hendak menerangkan tentang proses dokumentarinya yang akan berlangsung, Coach Hanif mengangguk.

"I know. I received the mail. You can start today" kata Coach Hanif. Aidan disebelah Coach hanya berdiri dengan diam. Ariana melontarkan senyuman kearah Aidan tapi Aidan ignore.

Dia kembali jalan beriringan dengan Coach Hanif, menuju masuk ke tunnel stadium itu. Tangan kanan Coach Hanif direhatkan di bahu Aidan.

"Ye Coach, saya cuba lagi. Haritu speed quiz tu betul-betul saya tak sedia. Saya janji lepas ni saya tak dapat kosong dah"

THE QUITTERWhere stories live. Discover now