30 | The Dead Body

2.1K 229 16
                                    

"Coach, saya akan record interview ni untuk rujukan nanti" kata Ariana sebelum meletakkan telefon bimbitnya diatas meja. "Sure" jawab Coach Hanif. Ariana berpeluh sedikit. Gementar.

"Um, jadi Coach. Stallions Newcastle menang menentang Juara FC kelmarin. Jadi, The Daily's ucapkan tahniah. We are proud. Pada pendapat Coach, untuk kekalkan winning streak ni, apa yang Stallions ada berbanding pasukan lain?"

Coach Hanif mendehem sebelum meletakkan sikunya keatas meja.

" Pertama sekali, brotherhood. Saya rasa Cik..? "

" Ariana" jawab Ariana.

"Cik Ariana. I'm informed that my boys are very familiar with you. I'm sure you know too, how close they are to each other" kata Coach Hanif. Ariana mengangguk.

"They trust each other, no secrets between them. Jadi saya rasa tu key point untuk dapat a flawless teamwork"

Coach Hanif berhenti berbicara seketika. Dia berfikir sejenak sebelum sambung bicara.

"Second is, no whistleblower. If anything unlikeable happen, they settle it among themselves. We settle it. And sometimes, I settle it on my own. Stallions are boys. Young boys. Mana ada budak tak nakal kan?" Coach Hanif ketawa. Ariana turut ketawa kecil.

" Jadi Coach. Coach dah bersama dengan Stallions bertahun-tahun. Saya yakin Coach sayangkan anak buah coach. Coach masih communicate tak dengan bekas pemain Stallions, contoh macam Hakimi Ishak dan Harith Omar"

Ariana cuba mencucuk jarum. Reaksi wajah Coach Hanif berubah, sukar ditafsir. Mungkin terkejut kerana Ariana tiba-tiba sahaja petik dua nama pemain popular tahun 2016 dan 2017.

"Dengar soalan ni, I feel like I need to organize one event for Stallions and ex-stallions. It'll be great. Aidan Shah selalu kata dia teringin nak jumpa Hakimi Ishak. He was an excellent QB"

Ariana tersenyum. Coach Hanif mengelak soalan itu. Jadi, sesuatu benar-benar berlaku.

"The Daily's ada contact Hakimi Ishak baru-baru ni, tujuannya untuk temubual Hakimi untuk dokumentari ni"

Ariana lihat Coach Hanif mengetap bibir.

"Hakimi ada kata dia nak datang last match Stallions dan Lion. Mana tahu, Coach ada nak sponsor ke?" kata Ariana dalam nada bergurau. Coach Hanif mendehem.

"Um well, once a Stallions, always a Stallions. Everyone is welcomed" kata Coach Hanif. Setakat ini, soalan berkenaan tentang bekas pemain Stallions semuanya tiada jawapan jelas.

Ariana berpuas hati.

"Coach, the boys mentioned that you are like a father figure to them. Ecspecially to Aidan Shah, the youngest. Do you involve in their acedemics?"

Input soalan ini muncul kerana Aidan Shah ada beritahu Ariana tempoh hari yang Coach Hanif ada bantu Aidan untuk masuk dalam kelas ekonomi Profesor Haizi. For the grades, katanya. Sebabnya, kalau mahu bermain untuk Universiti, pointer pun harus bagus.

Ariana rasa bersalah juga, kerana gunakan maklumat ini. Tapi Ariana tak ada berikan soalan direct, jadi rasanya Ariana selamat.

Pada tahap ini, Ariana tak kisah jika Aidan marahkan dirinya. Atau mungkin, dia kehilangan Aidan.

Firasat dirinya asyik berubah-ubah. Semalam, dia tak mahu lakukan temubual ini. Tapi pagi tadi, entah mengapa Ariana mahu segalanya terus berakhir. Dia mahu lakukan temubual ini sebaik mungkin, dia mahu ekstrak semua maklumat dari mulut Coach Hanif sendiri.

Coach Hanif bersalah.

Rakaman video dari telefon yang Cik Sharlina tunjukkan tempoh hari ada pada Ariana. Berulang kali Ariana lihat rakaman itu. Pelbagai spekulasi Ariana lakukan.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now