35 | The one who would help him hide the dead body

2K 198 11
                                    

A/n: Hai, Assalamualaikum semua. Bab ini banyak mengandungi penjelasan untuk kebanyakan persoalan yang ada di bab-bab sebelum ini. Baca betul-betul. Terima kasih kepada yang masih menanti-nantikan update dari saya. Enjoy!

⬛⬛⬛

"Aidan, I on the way to burger king. What about you?" soal Ariana. Kedudukan telefon di telinganya dibetulkan. Terasa basah bahagian itu akibat peluh. Hari ini benar - benar panas. Selesai sahaja mesyuarat dengan The Daily's tadi Ariana cepat-cepat bergerak ke restoran Burger King.

Hari ini dia sudah berjanji nak makan tengah hari dengan si teman lelaki, Aidan Shah.

"Yes, tapi one bad news"

"Kenapa?"

"My brother yang drive you tahu kan? He needs to run some errands in town. So he'll leave me in campus sampai dia siap. Do you mind having me around today?" soal Aidan.

Tanpa berfikir panjang, Ariana terus bersetuju.

"Nak makan whopper dengan Fanta oren. Orderkan untuk I boleh?"

"Yes, of course sure. Abang you? Taknak takeaway?"

"Bang, do you want anything?" kedengaran suara Aidan menyoal abangnya dari hujung talian. Lembut sahaja dia bertanya.

"He said a burger and a drink would be fine" kata Aidan. "Okay. I dah sampai ni. See you" kata Ariana.

"Sure, see you" balas Aidan. Ariana menolak pintu kaca restoran itu dan terus ke kaunter. Chicken Tendergrill untuk dirinya, Whopper untuk Aidan Shah dan burger satay untuk abang Aidan Shah.

Tak lama pun, Ariana tunggu. Cepat sahaja makanan yang dipesannya siap. Ariana segera memilih meja. Terjengah-jengah jugalah Ariana ke luar restoran, mencari kelibat Aidan Shah.

Tak lama kemudian, Aidan Shah yang berseluar sukan dengan kemeja - T berwarna putih menolak pintu kaca dengan bahu. Tangan kirinya menolak rambut yang terjuntai ke dahinya. Bersusah payah Aidan menolak pintu kaca itu menggunakan sisi badannya.

Cepat-cepat Ariana berlari kearahnya. Pintu kaca itu ditarik. Serta merta Aidan Shah tersenyum. Bila difikirkan semula, kelakar jugalah Ariana terkocoh-kocoh berlari kearah Aidan untuk membantu lelaki itu merempuh pintu. Menolong Si Aidan Shah yang merupakan 'raksaksa' diatas padang menolak pintu kaca menggunakan bahu. Ariana tersengih kecil.

"H-hai" ujar Aidan. Dia terhenti sebentar di pintu masuk restoran makanan segera itu.

"Hai" kata Ariana. Menyedari yang Aidan Shah berdiri di situ agak lama, Ariana mendehemkan tekaknya.

"Which table?" soal Aidan. "Oh, sini" kata Ariana sambil berjalan terlebih dahulu menuju kearah meja. Ariana perasan yang Aidan Shah berpeluh - peluh.

"Panas harini. Aircond abang I rosak tadi" kata Aidan sambil mengipas-kipas diri sendiri dengan tangan. "I pergi bagi abang you lah" kata Ariana sambil mengangkat beg kertas berisi makanan.

"I appreciate that. Thank you" kata Aidan.

"BMW putih kan?" soal Ariana meminta kepastian. "Yes" kata Aidan.

Ariana mengangguk.

Dia berjalan keluar restoran, menuju kearah kenderaan berwarna putih yang terparkir kotak parkir kereta yang paling hampir dengan pintu restoran. Tingkap pintu kereta itu dibuka luas, terkeluar sedikit lengan lelaki di tempat duduk pemandu itu, berkemeja biru gelap dan bercermin mata hitam.

"Abang Aidan Shah?" soal Ariana.

"Oh, Hi. You're my brother's girlfriend. Aidan selalu cerita pasal you" kata lelaki itu.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now