23 | Jealous

2.5K 264 14
                                    

"Faris, aku tak ada tie" kata Aidan. Dari tadi, dia seorang sahaja yang monyok. Semua orang sudah siap bertali leher hitam nipis. Dia seorang sahaja yang tak ada. Entah macam mana boleh hilang pula tali lehernya.

"Eh, siapa ada tie extra?" laung Faris. Lobi studio yang semangnya sudah riuh dengan suara dua belas lelaki itu menjadi semakin riuh dek laungan 'tak ada' dan suara-suara lain yang mengusik Aidan yang tak bertali leher.

"I'm sure they have extra tie inside" kata Syed Ali, menepuk bahu kanan Aidan. "Kalau tak ada aku pinjam kau punya eh?" kata Aidan. Ali ketawa. Dia memegang tali leher sendiri.

"Pinjam Faris punya lah. Aku punya Ain belikan. Takkan nak bagi kau" kata Ali. Aidan mencebik. Ain? Teman wanita utamanya sekarang. Bila difikirkan semula kenapa Ain boleh tertarik kepada Ali? Ain pelajar tahun dua perubatan, sebaya dengan Ali. Entah bila berjumpa, entah bila berkenalan pun Aidan tak boleh brain.

Aidan memandang tali leher Faris pula. Alah, tak nak lah. Faris punya tak cantik macam Ali. Tali leher Ali nampak mahal. Aidan mendekati rakan sepasukannya yang lain. Tali leher mereka diteliti dan dipegang.

"Eh, Harraz. Kenapa kau punya cantik" kata Aidan. Tali leher yang kemas dipakai Harraz diteliti lagi. Harraz menarik tali lehernya dari tangan Aidan. Faris ketawa besar.

"Kau dahlah tak ada, nak pilih yang lawa" pipi Aidan Harraz tolak lembut.

"Aku nak ni. Ali dengan Harraz. Salah satu eh" jarinya menuding kearah Ali dan Harraz. Faris menggeleng. Aidan.. Aidan...

Pintu studio dibuka dan Cheryl menjenguk keluar. "Come in" kata Cheryl. Maka, kesemua jejaka tadi masuk kedalam studio. Perkara pertama yang Aidan lakukan ialah meneliti sekeliling studio. Kelibat Ariana dicari. Haih. Tak ada pun.

"Shoes off" kata Razif. Aidan akur. Kasutnya ditanggalkan. Faris dicari. Dia harus letak kasutnya sebelah Faris. Kalau tak, nanti lupa. Sejak sekolah lagi, kalau perlu tanggalkan kasut, Aidan mesti cari kawan rapat untuk letak kasut.

Semasa sekolah rendah dulu, kasut Aidan pernah kena curi di surau sekolah. Yang kurang asamnya, kasut buruk si pencuri itu ditinggalkan. Tak pasal-pasal Aidan pulang ke rumah dengan kasut buruk milik entah siapa. Sampai ke rumah, Aidan mengadu kepada ibunya. Kena marah pula!

Aidan serik.

Kasut Aidan diletakkan betul betul bersebelahan dengan kasut Faris. Senang je nak kenal kasut Faris. Kaki Faris saiz enam. Kaki kecik.

Mata Aidan masih melilau mencari Ariana. Geram pula bila tak ada. Manalah si Ariana. Aidan mengambil keputusan untuk mendekati Cheryl untuk bertanya.

"Um, where's Ariana?" Cheryl yang sedang menyusun peralatan kosmetik milik studio mengangkat muka. Terkejut jugalah. Cheryl jadi auto-senyum.

Eloknya, awak ni Aidan.

"Oh, Ariana. She's resting. Dekat sana, sebelah pantry" kata Cheryl. Nak aje dia bantu Aidan tunjuk rest station tapi tak bolehlah, sibuk sekarang ni. Bagus juga kalau ada Ariana. Bolehlah Ariana kawal keadaan. Aidan yang berdiri dihadapannya dipandang lagi.

"It would be nice if you can help me panggil Ariana ke sini. I'm Cheryl by the way" kata Cheryl.

"Oh, yes sure. I'll be back with her" kata Aidan. Aidan melangkah kearah lokasi yang Cheryl sebut tadi, sebelah pantry. Matanya menangkap satu sudut kecil yang dilitupi langsir berwarna kuning gambar bintang-bintang. Langsir itu diselak, mendedahkan Ariana yang sedang terlentok ke dinding sambil memeluk kusyen.

Aidan terpana sebentar. Ariana sedang tidur. Aidan mencangkung dihadapan Ariana. Langsir itu dipegang ke dinding.

Aidan mengambil kesempatan ini untuk tatap wajah Ariana lama-lama. Dia tak pernah dapat pandang wajah Ariana dengan jelas sebelum ini kerana dia seringkali malu. Setiap kali mereka berdua bertentang mata, jantung Aidan bagai nak gila.

THE QUITTEROnde histórias criam vida. Descubra agora