17 | Baby Steps

2.9K 260 9
                                    

Ariana menghidupkan komputer ribanya. Aplikasi telegram dibuka dan kiriman fail dalam bentuk pdf serta rakaman suara kiriman Cik Sharlina dibuka. Fail pdf itu diteliti.

Kempen Bantu Stallions Newcastle

Bantu pasukan ragbi universiti kita! Untuk maklumat lanjut, hubungi :

018-319xxxx
Hakimi

013-705xxxx
Harith

Ariana berkerut.  Apa ni? Kenapa Cik Sharlina beri fail sebegini kepada Ariana?

Fon telinga cepat-cepat dicucuk ke komputer riba dan rakaman suara itu dimainkan.

"Apa motif semua ni? Boleh coach beri komen?"

"This is overreacted. Everything is under control. Hakimi is overreacting"

"Tapi Coach, perkara takkan berlaku tanpa sebab. Pembaca kita ingin tahu Coach"

Rakaman suara itu ditamatkan disitu. Ariana scroll lagi perbualan mesej Cik Sharlina. Terdapat beberapa keping gambar yang menunjukkan Hakimi berkempen dihadapan stadium.

Satu mesej dikarang kepada Cik Sharlina.

'Saya tak faham. Ini berkenaan dengan apa?'

Ariana berkerut. Dia cuba mengingat semula isi perbualannya dengan Hakimi Ishak di Paradigm tempoh hari. Seingat Ariana, Hakimi tiada langsung sebut tentang kempen untuk kumpul dana pasukan dan sebagainya. Apa yang Hakimi cerita cumalah bagaimana ahki pasukannya terpaksa tanggung bil hospital sendiri.

Telefon bimbit Ariana berdecit.

Cik Sharlina: The downfall of Stallions.

Itu sahaja jawapan Sharlina. Ariana malas nak tanya lebih. Dia memhuka laman web The Daily's dan akaunnya di log masuk.

Senarai artikel dibuka. Maklumat ini terhad kepada mereka yang berkerja dengan The Daily's sahaja. Satu persatu Ariana teliti. Sehinggalah, satu fail artikel berlabel 080918 dijumpainya.

Artikel itu dibuka. Benarlah, Stallions Newcastle ada zaman kejatuhan.

Tiga season berturut-turut tiada kemenangan. Sehinggalah, Harith Omar diangkat menjadi Kapten.

Ariana berkerut. Hakimi Ishak tiada sebut langsung tentang semua ini.

◼️◼️◼️

Pagi itu, Ariana terlambat bangun lagi. Hoodie kelabu bersama seluar sepadan menjadi sasaran, dipadankan bersama tudung berwarna hitam. Kasut sukannya disarung malas. Ariana sempat menarik nafas sebentar di dalam lif. Lif yang penuh dengan orang.

Ariana membetul-betulkan tudungnya. Kemudian, telefon bimbitnya berdecit. Hampir semua homosapiens menoleh kearahnya. Kuat sangat notifikasi mesejnya itu.

Reminder: Official Match: Stallions vs. Lion.

Ariana sekadar merenung skrin telefon bimbitnya. Ugh. Banyaknya kerja.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now