4 | Time Stealing

3.7K 310 3
                                    

"Prof Haizi showed me a list of bright students in the class"

Ariana memejam mata. Masyaallah. Prof Haizi buat hal ke ni? Nak suruh Ariana buat apa?

"He recommended you to help me actually" kata Aidan. Dia melarikan pandangannya. Ariana turut tak boleh memandang Aidan. Terasa janggal pula.

"He said that you don't really have any friends so Prof thinks that you can spend some time on me.. um with me? Help me Ariana" Aidan memujuk.

"So, here Aidan. I'm a busy person. I work for The Daily's. I'm pretty sure there's someone else got 5/5 for the pop quiz that day. Why don't you choose someone else from the list. Other than me" Ariana tersenyum sopan.

Masyallah Aidan. Hensemnya awak.

"Look, Ariana. I know you tahu that I got zero for the pop quiz. You looked at me that day" Aidan membongkok ke meja. Dia berbisik sedikit, tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka.

"No, I don't" Ariana berkerut.

"Now, you do. You tahu sekarang. Ariana menekup muka. Apa yang Aidan cuba lakukan sekarang ni?

"I need to pass the class Ariana. Or else I cannot play anymore" kata Aidan. Wajahnya serius. Dia benar-benar serius. Ariana mengalihkan tangannya dari muka dan mata mereka bertemu.

"Aidan Shah, do I know you?" Ariana bersandar di kerusi. Dia mengerling jam tangannya kemudian dia memandang Aidan kembali. Aidan terdiam.

"I'm busy. I can't help you" kata Ariana. Dia bangun dari kerusi kemudian berjalan pergi meninggalkan Aidan.

"Money. Duit. I'll pay you" kata Aidan. Mata Ariana membulat. Dia menoleh kebelakang.

"I need to pass the class in order to play, Ariana" mata Aidan memujuk Ariana. Ariana mencapai kopi diatas meja yang dia lupa hendak ambik tadi.

"I want to help but I can't" ujar Ariana.

■■■

Ariana melangkah laju menyusuri koridor bangunan. Matanya tertancap kukuh kepada pintu yang bertanda 'Haizi' dihujung koridor. Ariana memecut lagi. Sampai sahaja dihadapan pintu itu, Ariana menarik nafas panjang kemudian menghembuskannya.

Pintu itu diketuk dua kali.

"Masuk" suara dari dalam bilik menyahut.

"Ariana" Prof Haizi menyambut dengan ramah. Ariana berkerut dek melihat susuk tubuh yang dikenalinya. Walaupun Aidan tak menoleh, Ariana kenal itu siapa.Aidan Shah. Dia bertopi harini. Bahunya yang besar itu diserlahkan lagi dengan kemeja flannel yang dipakainya.

"I nak hantar assignment" kata Ariana kemudian dia melangkah setapak kearah meja Prof Haizi. Fail assignment miliknya diletakkan di sisi meja Prof Haizi. Terlanggar siku Aidan sedikit. Aidan bergerak. Sikunya dialihkan.

"Thank you, Prof" kata Ariana sebelum cepat-cepat dia mengatur langkah.

"Ariana?" Panggil Prof Haizi. Ariana membentuk senyuman sebelum menoleh kearah profesor itu. "Yes?" Senyuman Ariana kelat.

"Duduk sekejap boleh?" Kata Prof Haizi. "Sekejap je" kata Ariana. Kerusi sebelah Aidan ditarik kemudian punggungnya dilabuhkan disitu. Ariana menghimpit kearah dinding sedikit. Aidan turut bergerak menjauhi Ariana. Sempit.

"Ariana, can you help Aidan?" Suara Prof Haizi lembut sahaja.

"Aidan and I talked about this" kata Ariana.

"And, she agreed" sambung Aidan tiba-tiba. Ariana terus memandang Aidan. Bibirnya diketap.

"Yes, only in classes. Because I'm a very busy person" gigi Ariana diketap kuat.

"Yes, Prof. She is a busy person but she's willing to help me. And if I ada soalan nak tanya, dia boleh tolong" sambung Aidan. Ariana tersenyum palsu. Aidan menoleh kearah Ariana kemudian dia senyum. Senyum sehingga matanya mengecil.

"Well then, that's a good thing Ariana" kata Prof Haizi. Dia meletakkan sikunya diatas meja.

"Study well, Aidan. The team needs a quarterback" kata Prof Haizi. Ariana berdiri dari kerusi. "I need to go" kata Ariana. Aidan turut berdiri juga. "Yes, we need to" Aidan memandang Ariana sekilas. Mereka berdua mengucapkan selamat tinggal kepada Prof Haizi.

Baru sahaja Ariana hendak mencapai tombol pintu, Aidan terlebih dahulu memegang tombol pintu itu kemudian memusingkannya. Ariana keluar dari bilik itu terlebih dahulu dan diikuti dengan Aidan.

Ariana menjeling Aidan dengan tajam.

"I'm sorry Ariana, but I have to do this. I won't steal you time. Cuma masa dalam class je. Please?" Aidan memujuk. Wajah Ariana serius. Tanpa berkata apa-apa, Ariana pergi.

■■■

Ariana seperti biasa, menuju ke tempat duduknya di dewan kuliah. Tapi, hari ini ada tetamu.

"What are you doing at my seat?" Ariana berkata. Nada suaranya jengkel. Lelaki itu menoleh. "You can sit here. I'm lefthanded, so I need to sit next to the wall"

Aidan Shah.

Ariana menjeling. Dia meletakkan begnya di selang satu kerusi daripada Aidan kemudian dia melabuhkan punggungnya di sebelah Aidan. Aidan menyapanya dengan senyuman. "Good morning, Ariana" kata Aidan. "I figure out that you might be mad of me so I bought a chocolate for you" Aidan meraba isi beg galasnya kemudian sepaket Kinder Bueno diletakkan diatas meja Ariana.

"You're bribing me?" Kata Ariana. Dia memandang coklat itu, kemudian pandangannya dialihkan kepada Aidan. Aidan yang bertopi. Topi itu menutup separuh daripada dahinya jadi, Ariana hampir tak nampak wajah Aidan.

"No, it's a gift" kata Aidan. Barang-barangnya disusun rapi diatas meja. Tiba-tiba Ariana teringat akan perlawan rugbi tiga hari akan datang.

"How's your training" tanya Ariana. Dia nak berbudi bahasa sikitlah. Takkan membatu sahaja.

"Sprained my ankle yesterday, but I'm okay. It's good now" Aidan menunjukkan kakinya. Balutan di buku lalinya kelihatan.

"You should be careful" kata Ariana. Dia memandang semula kehadapan.

"Do you like economy?" Tanya Aidan. Ariana mengangkat bahu. "I don't know. I just happen to love studying" kata Ariana. Aidan mengangguk faham.

"I'm sorry for lying to Prof Haizi. And, for forcing you too" kata Aidan. Ariana memandangnya. "It's okay. Besides, dalam class je" Ariana tersenyum melihat senyuman Aidan. Aidan menoleh kebelakang melihat Faris dan rakannya yang lain.

"They're cheering for me" kata Aidan. "Faris sama umur dengan you ke?" Tanya Ariana. Aidan menggeleng laju. "He's a year older. Masuk sini lambat" kata Aidan. Ariana mengangguk faham. Pintu berhadapan mereka dikuak dan Prof Haizi yang ceria melangkah masuk. Sempat Prof Haizi tersenyum kearah Ariana dan Aidan.

■■■

THE QUITTERWhere stories live. Discover now