31 | Dyslexic Boy

1.8K 219 15
                                    

"Alan, you did great job editing it along with Noah" kata Ariana. Panggilan telefon ini Ariana lakukan awal pagi kerana terlalu teruja apabila dokumentari itu sudah di muat naik ke akaun YouTube.

"You did a great job too Ariana. The whole thing is on you"

Ariana senyum hingga ke telinga. "We should hang out sometimes. Along with the studio team. I'll bring Sara too"

"Ya, sure" kata Alan acuh tak acuh.

"Congratulations Ariana. Sekarang kita tunggu untuk premium je"

"Yes, premium. I dah submit interview I dengan Coach Hanif kat Miss Sharlina. She'll edit it all soon. Can you send me the whole photos from the photoshoot? Via telegram"

"Sure, Ariana. Hey, I'm running late to class. We should prolly end this here"

"Ya, sure. Bye"

"Bye"

Panggilan itu tamat di situ. Ariana tersenyum lebar. Pagi itu, dia ke kuliah seperti Prof Haizi seperti biasa.

Sudah empat hari tak berjumpa dengan Aidan. Ariana boleh kata yang dia rindukan teman lelakinya yang soft macam sekepul awan. Dah sihat kah Aidan Shah yang charming itu?

Tiba di hadapan lif, Ariana terserempak dengan Faris Haziq. Wajahnya tak berapa ceria. Atau mungkin sebenarnya Ariana yang terlebih ceria sehingga dia rasakan orang di sekelilingnya semua gloomy.

"Hai, Faris. Morning" tegur Ariana. Faris tersenyum.

"Hai, I saw the dokumentary. It's nice. Good job Ariana" kata Faris. Tetapi, wajahnya tak terlalu gembira. Senyuman Ariana berkurang.

"Thank you. You all did well too" kata Ariana. Apabila lif tiba, berpusu-pusu homosapiens masuk ke dalam lif itu. Ariana berdiri tegak sebelah Faris Haziq yang berwajah serius.

Apabila pintu lif hampir tertutup, Syed Ali masuk ke dalam lif. Ariana dan Faris berkerut.

"Bro. What are you doing here?" Faris dan Ali membuat brofist dihadapan Ariana. Pandangan Ali beralih kepada Ariana. "Oh, the suspicious girl is here too" kata Ali. Ariana berkerut.

"Never mind" kata Ali. Dia menarik lengan Faris, membawa Faris berdiri dihadapan Ariana. Mereka berdua membelakangi Ariana yang tersandar kaku di dinding lif. Tangan Ali direhatkan di bahu Faris dan mereka berdua sedang berbincang tentang sesuatu.

Sesekali Ariana perasan ekor mata Syed Ali menjeling kearahnya. Ada apa apa yang berlaku lagi kah?

Telefon bimbitnya di poket seluar dikeluarkan dan akaun twitter anonymous yang muat naik thread tempoh hari ada muat naik posting baru.

Ariana mengeluh. Dia gementar. Apa yang Cik Sharlina muat naik kali ini?

'Betul ke semua Stallions genius?'

Baca sahaja ayat pertama tweet itu, Ariana tahu, perkara ini berkenaan dengan Aidan Shah. Ariana mengangkat muka memandang Syed Ali dan Faris Haziq yang berdiri di hadapannya.

"Aidan dah tahu?" kata Faris. Ariana pasang telinga ingin mendengar perbualan mereka.

"Kau rasa apa perasaan dia bila dia tahu benda ni?" kata Ali.

"Ali, is this actually true? Betul ke thread ni. Aku tak percaya weh mula-mula. Tapi, this might actually is the truth kan?" soal Faris. Faris sendiri percayakan tweet itu. Faris yang ada soft spot untuk Aidan percayakan tweet itu. Ariana mengeluh.

Serentak Ali dan Faris memandangnya.

Ariana kelam kabut. Dia cepat-cepat berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
Apabila mereka berdua memandang ke hadapan semula, Ariana menghela nafas lega. Tweet itu dibaca lagi.

'Aidan Shah yang dyslexic itu genius kah? Anak emas Coach Hanif boleh masuk kelas econ? '

Ariana melopong. Aidan Shah dysleksia? Sebab itukah dia selalu tak fokus dalam kuliah dan seringkali ketinggalan?  Ariana mengangkat muka memandang Faris dan Ali dihadapannya.

"I never know he was dyslexic" kata Ariana. Ali dan Faris terus menoleh kearahnya.

"You didn't catch? I thought he was with you all the time?" kata Ali. Ariana meneguk liur. "Ali, she knew. She tweeted the whole thread. It was her" kata Faris. Ariana menggeleng.

Pada waktu itu pintu lif terbuka dan penumpang lif semuanya keluar daripada lif. "I tak buat thread tu" kata Ariana.

"She's lying" kata Faris sebelum meluru keluar daripada lif meninggalkan Syed Ali dan Ariana.

"What are you doing here by the way?"

"Are you dumb Ariana? The thread was saying that Coach Hanif pakat dengan Prof Haizi untuk Aidan. He failed the paper last year. With cgpa yang tak boleh repeat pun. Sepatutnya Aidan tak boleh repeat this class tapi he managed to do so. He needs this class untuk keep on playing rugby" terang Ali.

Ariana termenung. Ali tiba-tiba menarik tangannya keluar dari lif.

"I nak jumpa Prof Haizi. That's why I'm here" kata Ali kemudian meninggalkan Ariana seorang diri dihadapan lif itu.

Syed Ali nampak tergesa-gesa. Pakaiannya menunjukkan yang dia tergesa-gesa. Jersi ragbi dan seluar sukan tiga suku. Telefon bimbitnya berada di tangan dan rambutnya diikat menjadi satu man bun.

Ariana tak menipu. Dia tak muat naik thread itu.

◼️◼️◼️

It is a short update but I hope this sums up the situation for you guys.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now