8 | The Hashtag

3.2K 257 11
                                    

#teamAidan vs #teamAmmar

■■■

Ariana datang awal. Habis kerja, dia terus datang ke perpustakaan. Jam di telefon bimbitnya dikerling. 3:15 petang. Ariana berjanji dengan Ammar semalam pukul 4.

Dia mengeluarkan komputer ribanya dari beg dan meletakkan komputer itu diatas meja. Telefon bimbit dan buku notanya dikeluarkan. Buku nota itu diselak ke mukasurat kosong.Ariana memandang kehadapan. Matanya mendarat di satu ciptaan tuhan yang indah.

Aidan Shah.

Aidan Shah yang sedang tekun belajar. Dia memakai baseball cap berwarna hitam dan bercermin mata. Ini agak baru. Sebelum ini tak pernah pula nampak Aidan pakai cermin mata. Dia memakai kemeja kotak-kotak berwarna biru gelap.

Sesekali, Aidan berkerut. Dia menggaru kepalanya dengan hujung pen yang dipegang. Sesekali, tangannya didagu. Memegang rahangnya.

Aidan Shah seperti lelaki dalam drama. Baik, sopan, kacak, athletic. Dan ciri baru pada hari ini, nerdy.

Macam Clark Kent. Alah, yang cerita Superman. Tiba-tiba mata Aidan bertemu dengan mata Ariana. Ariana cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Tapi, Ariana tahu Aidan tersenyum. Ariana nampak dari ekor matanya Aidan sedang bangun dan berjalan kearahnya.Dia tak boleh bercakap dengan Aidan sekarang. Aidan juga terlibat dalam kes yang sedang Ariana siasat.

Ariana cepat-cepat menutup buku notanya. Komputer ribanya turut ditutup sekali.

Aidan menarik kerusi disebelah Ariana.

"Thank god you're here. Can you help me. I minta maaf I susahkan you but I'm stuck at this page. Tak faham" kata Aidan dengan perlahan. Dia menunjukkan failnya. Ariana tersenyum pahit. Riak wajah Aidan berubah.

"I'm sorry that I'm bothering you. Takpelah. Lain kali" Aidan menutup bukunya dan berura-ura untuk bangun.Ariana rasa bersalah pula. Dia meletakkan tangannya di atas buku Aidan.

"No, it's okay. I can help you. Tapi kejap je. I ada janji nak jumpa dengan orang pukul 4" Ariana menyelitkan senyuman dihujung kata-katanya. Aidan turut tersenyum. Macam kanak-kanak dapat gula-gula.

Aidan kembali duduk. Aidan menyelak semula failnya. Halaman yang tidak difahaminya ditunjukkan kepada Ariana. Kertas cetakan slaid kelas ekonomi Profesor Haizi.

Ariana mengangkat pen. "Conteng boleh?" Tanya Ariana, turut berbisik. Aidan mengangguk. Aidan masih senyum lebar. Barangkali, gembira sangat jumpa Ariana hari ini.

Sumpah, Ariana tak pernah jumpa lelaki baik macam Aidan. 

Well sebenarnya, muka kacak Aidan cumalah extra point. Personalitinya yang penting. Aidan adalah mama's boy. Semua orang nampak dengan jelas. Ariana rasa dadanya laju. Aidan sangat-sangat menawan. Setiap kali Ariana menerangkan sesuatu, dia mengangguk-angguk.

Ariana jadi lebih bersemangat. Tulisannya di sisi kertas semakin banyak. Aidan tiba-tiba memanjangkan tangannya mengambil pen di dalam beg pensel Ariana. Tanpa segan silu.

Aidan melukis bintang kecil ditepi tulisan Ariana.

'Bintang' Aidan comel. Bukan bintang biasa yang dalam nota (*) , tetapi bintang yang berbucu lima. Bintang yang kita semua belajar lukis semasa di tadika.

"Sorry" kata Aidan sepatah apabila dia sedar bahawa dia menggunakan pen Ariana tanpa kebenaran. Dia meletakkan semula pen itu kedalam beg pensel Ariana.

Baru Ariana perasan, Aidan kidal.

"Lefthanded?" Ariana bertanya. Aidan ketawa kecil sebelum mengangguk.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now