47 | Goldfish

1.8K 184 16
                                    

Ariana termenung. Sejak lepas solat maghrib tadi sehingga sudah hendak azan isyak. Ariana sampai sudah tidak pasti sama ada perkara yang sedang berlaku ini betul atau tipu. Telefon bimbitnya dicapai dan laman twitter dibuka. Dia ingin membaca tanggapan orang berkenaan dengan hal ini.

Thread yang Cik Sharlina muatnaik tempoh hari semuanya sudah dipadam. Tetapi, semua quote retweet masih ada. Laman Twitter The Daily's dibanjiri komen. Lebih-lebih lagi di posting berkenaan dengan perlawanan ragbi tempoh hari.

Ariana terpanggil untuk menekan satu gambar yang memaparkan peristiwa Aidan dihenyak ganas sehingga patah pergelangan tangan. Si pelaku yang berbangsa india dan bertubuh sasa itu diteliti.

Itu pelajar yang berumur 20-an ke jurulatih?

Ariana ketap bibir. Ada sesuatu disebalik peristiwa Aidan tempoh hari. Dan, Ariana perlu siasat.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Satu notification mesej diterima dari Tan. Mesej itu bertulis 'Hai Ariana. I need to talk to you about something. If you're free please let me know so I can call you for a while'

Tanpa membalas mesej itu, Ariana terus telefon Ricky Tan. Tak lama kemudian panggilan itu disambungkan.

"Hello?"

"Hello. Thank you Ariana. I'm not bothering you kan?"

"Tak. I termenung je tadi" Jujurnya. Kedengaran tawa kecil Ricky.

"I want to apologize." Ujar Ricky. Terbuka luas mata Ariana. Tak tahu nak respon bagaimana.

"You're doing the right thing, you know. About Coach" ujar Ricky lagi. Ariana menghela nafas.

"Is this because of Sara? It's okay, I'll tell her it's fine. You tak perlu pun sampai macam ni" kata Ariana.

"No Ariana. I'm suspicious towards Coach too. I think there's really something going on about the team's money"

"Please don't lie" kata Ariana.Dia tak perlukan comfort dari sesiapa pun sekarang.

"No, Ariana. I'm serious. I can give information if you want. I played quite long I'm pretty sure something I know would be useful. I akan tolong you, Ariana"

Dari kata-kata itu Ariana dapat dengar keikhlasan.

" Thanks Ricky. Please check on Aidan too. Don't leave him alone" pesan Ariana.

" So, its true lah eh. You're dating him?" Ricky tiba-tiba tukar topik. Tergelak Ariana dibuatnya. Sheesh! Tanya pasal boyfriend pulak.

" Yea, kinda. Thanks again Ricky. Goodnight"

" Don't worry lah. Goodnight too"

Panggilan telefon itu terputus disitu. Ariana terpandang buku nota kecil yang selalu Ariana bawa kemana-mana sepanjang berkhidmat untuk The Daily's di dalam poket baju sweather miliknya.

Perjuangan harus diteruskan, kan?

⬛⬛⬛

Sudah seminggu lamanya peperiksaan berlangsung dah sebentar tadi paper terakhir Ariana. Di biliknya sudah sedia terkemas semua barang-barang. Ariana cuti ekstra lama. Pulang ke rumah kali ini, dia akan tumpang Sara. Sara sibuk mahu tolong. Katanya nak satu jalan, ke Nusajaya juga.

Padahal, apa je yang ada di Nusajaya?

"Ariana, you balik naik apa?" Soal Aidan Shah. Ariana senyum sekilas. "Sara offer nak tumpangkan" ujarnya. Begnya digalas ke bahu.

"Thanks Ariana" ujar Aidan sepatah. Ariana angkat kening. "Kenapa?"

"The test was unbelievably easy. And, thanks to you" ujar Aidan. Ariana tersenyum kecil.

"I baru ingat nak suruh Abang Aiman hantar you sekali balik rumah tu" kata Aidan. Ariana menggeleng. "Segan lah" Ujarnya. Aidan mengetap bibir.

Mereka berdua jalan beriringan keluar dari dewan kuliah itu. Aidan berhasrat untuk teman Ariana jalan sehingga ke bangunan dorm. Wajah Ariana yang penuh kerisauan itu sesekali dipandang.

"I'll walk you to the dorm" ujar Aidan. Ariana mengangguk sekali."Thanks" balasnya.

"Stop worrying, I'll help you. I feel exhausted sangat tengok you macam ni, Ariana. Trust me, everything will be okay" pujuk Aidan. Ariana mengangguk kecil.

Seronok rasanya bila dipujuk ketika rasa down sebegini rupa.

"Takpelah it's okay, 2 weeks nanti tu tak lama pun" kata Ariana cuba mencipta penyedap hati. Mereka berdua diam. Dalam 5 sepuluh langkah perjalanan barulah Aidan bersuara.

"Honestly, sikit pun tak okay" kata Aidan tiba-tiba. Ariana berkerut.

"Hah?"

"Ariana 2 weeks tu quite lama. Kalau you bela ikan emas, and sayang dia bagi makan hari-hari sampai dia kenal you, jaga dia apa semua, you tinggal dia for 2 weeks, dia boleh lupa you completely" terang Aidan.

"Apa ni,tak faham" kata Ariana.

"I ikan emas. Your ikan emas" ujar Aidan dengan geram.

Tersembur gelak tawa Ariana. Wajah serius Aidan tadi mula muncul satu sengihan bangga. Bangga kerana berjaya buat Ariana ceria.

"So, you takut after two weeks tu you lupa I?" Soal Ariana meminta kepastian.

"Yes" Aidan menjawab ringkas. Ariana tergelak lagi.

"How are you so cute?" Ariana bagai tak percaya lelaki yang disebelahnya ini teman lelakinya. "I always want to ask the same thing. How are you so cute?" Soal Aidan semula.

Ariana tersengih.

"Don't worry. You won't forget me. I'll make sure" kata Ariana.

"You'll send cute selfies ke?" Soal Aidan dengan teruja.

Ariana terkebil-kebil. Dia sudah masuk fasa bercinta yang ini? Fasa bercinta yang selfie sebab boyfriend rindu? Ini tak kedengaran sikitpun seperti dirinya.

" I don't selfie.." kata Ariana.

" Then.. it's okay lah. Tak apa. By the way, remember our plan. I'll text you later if I managed to find out more about Coach's daughter" kata Aidan. Ariana mengangguk.

"Bye, my girlfriend" ujar Aidan. Sayu.

"Bye, boyfriend" kata Ariana.

"Please text me if you arrived home." Pesan Aidan. Ariana sekadar mengangguk.

THE QUITTERΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα