5 | The gameday

3.5K 296 5
                                    

Ariana memakai pass The Daily's miliknya ke leher. Mikrofon milik The Daily's itu dihidupkan dan Ariana melakukan cubaan suara. Adib, pengarah audio The Daily's turut ada sama dengan jurukamera rasmi The Daily's Alan. Wajah Alan seperti biasa, garang tak berekspresi.

Ariana tidak memerhatikan langsung permainan ragbi ini. Ariana sibuk gementar sendiri. Dia menggoyangkan lututnya berkali-kali. Adib mendekatinya. "Ariana rehearse again"

"Hai, saya Ariana daripada The Daily's. Sekarang kita bersiaran langsung daripada Stadium Universiti Newcastle, menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan ragbi kita, Stallions dan pasukan lawan, The Eagles" kata Ariana dengan yakin. Dia memandang Adib.

"Good job Ariana. Talk faster. Tapi, bila interview coach, makesure he understands you. Okay?" Adib meminta kepastian. Ariana mengangguk. "Your lips is dry. Drink some water" kata Adib sebelum membaling sebotol air mineral berbotol kecil kearah Ariana. Nasib baik Ariana tangkap. Ariana menghadiahkan senyuman.

"Thanks" kata Ariana. Ariana baru berumur 20 tahun. Adib pula, mungkin dalam 23 tahun? Tapi taknaklah panggil abang. Di universiti mana ada orang abang abang?

Ariana termenung jauh. Dia gementar. Dia mengosongkan fikirannya sebelum menjeling kearah scoreboard. 14-17. Buat masa ini, pasukan tuan rumah ketinggalan tiga mata. Jam tangannya dikerling. Ada lebih kurang 2 minit sebelum separuh masa pertama tamat. Ariana berdiri kemudian dia membetulkan pakaiannya.

"Jom" Jurukamera The Daily's, Alan sudah memanggil Ariana. "Coming" sahutnya. Ariana berlari anak kearah Alan. Alan mengangkat kameranya. Jarinya menuding kearah pelekat berbentuk bulat berwarna merah yang terletak diatas lensa kameranya.

"See this? While you're interviewing, tengok benda ni. Kalau tak, your eyes nampak unnatural or juling. So, tengok ini sahaja, okay" terang Alan. Suaranya tegas. Ariana mengangguk faham. Teringat pula pada Abang cashier sewaktu Ariana bekerja di Guardian selepas SPM. Setiap kali dia terdengar bunyi cashier drawer terbuka, dia jerit 'count!' Dengan garangnya.

Dan setiap kali itulah, Ariana terlompat sedikit. Anjat gegurl.

"Okay Ariana, get Ali" kata Alan. Dia bersedia dengan kameranya. Ariana berlari anak menuju kearah kapten pasukan, Ali.

"Hai, saya Ariana daripada The Daily's. Sekarang kita bersiaran langsung daripada Stadium Universiti Newcastle, menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan ragbi kita, Stallions dan pasukan lawan, The Eagles" berkali-kali Ariana mengingatkan diri sendiri untuk memandang kearah pelekat merah diatas lensa.

Syed Ali, seperti memahami pula tindak tanduknya, berhenti dan berdiri sambil cekak pinggang disebelah Ariana.

"Ali, apa pendapat awak untuk separuh masa pertama ni?" Kata Ariana. Ah. Janggal betul awak-awak ni. Mikrofon digerakkan ke mulut Ali. Terlanggar sedikit bibir Ali. Ali bergerak seinci. Rasanya ini tabiat Ariana. Tempoh hari pun Ariana terlanggar bibir Aidan dengan telefon bimbitnya.

"As usual, eagle is a tough rival. We'll come back stronger in the second half" jawab Ali. Bahasa inggerisnya lancar, mengalir macam air. Ariana menarik semula mikrofon kearahnya untuk berbicara.

"Ada apa-apa perancangan atau stratergi yang berlainan ke untuk separuh masa kedua?" Mikrofon itu disuakan kembali kearah Ali. Kali ini, Ali bersedia, dia berundur sedikit ke belakang.

"We have our secret weapon" jawab Ali pendek. Dia menundukkan sedikit kepalanya, memandang Ariana sekilas. Ariana tersenyum kemudian mengangguk. Mikrofon itu

"Thank you, Syed Ali for the interview" kata Ariana. Ariana memandang kamera. Wajah Alan yang tidak gembira disebalik kamera menyapa Ariana. Terherot bibir Alan membentuk perkataan 'Bahasa', menyuruh Ariana untuk kekal berbicara dalam bahasa melayu. Ariana berkerut. Apa si cina ni kata? Alan menepuk dahi. Habislah wajah Ariana yang berkerut tadi dirakam kamera.

Sekali lagi Alan mencuba menuturkan perkataan 'bahasa'. Barulah, Ariana mengangguk. Alan menghela nafas lega.

"Selamat maju jaya, Stallions Newcastle. Sekian dari kami, The Daily's. Saya Ariana" ujar Ariana. Alan membilang menggunakan jarinya. Satu, dua dan tiga kemudian ibu jarinya diangkat menandakan rakaman telah tamat.

Ariana menurunkan mikrofon di tangannya. Ariana menoleh kearah Syed Ali. "Thank you" ujarnya. "Sure" balas Ali sekilas sebelum dia berlari anak menuju ke bilik persalinannya. Ariana memandang Alan.

"I'm sorry. I'll do better" kata Ariana. Wajah Alan tegas. "You'll see how ugly your frown was later" jawab Alan. Ariana mengeluh lagi. "I'm really sorry, Alan" kata Ariana lagi. "It's okay" kata Alan. Ariana berjalan dibelakang Alan. Tiba-tiba sahaja Ariana terjatuh. Lututnya terhentak di permukaan lembap rumput di padang itu. Alan menoleh.

"Ariana?" Lelaki berbangsa cina itu berjalan kearahnya. Ariana tergelak kecil. Dia mengubah posisinya kepada duduk. "I stepped on my shoelaces" kata Ariana. Alan menyerahkan kameranya kepada Ariana. "Pegang. I'll tie it for you" Ariana mengangguk. Alan mengikat tali kasut itu.

"You okay?" Tanya Alan. "My ankle hurts a lil' bit" ujar Ariana. Dia menyerahkan semula kamera besar itu kepada Alan. Mata Alan mendarat kepada kasut Ariana.

"Next time, jangan pakai kasut putih pergi padang" kata Alan. Ariana mengetap gigi. Dia memandang kasutnya yang kotor. Ariana mengeluh lagi.

"I hope there's next time" kata Ariana. Sayu pula suaranya. Iyelah, selepas kesalahan yang dia lakukan tadi, boleh lagi ke dia lakukan Live Interview seperti ini?

Bila difikirkan semula, Alan Wong ini tak adalah segarang yang Ariana dengar. Tegas itu adalah, tapi garang? Ariana tak rasa macam itu pun. Rasaya Alan Wong ini ada sindrom RBF. Resting bitch face. Kalau tak senyum, nampak bitchy.

Alan dan Ariana menuju kearah bench panjang ditepi padang. Disitu, Ariana ternampak Sara. Sara duduk di barisan kerusi yang kedua dari bawah. Ariana melambai kecil. Kebetulan pada waktu itu, Sara sedang memandang kearahnya.

"You kenal Sara?" Alan memecahkan kesunyian. "Yes, roommate I" kata Ariana. "Sara Elisa Wong tu adik I" kata Alan pula. Ariana melopong.

"Are you serious?" Ariana seperti tak percaya. Alan mengangguk lalu meneguk air mineral kepunyaannya. "As you can tell, we are not close" kata Alan. Ariana mengangguk faham. "She's very nice. Tapi dia selalu insecure. She keeps on worrying about herself. Like, about her skin, her body" kata Ariana.

Alan terdiam.

"Dah makan?" Ariana bersuara lagi. Alan menggeleng.

"I don't eat breakfast" kata Alan. Ariana tersenyum kecil.

"Macam Sara" ujar Ariana.

"You macam tahu banyak je pasal adik I" soal Alan. Ariana memeluk tubuh.

"Of course" Ariana mencapai begnya. Satu air kotak susu dihulurkan kepada Alan.

"Bagi I?" Alan menyoal. Ariana sekadar mengangguk.

Mereka terdiam lama. Sehinggalah, 10 minit separuh masa pertama tamat. Ariana memerhatikan pemain ragbi berlari masuk kedalam padang. Kemudian, matanya bertemu dengan Aidan. Aidan yang kelihatan segar dan kacak dengan baju ragbi. Aidan senyum kearah Ariana. Matanya seolah-olah hilang dek silau matahari pagi.

Ariana melarikan pandangannya kearah padang. Entah kenapa Arian tak boleh pandang mata Aidan. Dadanya berdebar.

Matanya mendarat pula diatas suatu objek diatas padang. Objek berwarna merah jambu yang bersinar-sinar. Mata Ariana terbeliak.

"Alan, my pass!"

■■■

THE QUITTERWhere stories live. Discover now