26| The Tip

2.2K 253 14
                                    

"Ariana, it's today. Hari ni" kata Sharlina. Suaranya kedengaran ceria dari hujung talian. Ariana yang masih mamai berkerut dahi. "Apa yang hari ni?"

"Something came in my mail. Come to my office, Ariana. I need you to see this" Ariana yang mamai mengerling waktu di jam dinding. "I'll be there in ten minutes" kata Ariana.

Ariana membatalkan niatnya untuk menikmati morning nap. Dia segera menukar baju dan menuju ke pejabat Cik Sharlina di bangunan The Daily's. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari asrama, telefon bimbitnya berdering. Ariana cepat - cepat mengangkat panggilan telefon itu.

"Ariana, Lunch. Pukul 2 dengan I"

Ariana berkerut. Telefon bimbitnya dijauhkan dari telinganya, untuk melihat si pemanggil. Aidan rupanya.

"I'm not sure if I can. Kat mana? I'll try"

"Oh really. Burger King. I tunggu"

"I got to go. Bye" kata Ariana. Suaranya turun seoktaf. Setiap kali dia fikirkan Aidan, dia gusar. Tanpa menunggu 'bye' daripada Aidan, Ariana terus menamatkan panggilan.

◼️◼️◼️

"Ni. Ni Hanif" kata Sharlina. Jari telunjuk dengan kuku berhias cantik menuding kearah lelaki berjaket hitam yang keluar dari satu pusat karaoke. Ariana mengecilkan matanya, meneliti lelaki itu.

Mengikut pandangan mata kasar, Ariana sahkan, itu memang Coach Hanif. Coach Hanif sering bertopi dan berjaket hitam. Susuk tubuhnya dengan lelaki dalam rakaman video itu pun lebih kurang sama. Sasa dan tidak terlalu tinggi.

Tak lama kemudian, seorang lelaki berbangsa India yang tinggi dan Ariana boleh katalah, menakutkan turut keluar dari pusat karaoke itu dan menepuk bahu Coach Hanif dengan mesra. Kemudian, segerombolan lagi lelaki berbangsa India keluar dari pusat karaoke itu jalan mengikuti lelaki yang mula mula keluar tadi ke sebuah kereta.

Ariana berkerut. Rakaman video itu berakhir dengan Coach Hanif berjalan meninggalkan perkarangan bangunan itu.

"Apa ni?" soal Ariana. Sharlina membetulkan cermin matanya. "This is a tip. This big guy, is a gangster. Ah long I suppose" kata Sharlina. Ariana menarik nafas dalam sebelum berkata-kata. Ariana boleh katalah dia agak berat hati. Dia tidak gembira dengan tip ini. "Macam mana Cik Sharlina tahu?" soal Ariana. Pada Ariana bukti ini tak kukuh. Atau mungkin, pendirian Ariana yang sudah tak kukuh.

"It's a tip, Ariana. I have this guys' number. Nak jumpa dia? Berani tak?" cepat-cepat Ariana menggeleng. Sharlina memegang bahu Ariana kemudian mengurut-ngurut bahu itu lembut.

"Come on Ariana. You'll be save. Jangan risau"

"Cik Sharlina! Bahaya lah"

"Then, what about a phone call?" Sharlina memujuk lagi.

"I yang kena buat?" tanya Ariana.

"Yes, you. This is your case"

"Cik--" Ariana sudah seperti malas. Malas mahu selesaikan perkara ini. Ariana bangun berdiri. Terngiang-ngiang pula suara Ammar. Ariana punyai hati yang baik kan?

"Ariana, justice. Kita kejar kebenaran Ariana" kata Cik Sharlina lagi. Ariana mengeluh.

"Give me the phone number" Ariana akhirnya mengalah. Cik Sharlina menepuk bahu Ariana. "I like you, Ariana"

◼️◼️◼️

"Ariana!" panggil Aidan ceria. Dia mengangkat tangan sambil melambai-lambai, menyuruh Ariana datang kearahnya. Senyuman lebar Aidan menunjukkan sebaris gigi yang elok tersusun rapi.

Terubat sedikitlah kegusaran di hati Ariana.

"Sorry, late" kata Ariana. Aidan menggeleng.

"No, it's okay" kata Aidan, masih tersenyum menampakkan giginya. Ariana senyum kecil. Sebiji burger diletakkan dihadapan Ariana.

"Chicken tendergrill" kata Aidan. Ariana suka Chicken Tendergrill. "Thank you" kata Ariana. Kemudian Ariana terpandang luka di hujung bibir Aidan. Barulah Ariana teringat, perlawanan ragbi pasukan Stallions lusa. Ariana rancang untuk menemubual Coach Hanif untuk dokumentari pasukan pada hari itu.

Wajah Aidan dipandang.

"How's practice?" ujar Ariana. Jari Aidan menunjuk kearah luka di hujung bibirnya.

"See, ni that asshole Syed Ali did this to me" kata Aidan. Ariana ketawa kecil. Aidan nak mengadu lah ni? "Tell me. What happen?" kata Ariana. Kertas bungkusan burgernya dibuka dan Ariana menikmati sebentar bau enak Chicken Tendergrill yang Aidan belikan.

"Macam ni, I was resting at the bench. I was spacing out the Syed Ali threw the ball towards me like realllll hard"

Ariana tergelak. Bersemangat betul Aidan bercerita.

"Then?"

"I marah la. Apa benda la tiba-tiba baling kat I. Then dia kata dia 'tersasar'. Dia nak baling kat bahu I sebab I termenung. Tapi terkena muka"

Ariana mengerutkan mukanya.

"Sakit tak?"

"Sakit lah. Darah tadi. Susah I nak makan burger ni. Tengok, tak boleh nganga besar-besar" kata Aidan sambil menyuakan burger ke mulut nya yang dibuka kecil. Ariana ketawa lagi.

"Koyak sikit-sikit" kata Ariana. Burger Aidan diambil lalu dibahagi dua.

"Still besar. Tak muat mulut I" Aidan mengadu lagi.

"Nah, makan kentang" Ariana letakkan sebatang kentang kedalam mulut Aidan.

"Ariana! I serius. Lapar. Nak makan burger tapi tak boleh nganga" Kata Aidan lagi. Ariana sudah bantai ketawa. "Dahtu you nak I buat apa?" Soal Ariana. Tawanya masih bersisa.

"Suap" kata Aidan.

Ariana senyum lebar. Mereka berdua diam seketika.

"You know what, Aidan. You stole my heart"

◼️◼️◼️

THE QUITTERWhere stories live. Discover now