29 | Clinic

2K 216 4
                                    

Ariana menguak pintu kereta Myvi putih di hadapan asramanya. Ariana mengakulah, dia agak rindukan Abang Ammarnya itu. Sebaik sahaja Ariana memasuki kereta, dia disapa dengan wajah Ammar yang masam mencuka.

"Car perfume baru" kata Ariana. Sebelum ini, pewangi kereta Ammar sentiasa bau strawberi kerana Ariana yang pilihkan.

"Honeydew" kata Ammar sepatah. Ariana tersenyum kecil. "Seatbelt" kata Ammar. Ariana akur. Tali pinggang keledarnya dipasang.

"Sejak bila demam?" soal Ammar sebelum memulakan pemanduan. Ariana bersandar selesa sambil terlentok ke tingkap kereta. "Semalam" kata Ariana. Dia menarik lengan bajunya menutup pergelangan tangannya. Sejuk.

Ammar yang menyedari pergerakan kecil itu menukarkan tetapan pendingin hawa yang tadinya dua kepada satu. Ariana senyum lagi.

"Lama tak satu syif dengan abang" kata Ariana.

Ammar diam.

"Semalam Live Interview tu, kenapa buat. Dah tahu demam" kata Ammar. Cuaca hari semalam sangat terik. Mungkin itu salah satu faktor demam Ariana semakin teruk pada hari ini.

"Bonus, RM70" kata Ariana. Ammar menggulir mata.

"Thread kat twitter tu, kamu ke yang release?"

Ariana menggeleng.

"The Daily's yang release. Guna material Ariana" Kata Ariana.

"Ingat dah sedar"

"Ariana benarkan The Daily's guna material Ariana. Isn't that good already?" soal Ariana. Geram pulak dengan Ammar ni.

Ammar mengetap bibir.

"Nak klinik panel ke?" soal Ammar. Ariana menggeleng.

"Dahtu nak mc esok? Esok syif pagi dengan Kak Ina kan?"

"Ariana tak nak mc"

"Degil"

"Klinik biasa je. Tak perlu klinik panel" kata Ariana lagi.

"I'm the one who drives" kata Ammar dengan tegas.

"Suka hati abang lah" kata Ariana sebelum berpeluk tubuh dan memejam mata.

◼️◼️◼️

"Um, Cik. Kenapa kawan saya lama sangat ye dalam bilik rawatan tu?" tanya Ammar akhirnya kepada kaunter di klinik. Lebih 10 minit menunggu, Ammar sudah gundah gelisah.

"Oh, Encik ni kawan Ariana Muhammad Noor ye? Boleh masuk dalam bilik rawatan" kata gadis tersebut. Ammar akur. Dia menguak pintu bilik rawatan itu. Di dalam, doktor sudah berurusan dengan pesakit lain.

"Cari Cik Ariana" kata Ammar ringkas. Kemudian, pembantu perubatan itu menunjuk kearah bilik kecil di belakang bilik rawatan itu. Di situ, Ariana sedang terbaring dengan jarum di tangannya.

"Masuk air?" tanya Ammar. Ariana mengangguk lemah.

"Abang duduk sini" kata Ammar kemudian melabuhkan punggungnya di birai katil. Ariana tersenyum segaris.

"Ni, masuk ubat sekali ya. Kalau nak muntah boleh guna plastik ni" kata pembantu perubatan tadi kemudian menyerahkan satu plastik kecil kepada Ammar. Ammar mengangguk. "Terima kasih" kata Ammar.

Kemudian, mereka berdua ditinggalkan di situ. Senyap. Keadaan senyap.

"Pening ke?" soal Ammar.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now