3 | Face recognition

4.1K 327 2
                                    

Ariana bangun lambat hari ini. Seluar sukan dan hoodie longgarnya menjadi sasaran. Rambutnya disanggul malas dan dimasukkan kedalam anak tudung. Tudungnya sekadar diletak sahaja atas kepala. Beg bukunya dikemas. Biar diri tak siap tak apa, yang penting buku semua bawa.

Beg digalas ke bahu dan kasut sukannya disarungkan sahaja tanpa stokin. Tudungnya diselimpang ke bahu kemudian, Ariana memecut. Mujurlah perjalanan berjalan kaki dari asrama Ariana hingga ke fakultinya adalah tidak mustahil.

Ariana sudah termengah-mengah. Dia melangkah ke dalam lif yang sesak dan bersandar di dinding lif. Penat. Lipstick dan telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg. Berhati-hati Ariana mencalit lipstick ke bibir. Kalau tak pakai pucat sangat pula. Sudahlah tak cukup tidur menulis temubual dan artikel untuk The Daily's.

Lif berhenti di tingkat dua. Lebih ramai orang masuk. Bahunya dihimpit oleh lelaki yang tinggi. Dalam beberapa kali, bahunya dah bahu lelaki itu bersentuhan. Ariana menghela nafas geram.

"Ariana. Right?" Ariana menoleh kepada empunya suara. Faris Haziq.

"Um, yes. Ariana. You regconized me"

Inilah lelaki yang duduk di sebelah Aidan tempoh hari. Tak sangka Faris cam wajah Ariana.

"Well, I know everyone from The Daily's. Used to work for them and I saw you for the first time yesterday. Are you new?" Ramah Faris bertanya.

"Ha'ah"

"How?" Faris merujuk kepada cara Ariana memperoleh pass The Daily's. Orang yang pernah terbitkan artikel untuk The Daily's sahaja yang boleh pakai pass tersebut untuk buat temubual.

"The Convo. I wrote the article"

"Ada baca jugak. You took the photos too?"

"Yes" Ariana tersenyum kecil. Segan pula Faris tanya macam macam dalam lif. Nasib baiklah semua dalam lif itu antisosial. Tidak menyibuk hal orang.

"Good luck, Ariana" kata Faris. Sampai di tingkat empat, Ariana dan Faris keluar dari lif itu serentak.

"What class?" Faris bertanya.

"Economy"

"Sama.  But I've never notice you before"

"It's because you didn't know me"

Mulut Faris Haziq membentuk huruf 'O' sambil mengangguk-angguk. Ariana kembali memandang depan. Sengal sedikit tengkuknya dek mendongak lama memandang Faris Haziq. Ketinggiannya mesti hampir 2 meter. Tingginya Masyaallah.

Mereka memasuki dewan kuliah. Ariana tersenyum kecil kearah Faris sebelum menuju ke tempat duduknya. Tiada siapa tentukan tempat duduk, tapi sudah dua semester dan tiada siapa duduk di situ. Jadi, itu tempat duduk Ariana.

Tempat duduk di barisan kedua dari bawah, betul- betul bersebelahan dengan dinding. Lebih kurang tiga barisan hadapan dibilik kuliah itu bukan favourite spot pelajar sebenarnya. Tapi, Ariana introverted. Ariana lebih suka menyediri. Lebih tenang sebenarnya. Orang kata less drama, less problem.

Profesor Haizi yang ceria memasuki dewan kuliah. Ariana yang pertama menyapa beliau dengan senyuman. Maklumlah, paling dekat. Profesor Haizi turut membalas senyuman Ariana. Lelaki pertengahan usia itu berdehem sebelum memulakan bicara.

"One" suaranya jelas kedengaran. Pelajar semua sudah mulai berbisik sesama sendiri. Ariana hanya mengetap bibir. Kang bisik seorang diri dicop gila pula.

"Satu orang dapat zero" 

Ah sudah. Ariana meneguk liur. Ini mesti pop quiz tempoh hari. Pop kuiz yang mempunyai 5 soalan. Difikirkan semula, kuiz tersebut takdelah susah mana. Ariana berkerut. Ada orang dapat zero? Kertas pop kuiz itu diedarkan ke seluruh dewan kuliah. Ariana orang pertama dapat. Dia tersenyum lebar.

THE QUITTERWhere stories live. Discover now