Pandangan tidak mengerti diberikan.

"Apa maksud mummy?" Bibir merahnya mencarik senyuman menyeringai.

"Are you in or out? Depends on you.." kukunya dipandang.

Lama Amanda terdiam sebelum mengangguk akur.

"Rose ikut arahan mama.."

"Good girl, dah jangan menangis. Lepasni kesedihan yang Rose alami ni akan kena pada orang lain pula.." ujarnya dengan maksud tersendiri.

KAMELIA menutup baju saat Adam selesai menyusu, ditepuk lembut punggung anaknya sambil bibirnya membaca surah-surah yang diingati serta zikir-zikir ringan.

Ketukan di pintu menyedarkan Kamelia, dengan berhati-hati anaknya diletakkan ke dalam buaian pemberian Harun sebelum kakinya melangkah ke arah pintu.

"Sekejap.."

Saat pintu dibuka, senyuman manis terlakar di bibirnya.

"Siti.. Kenapa datang sini?" Soal Kamelia ramah sambil membuka pintu pagar besi buat Siti.

"Hehe, lauk semalam masak ada lebih. Erm, Adam mana?" Ujarnya sambil mencari kelibat Adam, mangkuk tingkat di tangan diberikan kepada Kamelia. Adam yang sedang tertidur pulas di dalam buaian dikejarnya.

"Dalam buaian rupanya anak umi ni." Dikucup berkali-kali wajah tembam Adam.

"Erm, biasalah Siti lepas menyusu mesti tidur. Mana tak sihat badan dia tu. Erm, terima kasih Siti bagi lauk ni dekat Lia, buat susah-susah je. Siti dengan abang Harun banyak tolong Lia dah. Macam mana Lia nak bayar semula?" Keluhnya, rasa bersalah semakin mencengkam diri.

Siti tersenyum mendengar.

"Takde susahlah, Lia. Kita kan kawan? Lagipun, Adam ni dah macam anak Siti sendiri. Siti rasa abang Harun pun anggap benda sama memandangkan orang tua tu suka dengan budak-budak." Hidung mancungnya dicucuk lembut ke pipi gebu Adam.

Kamelia tersenyum kelat.

"Siti.. Erm, Lia nak tanya sikit.." soalnya ragu-ragu.

"Tanya? Tanya apa? Siti tak kisah pun."

"Majikan Siti macam mana? Maksud Lia.." keluhan berat diberikan.

"Macam itulah Lia, sejak puan Amanda larikan diri tinggal dengan keluarga dia. Tuan Noah semakin tak terurus, makan minum dia semua tak terjaga. Jangan kata makan, penampilan diri pun langsung berubah. Kadang tak mandi langsung.. Siti tak tahu nak buat macam, nak tegur nanti kena tengking balik." Luahnya tenang.

Kamelia menunduk memandang lantai.

"Semua ni salah Lia, Lia tak sepatutnya bawa Adam pergi ke sana. Lia berdosa, Siti." Siti terus mendekati Kamelia dan mengosok perlahan belakang badan wanita itu.

"Bukan salah Lia, Lia takde niatkan nak hancurkan hubungan puan dengan tuan kan? Lia cuma nak Adam kenal ayah dia, Siti tak nampak itu sebagai satu kesalahan." Pujuk Siti jujur. Benar, sakit dapat mengetahui suami kita curang tetapi sepatutnya kedua-dua pihak disoal. Bukan salahkan satu pihak semata-mata.

"Lia.."

"Dah-dah lupakan, bukan salah Lia. Ni Siti nak cakap, abang Harun kata kerja dekat warung laksa tu nak pakai orang dan abang Harun dah tempah tempat kosong tu buat Kamelia. Kamelia kata nak kerjakan? So, happy tak?" Siti terus menukar topik.

Kamelia tergamam.

"Seriuslah Siti? Alhamdulillah," Siti terus ditarik ke dalam pelukan.

"Lia kan pandai bab masak ni, Siti pasti pemilik warung tu tak menyesal ambik Lia sebagai pekerja." Puji Siti, Kamelia tersengih malu.

"Terima kasih Siti, nanti cakap dengan abang Harun terima kasih. Siti dengan abang Harun banyak bantu Lia dengan Adam, terima kasih.." tangan Siti digengam erat. Siti menggeleng perlahan.

"Takpe, esok siap tau. Kita pergi interview." Kamelia laju mengangguk akur.

"Okaylah, Siti minta diri dulu. Nanti tuan Noah cari pula, jangan lupa esok pukul 4 petang. Nanti abang Harun akan ambil Lia." Pipi Kamelia dikucup sekilas lalu Adam didekati dan diberikan dicium seperti selalu.

"Okay Siti, terima kasih ya." Siti tersenyum kecil.

Selipar disarungkan ke kaki lalu wanita itu menaiki grab yang sudah setia menunggu.

Sempat lambaian diberikan sebelum kereta laju meluncur pergi.

Kamelia terdiam, kata-kata Siti kembali muncul.

Dia kasihan dengan Noah, ingin sahaja dia pergi melawat lelaki itu tapi dia tahu itu akan mengundang kebencian lelaki itu sahaja.

Baik dia padamkan sahaja niatnya.

"Maafkan aku, Noah, Amanda."

***

Its okay Kamelia, nanti kau akan bahagia okey. I janji hahaha.

Okey ian-lia or noah-lia?

Siapa boleh teka apa plan jahat mummy Amanda? Kalau betul, saya bagi kiss.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now