Epilog (1)

2.9K 163 30
                                    

"I hope that you know, that i'm the one that's waiting for you."- FY
—•—

Keesokkan harinya selepas sahaja Hana melawat Dahlia pada malam itu Yazid datang ke bilik selepas bekerja seharin di office.

"Aku balik dulu Dahlia. Kalau ada apa-apa call aku tau." Pesan Hana dan Dahlia mengangguk.

Yazid yang sedang menyimpan makanan diatas meja makan hanya mendengar perbualan mereka.

"Sorry lambat sikit datang banyak kerja dekat office." Kata Yazid sebaik sahaja menyimpan lauk pauk ke dalam mangkuk yang Naina sediakan.

"Hmm..."

Kerusi yang berada disebelah katil ditarik lalu Yazid duduk diatas kerusi tersebut dan terdapat semangkuk nasi bersama lauk pauk.

"Alia. You tak makan tau semalam, doktor kata Alia kena makan untuk stamina selepas pembedahan semalam, tak baik tau pandang makanan macam tu je." Pesan Yazid setelah mendengar dari mulut Naina yang Dahlia tidak makan seharian dan hanya meminum susu.

"Macam mana aku nak makan kalau benda ni ada?"

Tangan Dahlia menunjuk kearah mask pernafasan membuatkan Yazid tersenyum lalu mangkuk yang dipigang tadi disimpan diatas meja bersebelahan katil.

Wayar oxygen yang berada disisi katil diambil dan mask yang dipakai oleh Dahlia dibuka lalu wayar tadi diselitkan ke dua belah telinga Dahlia.

"Tak ada alasan lagi dah." Kata Yazid membuatkan Dahlia menjeling.

"Tak baik jeling suami, dosa." Selamba sahaja Yazid berkata.

"I don't know why aku tiba-tiba kahwin dengan kau." Kata Dahlia.

Naina keluar daripada bilik setelah kerjanya selesai di dalam. Sebenarnya dia ingin memberi ruang kepada sepasang suami isteri itu untuk meluangkan masa bersama.

"Wait."

Dahlia memegang tangan Yazid dari menyuapkannya membuatkan dahi Yazid berkerut.

"Nak apa lagi sayang? Membebel?"

"Boleh tak sambil aku makan kau ceritakan kisah kita?" Pinta Dahlia.

Kening Yazid terangkat selepas mendengar permintaan isterinya.

"You sure? Nanti kalau apa-apa terjadi macam mana?"

"Trust me, i can handle it." Dahlia mula meyakinkan Yazid setelah melihat Yazid seperti ragu-ragu.

"Okay, if you say so."

Kisah mereka mula diceritakan oleh Yazid sambil Yazid menyuakan makanan ke dalam mulut isterinya.

Manakala Dahlia tekun mendengarnya dan ada kalanya dia tersenyum dan tersengih. Dia lihat wajah suaminya yang bercerita sambil menyangkan wajah gembira dan bahagia membuatkan Dahlia rasa bersalah di dalam diri. Begitu indahkah cinta kita?

**************

"Zid." Panggil Dahlia.

Yazid menyahut dari tandas.

"Kau kata kita ada anak baru lahir kan?"

"Yea."

Devil Girl 2Where stories live. Discover now