24

4.3K 262 15
                                    

"Baby, I'm Perfect For You."
------

"Stop! Biar Irwan sarungkan!" Laung Irwan sambil berlari anak. Dahlia tersenyum apabila melihat Irwan tergedik-gedik untuk menghampiri mereka berdua.

Irwan merampas cincin yang ada ditangan Zafwin. Cincin itu disarungkan dijari manis Dahlia yang terdapat cincin perkahwinannya bersama Irfan dahulu.

"I love you mummy." Dahlia terus mendukung Irwan lalu dikucup perlahan pipi anaknya.

"Yay!" Rata-rata ramai orang bersorak kegirangan melihat bakal sepasang keluarga yang akan membina masjid.

"Thank you Dahlia sebab terima saya dalam hidup awak." Zafwin senyum sampai ke telinga.

Dahlia hanya membalas dengan senyuman.

Tanpa mereka sedari ada seorang hatinya begitu berkecai setelah Dahlia dilamar oleh seorang lelaki. Orang ramai gembira kerana Dahlia dilamar tapi dia? Hanya Allah sahaja tahu yang dia tengah sakit hati sekarang.

Baldu yang berwarna biru yang ada ditangan digenggam kuat. Air matanya yang jatuh cuba untuk ditahan.

Dahlia, kau tak nampak ke aku sebenarnya suka kat kau? Tapi Zafwin, dia dah ambil hati kau.

Apabila Dahlia memandangnya dia hanya senyum palsu kepada Dahlia dan berlalu meninggalkan kawasan yang penuh dengan tetamu.

***********

"Since when Dani?" Tergelak sinis Dahlia apabila mendapat panggilan dari doktor Dani merangkap musuhnya dihospital.

"Dahlia. Jangan main-main boleh? Tahu tak sekarang ni kitaorang perlukan kau!" Ditalian Dani mendengus geram dengan tindakan Dahlia yang sambil lewa.

"Ye. Bila susah cari aku bila senang buang aku pula orang tua ni." Dahlia terus menutup panggilannya.

Kakinya laju sahaja masuk ke dalam bilik pakaian untuk menyiapkan diri hendek ke hospital semula.

"Mummy-"

"Irwan. Mummy kerja dulu ya? Ada kecemasan." Dahlia mengucup perlahan dahi dan kedua belah pipi Irwan sebelum pergi.

Irwan berpeluk tubuh sambil melihat Dahlia menuruni anak tangga. Air mukanya terus berubah kerana sedih.

"Irwan. Buat apa kat sini?" Sapa Danish yang kebetulan melintasi bilik Dahlia bersama Irwan.

"Mummy. Mummy kerja lagi." Air mata budak kecil itu mengalir secara perlahan. Tangan kanan menggosok mata.

"Irwan. Irwan kata Irwan nak mainan besar, kan?" Irwan menganggukkan kepala sambil menggosok mata.

"Jadi Irwan kena biarkan mummy kerja untuk mummy dapatkan duit dan beli mainan besar yang Irwan nak. Okay? Irwan kena faham dengan mummy." Danish menggosok kepala anak buahnya.

"Jom, main dengan Rai."

************

Dahlia menyarungkan baju yang berwarna putih itu. Perlahan-lahan kakinya keluar dari kereta dan menuju kearah lift.

Belum sempat mahu masuk ke dalam lift seorang lelaki yang keluar dari lift melanggar bahu Dahlia.

"Sorry miss!" Ucapnya nada tergesa-gesa. Dahlia menjeling kearah lelaki itu.

"Sorry. Awak perempuan ta-"

"I have to go." Dahlia terus menutup pintu lift segera kerana semua orang tengah menunggunya dibilik pemedahan.

Lelaki itu mengeluh perlahan apabila Dahlia menutup pintu lift tanpa mendengar percakapannya.

"Sudahlah, Zarfan. Tak guna kalau kejar dia tapi sedangkan dia tak kejar kau." Nasihat kawannya sambil menepuk-nepuk bahu Zarfan perlahan.

***********

"Ingat tak nak datang." Perlinya lalu menjeling Dahlia yang sedang mencuci tangan sebelum memulakan pembedahan.

"Aku datang sebab patient bukan sebab kau." Kata Dahlia.

"Ada aku kata kau datang sebab aku? Tak ada kan? So jangan perasan." Doktor Dany berlalu setelah mengeringkan tangannya.

Dahlia mendengus apabila lelaki itu sudah pergi. Dari mula Dahlia kerja lagi memang Doktor Dany tidak suka dengan kehadirannya, tak tahu apa masalah Doktor tu sebenarnya tapi menurut kata Doktor Yati satu pasukan dengan mereka beritahu Dahlia yang Doktor Dany suka Dahlia sebab itu Doktor Dany selalu membuli dan mencaci Dahlia. Akan tetapi bagi Dahlia itu hanya perasaan Doktor Yati. Minta jalan simpang lah kalau Doktor Dany suka Dahlia.

"Dahlia!" Jeritnya apabila Dahlia masih lagi didalam bilik.

"Ye. Aku datanglah." Jerit Dahlia balik. Susah betul apabila ketua suka mengarahkan orang dengan cara kasar.

Dahlia menyarungkan glove khas untuk Doktor. Baju yang dikhaskan untuk membuat pembedahan dipakai sebelum melangkah kearah pesakit yang membuat pembedahan.

"Patient name Najmi. Menghadapi cancer tumors in liver." Kata Doktor Dany sebagai ketua untuk memberitahu tentang orang yang akan dibedah.

"Stage?"

"In the middle stage." Kata Doktor Dany sambil tangannya melukis perut pesakit dengan pen marker tanda dimana tempat yang akan dibedah.

"So doctor Dahlia. Will you?" Doktor Dany menyerahkan Dahlia sebilah pisau yang khas untuk badan.

**********

"You did it, Doctor Dahlia." Kata Doktor Dany sambil matanya menjahit perut pesakit setelah berjaya dapat mengeluarkan tumor dari badan.

Dahlia senyum disebalik mask yang dipakai.

"Jumpa family dia." Arah Dany. Dahlia menganggukkan kepalanya.

Pintu ditolak perlahan dengan senyuman diwajah.

"Keluarga Najmi?"

"Saya, doktor." Seorang perempuan yang ayu bertudung mendekati Dahlia dengan wajah kerisauan.

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar." Perempuan itu terus memeluk Dahlia tanpa memperdulikan keadaan Dahlia yang ketika itu mempunyai banyak darah melekat dibaju Dahlia.

"Terima kasih, doktor! Saya hargainya sangat-sangat. Kalau suami saya tak ada saya tak tahu apa akan jadi kepada saya." Katanya.

Dahlia menggosok perlahan dibelakang badan perempuan itu.

"Jaga dia elok-elok." Pesan Dahlia.

"Baik. Terima kasih." Dahlia menganggukkan kepala sebelum pergi.

Air mata yang mengalir diseka perlahan. Dia rindu Irfan. Irfan yang selalu membulinya dan tidak lupa juga yang selalu menyakatnya tidak kira masa atau waktu. Irfan, andai awak ada sekarang pasti kita bahagia tapi Allah lebih sayangkan awak. Biarlah kali ini awak pergi dengan tenang. Izinkan saya untuk berkahwin dengan kawan awak.

**********

Jangan marah kepada si penghalang😆

Devil Girl 2Where stories live. Discover now