43

3.1K 194 10
                                    

“Let me love you like i do.”- LM
—————

"Macam mana sekolah tadi?" Soal Dahlia sebaik sahaja dia duduk dimeja makan kedai.

Yazid mencebikkan mukanya. Dia nak mengadu ni dekat Dahlia cumanya disini tempat awam dia takut nanti terlebih manja pula bila mengadu.

"Kau tahu tak apa jadi?" Balas Yazid dengan muka ingin menangis.

"Apa jadi? Teruk sangat ni sampai muka pun jadi buruk." Sempat lagi Dahlia melawak.

Yazid terus mengambil tempat duduk disebelah Dahlia. Irwan menggelengkan kepalanya apabila melihat kelakuan bapanya seperti budak-budak.

"Aku penat Dahlia melayan diaorang." Yazid memeluk Dahlia. Dahlia menepuk-nepuk bahu Yazid supaya bertabah.

"Bertabahlah wahai cikgu, kau tu cikgu kalau anak didik kau tengok malu tau, dah jangan nangis malu tau Irwan tengok."

"Irwan jangan tengok!" Kata Yazid.

"Daddy ni asyik-asyik nak mummy manja sangatlah daddy ni mummy tapi nasib baik Irwan sayang daddy tau!"

"Sayang daddy je? Mummy tak sayang?"

"Eh sayanglah! Irwan sayang mummy dan daddy! Daddy janganlah menangis mummy kata kalau lelaki menangis tak bagus nanti tak handsome dan tak macho."

"Daddy tak nangis lah!" Cebik Yazid.

"Yelah tu daddy tadi tu?"

"Itu-"

"Dah, apa jadi sebenarnya ni? Sampai ada tepung kat baju kau ni teruk sangat ni." Dahlia menepuk baju kemeja Yazid.

"Hm.. Anak murid aku buat hal boleh pula masa nak masuk kelas tu dia mandikan aku dengan tepung!" Adu Yazid.

"Ha? Tepung?" Terkejut Irwan yang sedang mendengar cerita bapanya.

"Shh Irwan. Kalau macam tu pindah jelah sekolah kalau kau tak tahan dengan perangai mereka tu."

"Tak! Aku tak akan pindah selagi aku belum melihat mereka berjaya! Aku akan buktikan aku boleh!" Kata Yazid dengan semangat.

"Baguslah kalau macam tu. Dah jom makan." Kata Dahlia sebaik sahaja makanan mereka tiba dan terhidang.

"Dahlia, aku tak balik sekolah petang ni." Yazid berkata perlahan sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya

"Kau tak ada kelas ke lagi nak kena ajar? Baru hari pertama mengajar dah separuh hari kenapa?"

"Aku memang balik awal setiap hari isnin sebab aku ajar satu kelas je, hebat kan aku? Tak letih sebab aku ajar sebuah je." Yazid berasa bangga dengan dirinya.

"Senangnya kerja orang tu."

"Well, kau ingat senang ke nak handle diaorang? Baru hari pertama aku dah kena tepung ni entah-entah esok lusa aku kena telur pula."

"Biasalah budak-budak, macam kau juga dulu gangster bukan main."

**********

"Assalamualaikum!" Salam Dahlia dari luar rumah. Punat kunci kereta ditekan untuk mengunci keretanya.

"Waalaikumusalam, mummy!" Jawab Irwan setelah membuka pintu rumah. Dia mencium tangan Dahlia.

"Daddy mana?" Soal Dahlia sambil membuka kasutnya.

"Tu tidur!" Irwan menunjukkan Yazid yang sedang tidur diatas sofa bertemankan macbook pro yang terbuka diatas meja.

"Yazid, bangun." Dahlia mengejutkan Yazid perlahan. Dia menggoyangkan badan Yazid.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now