Prolog

14.6K 447 22
                                    

"I need love to hold me closer
In the night, just enough"
-----

"Dah pandai curang eh dengan suami." Tegur seseorang menyebabkan mereka bertiga memandang empunya suara.

"Kau lagi?" Sindir Dahlia. Hidupnya sudah aman beberapa tahun ni tanpa si Bella.

Bella hanya menjeling.

"Kau dah pandai curang eh dengan Ayaan." Ujarnya sambil menundingkan jarinya kearah Dahlia.

"Curang apanya kau ni?"

"Ooo... mesti budak ni anak haram kan?" Soal Bella sambil mengerling kearah Irwan yang elok tidur didalam strollernya.

"Kau jangan nak tuduh Puan macam tu!" Sempuk Zafwin lalu menikam tangan Bella.

"Zafwin." Panggil Dahlia membuatkan Zafwin kembali semula ke tempatnya.

"Jadi betullah ni anak haram?" Sinis sahaja Bella bertanya dengan tawanya.

"Excuse me, doesn't mean aku keluar bawa anak aku dengan mereka bermakna anak ni anak aku dan diaorang. Doesn't make sense." Balas Dahlia membidas semula.

"Nak cover lah pula minah bawah umur ni. Muda-muda dah ada anak." Kata Bella membuatkan hati Dahlia panas.

"Itu namanya rezeki dari Allah. Tapi kesian kan perempuan tu tak ada yang nak, dah tua tapi tak ada yang berkenan maklumlah orang tu mulut dia bukan main pedas lagi sebab tu tak ada orang melekat dekat dia." Kata Dahlia panjang sebelum pergi meninggalkan Bella yang geram.

"Hey! At least Ayaan nak dekat aku!" Jeritnya membuatkan Dahlia terhenti dari berjalan.

Bella terus menghampiri Dahlia.

"Mana Ayaan, ha?! Aku call dia tak angkat, message pun tak reply." Soalnya membuatkan Zafwin dan Amar memandang tajam kearah Bella.

"Kejap eh..." Dahlia mengeluarkan telefon iPhone 7 plus milik arwah suaminya.

"Ouh... kau lah ni kan?" Soal Dahlia sambil menunjukkan nama contact yang pelik.

"Minah Tak Tahu Malu?!" Jerit Bella apabila melihat namanya yang tertulis disitu.

"Jangan call dia lagi atau kau jadi mangsa aku lepas ni." Aura Dahlia mula berubah ketika berbisik dengan Bella.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now