30

4.3K 267 22
                                    

“Don't Take It Personal.”
——————

"Mummy!" Irwan menolak Yazid dan terus berlari laju kearah Dahlia yang sedang duduk.

Irwan memeluk Dahlia sebaik sahaja dia sampai dihadapan Dahlia.

"Eleh budak ketot ni." Yazid menjelirkan lidahnya kepada Irwan.

"Apa? Apa?" Irwan menjelir Yazid semula. Sememangnya Yazid suka mengusik Irwan tak kira masa.

"Dahlah tu. Yazid, kau ni macam budak kecil lah pula." Dahlia menggelengkan kepalanya melihat kerenah anaknya bersama Yazid.

"Bobo tak bawa sekali ke?" Soal Dahlia sambil mengangkat anaknya untuk dipangku diatas ribanya.

"Bawa. Uncle mana Bobo?" Soal Irwan kepada Yazid yang masih lagi berdiri dipintu.

"Bobo? Tak tahu."

"Uncle..." Irwan membuat muka mimik tanda ingin menangis.

"Yazid..." Dahlia menikam anak mata Yazid apabila Irwan hendak menangis.

"Ni Bobo. Tak macho lah kalau budak lelaki menangis sebab kucing." Yazid memerli Irwan yang ingin menangis. Sangkar kucing yang berada diluar bilik Dahlia diambil lalu diletakkan diatas meja kofi yang tersedia didalam bilik.

"Biarlah! Kalau Irwan menangis pun Irwan tetap macho bukan macam uncle selalu nak cari gaduh dengan budak kecil macam Irwan."

"Yelah tu, Irwan cemburukan sebab uncle ni macho plus handsome, kan?"

"Irwan lagi handsome dari uncle, kan mummy?" Dahlia menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata Irwan.

"Eleh, Dahlia kalau kau nak tahu tadi anak kau ni menangis kat bawah sebab dia ingat kau akan jemput dia dekat bawah tau-tau pekerja kau yang sambut dia mengamuk sakan dia. Nasib baik semua pekerja dekat sini kenal dia kalau tak kena maki dia." Yazid ketawa perlahan apabila terkenang akan peristiwa baru-baru ini.

"Uncle jahat! Uncle ketawakan Irwan kat bawah tadi sebab Irwan nangis!"

Yazid menyambung ketawanya lalu keluar dari bilik. Biarlah dia kena cop gila oleh pekerja Dahlia asalkan dia dapat kenakan Irwan tadi semasa dibawah.

***************

"Semua maklumat tentang Zafwin dan Khaira bawa masuk ke dalam bilik masyuarat. Kita akan bincangkan tentang ni sekarang." Arah Dahlia kepada salah seorang pekerjanya.

"Baik miss." Dia menundukkan badannya lalu keluar dari bilik Dahlia.

Dahlia berdiri dari duduknya. Baju kemejanya dibetulkan. Kakinya laju sahaja keluar dari bilik dan menuju kearah bilik masyuarat.

"Semua dah ada?" Soal Dahlia sebaik sahaja masuk ke dalam bilik masyuarat.

"Sudah miss."

Dahlia duduk bersebelahan Yazid dan Naina, pembantu peribadinya.

"Aku nak Rizal jelaskan didepan." Kata Dahlia lalu memandang kearah Rizal yang duduk dihujung meja.

Semua orang yang ada didalam bilik itu memandang kearah Rizal yang tunduk dari tadi.

Rizal berdiri dan berlalu dihadapan. Projektor yang terbentang luas dihadapan itu membuatkan Rizal gugup, bukan apa nanti Dahlia tanya dia macam-macam soalan macam mana? Tak ke habis air liur dia nanti?

"Aku nak tahu macam mana Zafwin kahwin dengan Khaira." Kata Dahlia sambil membilak file identiti tentang Zafwin dan Khaira.

Rizal menarik nafasnya terlebih dahulu sebelum memberitahu kesemuanya.

"Zafwin. Dia kahwin dengan Khaira dah lama sangat sejak mereka tingkatan 6." Terhenti terus terbuatan Dahlia apabila mendengar penjelasan Rizal. Yazid berdehem perlahan.

"Mereka kahwin atas desakan keluarga. Datin Sofi jodohkan mereka berdua selepas habis ambil keputusan SPM. Khaira, dia ni sebenarnya kawan kepada Zafwin, saya dan termasuk juga arwah suami Cik Ari."

Sekeping gambar terpapar diskrin setelah Rizal menekan punat remote.

"Mereka berkahwin saling benci membenci, mereka tak pernah nak berdamai sampailah satu hari mereka berdua cuba untuk menjadi sepasang suami isteri yang lain dan akhirnya mereka bahagia." Rizal menarik lagi nafasnya.

"Satu hari mereka berdua bergaduh besar, sepanjang tu mereka bermasam muka sesama sendiri kalau bertembung pun selalu lari akan tetapi mereka selalu bertembung bila balik dari sekolah dan dirumah."

"Semasa balik dari sekolah mereka berdua kemalangan sebab bergaduh didalam kereta menyebabkan Zafwin hilang kawalan dan melanggar sebuah trak besar."

Dahlia tekun mendengar penjelasan Rizal manakala yang lain buat kerja sendiri ada yang bermain telefon secara bersembunyi, menulis untuk menghilangkan mengantuk dan ada juga tidur, siapa lagi kalah bukan Yazid.

"Saya tak tahu apa jadi masa kemalangan ni."

"Okay. Siapa tahu apa terjadi masa tu?" Soal Dahlia kepada pekerjanya yang separuh sedar.

Dahlia menghentak meja dengan kuat menyebabkan mereka semua terkejut dari dunia sendiri. Yazid yang tengah tidur terus terjaga dan matanya terbuka luas.

"Apa jadi masa kemalangan?" Soal Dahlia sekali lagi dengan suara kasar.

"Er... Khaira hilang dan Zafwin selamat semasa kemalangan." Seorang perempuan bersuara.

"Terima kasih."

"Ah ya, Zafwin selamat masa tu tapi Khaira dikabarkan hilang. Dari sejak tu Zafwin mula berubah kepada panas baran, pemarah dan selalu marah orang tanpa sebab. 3 tahun dia menderita dan menjadi panas baran sebab kehilangan Khaira sampailah."

"Sampailah Datin Sofi membawa Zafwin pergi jauh dari sini untuk tenangkan diri dan berubat diluar negeri." Yazid memotong percakapan Rizal sebab dia tahu Rizal penat dari bercakap.

"Dia gembira semula selepas balik dari malaysia."

"Jadi konklusinya Zafwin dan Khaira sudah lama berkahwin tapi Khaira dikabarkan hilang semasa kemalangan menyebabkan Zafwin panas baran, lepas tu dia berubah balik kepada positif." Kata Dahlia meringkaskan perbualan tadi.

"Kenapa dia berubah balik?" Soal Dahlia sambil melihat Rizal.

"Sebab Khaira datang balik, imagine kalau orang yang dikabarkan hilang bertahun-tahun datang semula dan menagih cinta dan suami dia, siapa tak terkejut? Sebelum Khaira hilang semasa kemalangan mereka bergaduh, right? That's why Zafwin berubah jadi panas baran semula disebabkan Khaira." Yazid menjawab pertanyaan Dahlia.

"Kenapa mereka bergaduh sebenarnya?" Soalan Dahlia membuatkan semua pekerja Dahlia memandang sesama sendiri.

"Kenapa korang semua macam tu?" Soal Dahlia apabila melihat kesemua pekerjanya pelik semacam.

"Kau jangan melinting okay kalau aku bagitahu." Yazid memberi Dahlia amaran terlebih dahulu.

"Ya, ya. Cakap jelah."

"Mereka gaduh sebab Irfan." Jawapan Yazid membuatkan hati Dahlia berhenti berdegup.

**************

Haloa! Sorry lambat😭

Dan TAK BALAS KOMEN😭

Saya baca semua komen korang, kay🌸  Insya Allah kalau ada masa saya balas balik semua komen.

Expect Zafwin/ezra datang tup2 budak kecil datang😆

And yeah thank u yang menjawab soalan saya masa tu😋

Devil Girl 2Where stories live. Discover now