37

3.7K 202 4
                                    

"Standing here on my own."
------

Setelah membeli sesuatu dari kedai mereka sekeluarga terus bergerak ke rumah Dato' Mazlan.

Kereta Jaguar I-Pace yang dipandu oleh Yazid dibawa dengan kadar perlahan sahaja memandangkan rumah orang tuanya dengan kedai tak jauh.

Dahlia memandang Irwan yang berada dikerusi bahagian belakang, Irwan sibuk membelek-belek mainan baharunya yang baru sahaja dibeli dari kedai. Gembiranya tak terkata ketika dia dapat pegang kotak mainan yang diidamkannya.

"Daddy, thank you belikan Irwan mainan ni." Ucap Irwan sambil memeluk leher Yazid dari belakang.

"Irwan, daddy tengah drive tu." Pesan Dahlia.

"Biarlah."

Irwan terus melepaskan pelukkan dari leher Yazid lalu membelek kembali mainan barunya.

Dahlia merenung wajah Yazid yang sedang memandu dari rambut, dahi, kirai...

"Honey, aku tahu aku hansem but please don't stare at me like that i'm shy." Suara Yazid membuatkan Dahlia yang leka itu tersedar dari melihat wajah Yazid.

"I didn't starred at you."

"Yes you did."

"No i didn't."

"Yes you are sweetheart."

"Mummy daddy...." Irwan bersuara dari belakang.

"Jangan gaduh-gaduh please." Pesan Irwan seakan-akan dia tu tua dari kedua orang tuanya.

"Your mummy tak mengaku yang actually she is starred at me just now." Cerita Yazid kepada Irwan dengan hilai ketawa.

"No i didn't starred at you!" Dahlia cuba untuk menafikan sekeras-kerasnya.

"Aih.. Ya lah kau menang." Yazid mengalah walaupun kenyataannya sebenarnya Dahlia sedang merenungnya tadi.

"Here we go." Yazid memberhentikan keretanya didepan pagar besar yang tertutup setelah beberapa saat pagar rumah terus terbuka luas setelah dapat kebenaran dari orang dalam.

Banglo 3 tingkat itu membuatkan mata Dahlia tertarik kepadanya. Garaj yang dipenuhi dengan kereta-kereta mewah itu membuatkan Dahlia kagum. Tak sangka sebenarnya Yazid ni sebenarnya bukan calang-calang orangnya ,tengok sahaja dari pemakaian yang Yazid nampak seperti orang biasa akan tetapi hakikatnya dia adalah terdiri dari orang yang mempunyai harta.

"Jom keluar." Ajak Yazid setelah kereta dipakir digaraj.

"Ya Allah dah sampai." Terdengar jeritan seseorang dari dalam banglo besar itu.

Pintu utama dibuka oleh orang gaji yang menggunakan pakaian beruniform. Perempuan tua dalam lingkungan 40-an keluar dari banglo besar itu untuk menyambut kedatangan mereka sekeluarga.

"Anak menantu dan cucu Umi datang." Katanya dengan mesra sekali.

Yazid bersalam dengan Uminya diikuti Dahlia.

"Irwan salam Nenek." Arah Dahlia kepada Irwan yang sedang bersembunyi dibelakang Yazid, mungkin dia tak biasa dengan keluarga Yazid.

Seperti yang diarahkan Irwan terus mencium tangan perempuan tua itu. Datin Zalia membongkokkan badannya untuk ketinggiannya bersama Irwan sama.

"Irwan. Comelnya cucu nenek." Datin Zalia mencubit pipi cucu baharunya.

Dahlia yang melihat telatah mereka membuatkan dia tersenyum. Dia bersyukur kerana Datin Zalia dapat menerima cucunya yang bukan dari keturunan keluarga Dato' Mazlan.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now