31

4.3K 271 27
                                    

“Fools Gold.”
—————

"Dengar dululah Dahlia!"

Dahlia tidak mengendahkan kata-kata Yazid. Yang penting sekarang dia nak jumpa Khaira!

"Dahlia!" Yazid menahan lift privasi Dahlia dan terus sahaja dia masuk ke dalam lift.

"Mereka berdua tak bersalah sebenarnya." Terang Yazid selepas dia mengeluh kecil apabila selamat masuk ke dalam lift.

"Tapi perempuan tu aku tak boleh terima. Dia boleh je chill bila tengok Irfan kena belasah masa tu?!" Jerit Dahlia dalam lift.

"Dahlia. Bawa bertenang okay?" Yazid memegang kedua bahu Dahlia.

"Jangan pegang aku." Kata Dahlia perlahan. Perlahan-lahan Yazid melepaskan tangannya dari bahu Dahlia.

Pintu lift terbuka setelah sampai ke tingkat yang dimahukan oleh Dahlia. Kakinya laju sahaja keluar dari lift itu. Pintu yang bertanda bentuk kuda dituju oleh Dahlia. Baru sahaja dia hendak memegang tombol pintu Yazid terus sahaja memegang dengan pantas.

"Dia biarkan macam tu sebab revenge."

"Apa masalah dia sebenarnya?"

"Well you know Zafwin lebih percayakan Irfan daripada dia sebab tu dia benci dekat Irfan. Masa tu dia tengah dating dengan boyfriend dia dekat sekolah lepas tu kantoi sebab Irfan beritahu tentang tu kepada Zafwin."

"Habis tu kenapa pula Irfan kena belasah?"

"After the next day, geng boyfriend Khaira datang untuk belasah Irfan sebab Irfan beritahu tentang Khaira dan boyfriend dia dekat Zafwin." Jelas Yazid perlahan.

Dahlia menghembuskan nafasnya perlahan dan cuba untuk berlagak tenang.

"Walauapapun aku nak jumpa juga dengan perempuan tu hari ni!" Putus Dahlia lalu memulas tombol pintu bilik.

"Cik Ari!" Jerit seseorang dari jauh sambil berlari kearahnya.

"Kenapa dengan kau ni?" Yazid bertanya kepada Naina sambil menjeling.

"Shut up. Ini tak ada kena mengena dengan kau!" Balas Naina dengan nafas yang tersekat-sekat akibat letih mencari Dahlia. Syarikat ni bukan main besar dia. Boleh pula syarikat yang sembunyi ini terdapat 15 tingkat kesemuanya. Itu baru bangunan dimana untuk bekerja lain pula halnya kalau bangunan yang menempatkan tempat tinggal, memang boleh sesat kalau tak tahu jalan disyarikat Iflash Holdings ni.

"Cik Ari. Saya lupa nak bagitahu yang hari ni ada pelancaran kereta Lambourghini yang terbaru sekali gus dengan kereta Ferrari." Kata Naina sebagai pembantu peribadi Dahlia.

Dahlia menilik jam tangannya. Ya, benar hari ini adalah hari pelancaran bagi kereta Lambourghini terbaru diumumkan.

"Bila event ni berjalan?" Soal Dahlia.

"Kalau ikut jam kita dekat sini pukul 3 subuh tapi kalau jam kat sana pukul 7 malam."

"London?"

"Yes."

"Okay. Sediakan kapal terbang aku nanti dan aku akan bertolak dalam pukul 12 malam nanti. Okay?"

"Beres Cik Ari." Kata Naina sambil mencatat sesuatu didalam iPadnya.

"And Cik Ari ada appointment dengan Mr. John dekat sana nanti." Dahlia menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Anything else?"

Devil Girl 2Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora