5

5.4K 317 12
                                    

"Makes You Feel Free,
Open Your Eyes And You Will See."- STY
------

"Ratu. Kau bila tolak kat jepun?"

"Minggu depan kot."

"Baguslah. Jom ikut aku."

"Pergi mana pula?" Ratu yang tengah seronok menonton TV itu mula merungut.

"Ikut jelah."

"Yelah."

Dahlia terus duduk dihadapan TV sementara menunggu Ratu bersiap. Irwan yang ada dipangkuannya dibawanya bermain.

"Irwan. Mummy minta maaf sebab mummy lewat balik semalam." Ujar Dahlia lalu mencium anak sulungnya.

********

"Sejak bila kau ada kereta macam ni? Setahu aku, kau ada 3 kereta je."

"Tulah kau tak tahu pasal aku. Jual mahal sangat nak tahu pasal aku." Gelak Dahlia.

Dahlia terus menghidupkan enjin keretanya. Ratu yang sedang memangku Irwan dipandang dengan segaris senyuman manis.

"Irwan okay?"

Irwan senyum menampakkan lasung pipitnya.

"Comel bila dia senyum macam Papa dia kalau senyum." Puji Ratu.

"Sebab tu aku selalu teringatkan dia kalau Irwan senyum."

"Aku simpati dengan kehilangan Irfan." Ratu cuba untuk menenangkan Dahlia.

"Takdir Allah. Dia pergi dalam hidup aku tapi Irwan ada sebagai pengganti dia."

Dahlia mula membawa keretanya perlahan. Sepanjang perjalanan Ratu dan Dahlia banyak berborak kosong tentang kehidupan mereka.

*********

"Kenapa kita ada kat sekolah ni?" Soal Ratu sebaik sahaja Dahlia mula masuk ke dalam kawasan sekolah IS.

"Pengetua kumpulkan semua orang tingkatan 5 masa tahun kita dulu." Ratu menganggukkan kepalanya tanda faham.

Dahlia terus memakirkan keretanya membuatkan ramai orang melihatnya. Dahlia terus menanggalkan kaca mata hitamnya sebaik sahaja sampai.

Dahlia terus mengambil Irwan dari pangkuan Ratu. Dahlia mencium perlahan pipi gebu anak kecilnya. Ramai orang sedang melihat adegan itu memandangkan waktu itu ialah waktu rehat.

"Irwan!"

Hanna terus meluru kearah Dahlia yang sedang mendukung Irwan. Irwan terus tersenyum apabila Hanna menegurnya.

"Rindu aunty tak sayang?" Hanna menggomol perlahan pipi Irwan sehinggakan Irwan ketawa.

"Jomlah masuk."

Dahlia dan Ratu mengikut langkah Hanna dari belakang untuk menuju ke Hall. Ketika mereka masuk keadaan betukar menjadi sunyi sepi.

"Hebatnya kau." Bisik Ratu apabila melihat semua orang memandang kearah mereka.

"Well."

Dahlia, Ratu dan Hanna mengambil tempat duduk selang dua baris dari hadapan. Semua orang ketika itu masih lagi memandang kearah mereka.

Selang beberapa minit pengetua dan beberapa cikgu datang ke dewan untuk meraikan kedetangan mereka semua.

Pengetua mula mara ke hadapan untuk berucapan dikhalayak ramai setelah diarahkan.

Pengetua mula berucap dan diakhiri dengan wajah yang tersenyum manis.

"Kau tak rasa mengantuk?"

Devil Girl 2Where stories live. Discover now