17

4.3K 273 16
                                    

"Is It Too Much To Ask?"
------

"Yang ni Zafwin." Datin Sofi mengenalkan Zafwin kepada mereka bertiga. Zafwin hanya menundukkan kepalanya apabila melihat Dahlia.

Dahlia menahan dari tangisannya. Selama ni dia tak pernah menangis kerana lelaki.

"Maaf saya nak pergi keluar sekejap." Pamit Dahlia sebaik sahaja telefonnya berbunyi.

Dahlia terus keluar dari rumah Datin Sofi untuk menjawab panggilan. Kereta terus dimasuki olehnya. Dia menjawab panggilan, tak semana-mana dia menangis semasa menjawab panggilan.

"Hey adik. Kenapa ni?" Sapa satu suara apabila terdengar Dahlia menangis.

"Abang." Tersekat-sekat Dahlia memanggil Danish yang didalam talian.

"Cuba cakap perlahan-lahan, kenapa ni?"

"Zafwin."

"Kenapa dengan dia?"

"Dia janji dengan Risa yang kami akan bersama." Katanya dengan esakkan.

"Risa. Jangan macam ni. Abang yakin dia akan tunaikan janji tu. Abang kenal Zafwin." Pujuk Danish.

Setelah beberapa minit berbual dengan Danish hati Dahlia terus lapang. Cermin ditilik sebelum keluar dari perut kereta. Hidungnya kelihatan merah itu ditutup dengan tisu yang ada ditangan.

Masuk sahaja dalam rumah agam itu Dahlia melihat kearah ruang tamu. Kosong hanya ada beberapa pekerja yang sedang mengemas.

"Er.. Cik. Mereka semua dekat ruang makan kat situ." Tegur pekerja disitu dan menunjukkan kearab ruang makan. Dahlia menganggukkan kepalanya perlahan tanda faham.

Perlahan-lahan kakinya berjalan ke ruang dapur. Entah mengapa hatinya begitu berat sekali untuk ke ruang itu. Mungkin disebabkan Zafwin? Atau Zaqwan? Atau semua orang?

Nampak sahaja meja besar mata Dahlia terus membulat. Zafwin duduk bersebelahan dengan Ratu. Puan Sri Dee pula dihujung meja sebelah kanan dan Datin Sofi dihujung meja juga disebelah kiri.

"Dahlia. Meh sini." Sapa Datin Sofi kepada Dahlia membuatkan mereka yang lain terus memandangnya.

Dahlia menganggukan kepalanya. Datin Sofi menepuk kerusi yang bersebelahan dengan Zaqwan. Dahlia hanya menurut. Dihadapannya sekarang Zafwin yang sudah berbeza dengan penampilannya.

"Jemputlah makan." Pelawa Datin Sofi.

Dahlia hanya mengambil ikan kari dan sayuran sahaja itu pun tak banyak sangat.

Mata Dahlia tidak lepas dari tangan Ratu yang cuba untuk memegang tangan Zafwin tapi Zafwin cepat-cepat menepis secara lembut. Dahlia yang melihat hanya menahan geram dan amarahnya.

"Nak ke?" Bisik seseorang membuatkan Dahlia berpaling.

"Nak apa?" Bisik Dahlia balik dengan soalan.

"Pegang tangan." Dahlia terus mengetuk tangan Zaqwan dengan sudu. Terus mengadu kecil Zaqwan dibuatnya.

Puan Sri Dee dan Datin Sofi yang terperasan itu terus memandang mereka berdua bersilih ganti.

**********

Mereka bertiga berlalu keluar dari rumah agam itu. Sejujurnya selama dua jam dirumah itu Dahlia tidak pernah berbicara dengan Zafwin sama sekali mereka berdua hanya bertentangan mata itu pun tak lama.

"Dahlia." Ratu terus menarik lengan Dahlia yang baru sahaja ingin membuka pinti kereta.

"Yes." Dahlia berpeluk tubuh sambil memandang Ratu.

"Aku nak cakap sikit."

"Aku sebenarnya dah jatuh cinta dengan Zafwin."

Zap! Terus naik angin Dahlia dibuatnya setelah Ratu berkata begitu tapi dia cuba untuk berlagak tenang.

"So?"

"Memandangkan Mama dah pilihkan kita jodoh why not kita setuju? Walaupun Zafwin tu pernah menjadi pekerja kau dan orang kata pilihan orang tua-tua memang sesuai." Jelas Ratu membuatkan angin marah Dahlua mula naik.

Tangannya digenggam kuat. Nasib ketika itu Puan Sri Dee tengah borak dengan Datin Sofi dihadapan pintu rumah semasa mereka berdua berbual.

"Kau rasa Zafwin suka kau tak?" Bisik Dahlia dengan nada seram.

"Ci- nta boleh dipupuk." Balas Ratu nada gagap.

"Aku tak rasa dia boleh cinta kau." Bisik Dahlia lagi.

Ratu terus masuk ke dalam kereta sebelum ada apa-apa terjadi kepadanya.

Dahlia membuat panggilan sebelum dia masuk ke dalam kereta.

"Ikut aku dari belakang. Bawa kereta aku dan driver sekali." Arah Dahlia dicorong telefon lalu mematikan telefonnya.

Dahlia terus masuk ke dalam kereta. Pintu kereta dihempas kuat membuatkan Ratu terkejut.

"Kau jahat." Omel Dahlia perlahan. Kepalanya diletakkan distreng kereta.

Setelah kedengaran pintu kereta penumpang ditutup Dahlia terus mengangkat mukanya ternyata Puan Sri Dee sudah pun masuk.

Dahlia mula membawa kereta dengan perlahan. Ada sebuah kereta MacLaren dan Land Rover sedang mengikuti mereka dari belakang tanpa disedari oleh Puan Sri Dee dan Ratu.

"Jadi korang setujulah dengan pasangan?" Soal Puan Sri Dee apabila perjalanan mereka sudah separuh jalan.

"Setuju sangat Mama!" Jawab Ratu nada bersemangat. Dahlia pula hanya diam dalam hati menyampah.

"Baguslah. Risa?" Dahlia hanya diam lalu mengeluh.

"Ma, orang kata kalau diam maknanya setuju." Dahlia terus memberhentikan kereta sebaik sahaja Ratu berkata begitu.

"Risa. Kenapa ni?" Soal Puan Sri Dee apabila Dahlia berhenti ditengah-tengah jalan.

Dahlia tidak menjawab sebaliknya dia keluar dari kereta dan menuju kearah kereta MacLaren yang dari tadi mengekori mereka. Seorang lelaki terus bergegas keluar untuk masuk ke dalam kereta Tesla.

"Sorry Ma." Dahlia terus meluncurkan keretanya dengan laju.

**********

"Mummy tak apa-apa?" Irwan terus memeluk Dahlia yang baru sahaja masuk ke dalam bilik mereka.

"Mummy okay." Dahlia terus mendukung Irwan ke atas katil.

"Kenapa tak tidur lagi?" Soal Dahlia apabila melihat Irwan yang segar sahaja matanya.

"Tunggu mummy dan Tok Ma. Tok Ma mana mummy?" Terus terkelu Dahlia. Dia tidak tahu apa nak jawab dengan persoalan anaknya.

"Erm... Mummy kena balik awal sebab mummy ada kerja. Tok Ma pula lambat sikit katanya nak balik sebab tulah Mummy awal balik dari Tok Ma." Jelas Dahlia. Irwan menganggukkan kepalanya. Matanya digosok perlahan.

"Kenapa belum tidur?" Dahlia mengangkat Irwan untuk keatas katil bersamanya.

"Sebab nak tunggu mummy balik. Nak peluk mummy!" Rengek Irwan lalu memeluk Dahlia yang baring disebelahnya.

"Tidur tau." Dahlia menepuk-nepuk kaki Irwan.

Setelah beberapa minit Irwan mula terbuai mimpi sambil memeluk Dahlia.

"Good night Irwan."

***********

Sorry late😭😭

Devil Girl 2Where stories live. Discover now