16

4.5K 288 26
                                    

“And it's all out of tune
Should be laughing, but there's something wrong”
—————

Tiga Tahun Kemudian,

Dahlia dan Ratu keluar dari bilik perlepasan. Senyuman terus terukir disetiap wajah mereka. Sudah lama mereka tidak menjejaki kaki disini. Pernahlah mereka ke sini tapi sesama raya sahaja tu pun dua tahun sekali memandangkan ketika itu bulan peperiksaan mereka.

"Mummy!" Seorang budak lelaki berlari untuk mendapatkan Dahlia.

"Irwan!" Dahlia mengikut rentak Irwan yang berlari.

Dahlia terus memeluk Irwan kemas. Sudah berbulan-bulan dia tidak berjumpa dengan budak ketot ni semenjak Irwan pulang dari Jepun.

"Rindu mummy." Luah Irwan. Muka sedih dipamirkan.

"Alolo... Anak mummy ni." Dahlia mengucup perlahan umbun-umbun Irwan.

Dahlia terus mendukung Irwan yang segak berpakaian kemas seperi arwah Irfan duhulu.

"Irwan? Tak rindu aunty ke?" Ratu membuat muka sedih setelah Irwan hanya memeluk Dahlia sahaja dan dipinggirkan Ratu.

"Tak! Aunty jahat sebab aunty kata mummy dan aunty tak akan balik hari ni tau-tau Tok Ma cakap mummy nak balik hari ni." Petah sahaja Irwan bercakap. Dahlia hanya ketawa melihat gelagat anaknya yang berusia 4 tahun lebih itu.

"Alah, aunty gurau jelah." Ratu mencubit perlahan pipi gebu Irwan.

"Aunty! Sakitlah!" Irwan menggosok pipinya. Ratu hanya tersengih.

"Mummy tengok aunty ni!" Adu Irwan kepada Dahlia.

"Dah-dahlah tu. Jom pergi kat uncle Danish." Dahlia terus membawa Irwan kearah Danish yang sedang menunggu.

"Oi abang! Makin buruk nampak!" Tegur Dahlia sebaik sahaja Danish ada dihadapannya.

"Eh! Mulut tu! Jaga sikit." Cebik Danish. Dahlia hanya ketawa.

"Sorrylah gurau je."

Ratu hanya menggelengkan kepalanya. Lama sudah tak bertemu sebab tu masing-masing buat perangai.

"Jomlah balik." Rengek Ratu. Penat seharian.

"Erm.. Korang baliklah dulu aku dan Irwan nak melawat kubur Irfan." Kata Dahlia.

"Siapa hantar adik?" Perihatin sahaja Danish bertanya.

Dahlia mengangkat bahunya dan berlalu keluar dari airport itu.Sebuah kereta Ferrari yang berhenti membuatkan Dahlia tersenyum. Bagasinya diberikan kepada pembantunya dan terus sahaja dia dan Irwan masuk ke dalam kereta dan meluncur dengan laju.

Seorang lelaki tersenyum apabila Dahlia sudah pun berlalu. Keluhan dihembuskan perlahan.

*********

"Abang, saya ni." Dahlia mengusap perlahan batu nisan Irfan.

"Dah nak 5 tahun abang pergi tapi abang sentiasa ada dihati saya." Dahlia mula mengalirkan air matanya perlahan.

"Saya bawa anak kita." Dahlia memeluk Irwan yang dari tadi merenung kubur Irfan.

"Daddy." Sebut Irwan perlahan dan air matanya mula jatuh dari tubir matanya.

Dahlia terus mencium Irwan perlahan lalu dipeluk erat.

"Mummy, kenapa daddy dekat dalam ni? Dia tak nak jumpa Irwan ke?" Teresak-esak Irwan berkata. Air matanya tidak berhenti-henti mengalir.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now