4

5.5K 312 27
                                    

"But you only get half of the story
The cash and the cars, and the glory
No sleep and we party 'till morning" -JLY
---------

"Isyraf?" Isyraf menjelingkan matanya.

"Kau anak orang kaya tapi buat jenayah." Kata Dahlia sambil menggari tangan Isyraf.

Isyraf mengeluh perlahan. Dia terdesak sebenarnya buat perkara ni. Kalau papanya tahu mesti mengamuk.

Kedengaran siren polis dari jauh. Dahlia hanya membiarkan Isyraf yang kena gari dihadapan kereta Zarith.

Zairth melihat keretanya yang ada rosak dibahagian depan.

"Relek lah perkara kecik je pun." Tegur Dahlia apabila melihat air mata Zairth ditahan.

"Perkara kecik? Kau tahu tak berapa nak bayar kalau rosak macam ni?!" Dahlia hanya membalas dengan ketawa sinis.

"Jom." Kata Dahlia lalu membuka pintu kereta sebaik sahaja sebuah kenderaan polis sampai untuk membawa Isyraf dan kawannya ke balai.

"Nak pergi mana pula? Nanti rosak lagi kereta aku." Marah Zarith.

"Kalau tak nak ikut tak payah." Kata Dahlia membuatkan Zarith terus masuk ke dalam keretanya.

Waktu ketika itu sudah senja. Maghrib pun akan berkumandang tidak lama lagi. Dahlia terus membawa kereta Zarith ke masjid sebelum pergi ke satu tempat.

"Zarith." Dahlia mengejutkan Zarith perlahan.

"Oi!" Jerit Dahlia dengan kasar membuatkan mata Zarith tercelik sedikit dari tidur.

Zarith menguap perlahan.

"Kita kat mana ni?" Soal Zarith dengan suara mamai.

"Masjidlah." Jawab Dahlia lalu keluar dari kereta.

Dahlia mengeluarkan telefonnya yang berbunyi. Senyuman nipis terhias dibibir.

"Assalamualaikum Ma. Macam mana Irwan? Dia okay tak?" Soal Dahlia sebaik sahaja menjawab panggilan.

"Waalaikumusalam. Dia okay je tengah tunggu mummy dia lah ni." Jawab Puan Sri Dee.

"Ma. Mungkin Risa balik lewat sikit sebab ada hal. Boleh kan kalau Mama tidurkan Irwan dulu?" Pinta Dahlia.

"Risa. Irwan cucu Mama, mama pun ada tanggungjawab untuk jaga cucu Mama yang sulung ni."

"Thanks Ma."

"No hal sayang."

Dahlia terus menutup panggilannya. Zarith yang masih mamai itu ditumbuk kuat oleh Dahlia.

"Hey!" Terus terbangun Zarith dari mamai.

"Masuklah bongok." Kata Dahlia lalu meninggalkan Zarith.

***********

"Kenapa dengan kereta adik ni?" Sapa seorang lelaki tua. Dahlia yang membuka pintu itu melamparkan senyumannya.

"Saya tangkap penjenayah tadi sambil bawa kereta." Ujar Dahlia lalu melihat lelaki tua itu.

"Ouh. Adik ni polis ya?" Dahlia menganggukkan kepalanya.

"Anak pak cik teringin sangat nak jadi polis tapi dia tak ada kemampuan nak jadi polis."

"Mungkin bukan rezki anak pak cik jadi polis. Mana tahu nanti dia kena tawarkan jadi polis." Kata Dahlia.

"Pak cik redha jelah. Kamu tak solat ke?" Soal lelaki itu lembut.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now