44

3.3K 218 2
                                    

"That shits amazing."- Tu,N
—————

"Yes, dah sampailah!" Kata Dahlia nada teruja. Dia terus keluar dari rumah untuk mendapatkan keretanya.

Yazid menggelengkan kepalanya, bukan satu buah kereta dia angkut 3 buah kereta tau diangkut! Susah juga ada isteri yang gemar mengumpul pelbagai jenis kereta ni. Seronok tu memang seronok sebab ada banyak kereta cumanya susah kalau sebuah kereta rosak banyak kos yang perlu dibayar akan tetapi Dahlia chill je kalau ada salah sebuah keretanya rosak dia akan menghantar keretanya ke machanic miliknya sendiri jadi dia tak perlu keluarkan duit, senang betul hidup Dahlia.

"Yazid! Irwan! Jom pergi rumah Nenek." Kata Dahlia.

Mereka berdua terus sahaja pergi keluar dari rumah untuk mendapatkan Dahlia yang sedang berdiri dihadapan kereta-kereta baharunya.

"Nak pakai yang mana ni?" Soal Dahlia sambil mengetuk-ngetuk dagunya dengan kunci kereta.

"Mana-mana je boleh asalkan kita sampai Umi." Kata Yazid tapi sebuah kereta ni menarik perhatiannya. Kan seronok kalau Dahlia bagi dia kereta tu.

"Ni cantik!" Irwan berlari untuk membuka pintu kereta dan masuk.

"Okay, aku drive!" Kata Dahlia.

"By the way, ni kunci kereta. Aku tau kau nak sangat kereta Audi." Dahlia menyerahkan kunci kepada Yazid. Ternganga terus mulut Yazid apabila Dahlia memberinya kunci kereta.

"Wah, yang ni kunci kereta apa?" Dia berharap sangat kunci yang ada ditangannya ini kunci kereta padan dengan kereta yang dia mahukan.

"Kau cubalah tekan." Punat kunci kereta terus dia tekan dan melompong luas lagi mulut Yazid apabila lampu kereta menyala iaitu kereta yang diinginkannya.

"Kau serius? Bukan kereta ni ke yang kau idamkan?"

"Well, kau suami aku dan kau juga ketua keluarga so aku bagi kau kereta ni jadikan kereta kita untuk satu keluarga." Benar dia memang idamkan kereta Audi Q8 tapi dia tahu Yazid memang suka kereta Audi tambahan kereta SUV lagilah dia suka.

"Aku sayang kau!" Tangan Yazid terus menarik Dahlia untuk memeluk Dahlia. Minggu ini sudah berapa kali Dahlia memberinya hadiah.

"Dah nanti lewat pula nak pergi rumah Umi. Jangan lupa kunci kereta tu!" Kata Dahlia meleraikan pelukan suaminya dan terus masuk ke dalam kereta Audi A7 sportback.

"Mummy! Cantiklah kereta ni." Puji Irwan memang setiap kali Dahlia membeli kereta baharu Irwan lah orang pertama yang akan memberi comment.

************

"Eh, siapa tu bang? Tak pernah nampak pun kereta tu?" Soal Datin Zalia sambil matanya melihat kereta Audi yang baru masuk ke dalam halaman rumahnya.

"Entah cuba pergi tengok." Arah Dato' Mazlan.

Usai sahaja kereta itu elok terpakir didalam garaj Datin Zalia memanjangkan kepalanya mencari empunya badan.

"Nenek!" Suara si kecil menjerit dari jauh.

"Ya Allah, cucu kitalah bang!" Jerit Datin Zalia.

"Nenek! Assalamualaikum!" Irwan terus menghampiri Datin Zalia dan terus mencium tangan orang tua itu.

"Waalaikumusalam." Datin Zalia menggosok kepala Irwan.

"Kereta baru ke Irwan?" Soal Datin Zalia sambil melihat kereta yang dinaiki oleh Irwan.

"Ha'ah, mummy beli."

"Assalamualaikum Umi!" Salam Dahlia dan Yazid bersama.

"Waalaikumusalam. Ha! Bertuah punya budak beli kereta tak belikan Umi." Kata Datin Zalia nada bergurau.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now