35

4.3K 245 5
                                    

“I'm So Gorgeous.”
—————

"Ezra.." Terus terbuka luas mata Dahlia apabila Danish memberitahu Ezra datang ke rumahnya dengan keadaan rumah yang porak peranda.

Dahlia dan Danish terus bergegas keluar dari rumah mereka. Ternyata keadaan diluar rumah tidak tersusun. Ada sebuah kemah roboh.

"Kau orang semua okay tak? Tak ada yang cedera?" Soal Dahlia nada cemas kepada pekerja-pekerjanya yang mengerjakan orang-orang Ezra yang datang secara mengejut.

"Semua okay kecuali Yazid." Kata Hazwan.

Dahlia melihat kearah Yazid yang sedang memegang lengannya yang berlumuran darah. Cepat-cepat Dahlia mengambil kain sebelum pergi kearah suaminya yang cedera.

"Jangan gerak." Arah Dahlia. Dia mengarahkan Hazwan untuk mengambil kotak kecemasan.

Sementara menunggu Hazwan datang bersama kotak itu Dahlia terlebih dahulu mengeluarkan peluru pistol dari lengan Yazid.

Yazid merenung wajah Dahlia yang kelihatan berseri ketika itu. Benar kata orang, orang yang kahwin pasti mukanya berseri-seri, tengok sahaja muka Dahlia pasti orang tahu yang dia ni dah berpunya.

"Ah.. Sakitlah." Adu Yazid apabila Dahlia cuba untuk mengeluarkan peluru tersebut.

"Kalau gerak memanglah sakit."

Setelah peluru itu dikeluarkan dari lengan Yazid, Dahlia cepat-cepat mengikat lengan Yazid dengan sehelai kain supaya darah tidak mengalir keluar.

"Dah siap." Kata Dahlia. Dia menyimpan semula peralatan yang dipakainya.

Hazwan terus sahaja menghulurkan kotak kecemasan kepada Dahlia. Dahlia mengambil kotak itu lalu dibuka. Pembalut diambil dari kotak kecemasan.

"Aku kena jahit lengan kau ni kalau tak jahit nanti susah pula. Jom aku jahitkan dalam bilik." Kata Dahlia.

Yazid hanya akur dengan arahan isterinya. Nilah padahnya kalau dapat isteri seorang doktor.

Dahlia memimpin Yazid untuk ke bilik mereka. Dahlia membaringkan Yazid perlahan-lahan selepas itu dia berlalu pergi ke sebuah bilik. Dia keluar bersama sebuah kotak sederhana besar.

"Kau nak sedar atau tidak masa aku nak jahit ni?" Soal Dahlia sambil dia mengeluarkan sesuatu dari kotak itu.

"Aku nak sedar." Jawab Yazid.

Dahlia mengambil benang dan jarum khas untuk jahitan kulit. Dia duduk dikerusi bersebelahan dengan Yazid.

"Jangan gerak." Arah Dahlia lagi sambil tangannya lincah membuat kerja. Yazid mengetap bibirnya kerana terasa pedih.

Sibuk tangan Dahlia sibuk lagi mata Yazid mencuri-curi pandang isterinya. Aih, sungguh cantik bidadari dihadapannya sekarang.

"Dah siap." Dahlia meletakkan jarum itu ke tempat asalnya lalu dia mengambil pembalut baharu dan membalut lengan Yazid yang baru sahaja dijahit olehnya.

"Thanks." Ucap Yazid dan tersenyum memandang Dahlia.

***********

"Kau pergi mana tadi?"

"Dahlia nikah tadi." Jawab Bella. Zarith yang sedang menaip sesuatu dikomputer ribanya terus terhenti apabila mendengar kabar Dahlia.

Penumbuknya digenggam apabila kabar itu sampai kepadanya. Nafasnya ditarik perlahan sebelum dihembus.

"Kau bukan jodoh dia, Zarith." Kata Zarith lalu mengeluh perlahan. Dia menampar-nampar pipinya lembut.

"Sedar yang dia bukan jodoh kau."

Devil Girl 2Where stories live. Discover now