75

2.1K 151 6
                                    

"I promise that i'll love you for the rest of my life."- BAW

"Abang dengar Ratu dah balik rumah, betul ke?" Mata Yazid tertumpu pada isterinya yang sedang membelek catalog baju bayi.

"Gitulah. Dia dah insaf katanya." Balas Dahlia.

"Sejuklah bilik abang ni." Dahlia memeluk tubuhnya untuk mengurangkan sejuk.

Hari ni dia memakai dress berwarna merah gelap dipadankan dengan bunga-bunga kecil, sesuai sangat untuk ibu mengandung.

Yazid terus berdiri dari mejanya dan berlalu mendekati si isteri. Blazer yang berada diatas kerusinya diambil sebelum pergi. Dia menyarungkan blazer itu kepada Dahlia untuk mengurangkan rasa sejuk.

"Thank you." Ucap Dahlia sambil mendongak melihat Yazid yang berada dibelakang sofa.

"Sure." Yazid sempat mencium pipi Dahlia. Kedua belah tangannya memeluk Dahlia dari belakang dan kepalanya diletakkan diatas kepala Dahlia.

"Apa abang ni nanti orang masuk macam mana?"

"Biarlah, kita dah halal."

Bau haruman Yazid membuatkan Dahlia tergoda dengan suami sendiri. Selalunya dia akan berasa mual jika Yazid dekat dengannya akan tetapi setelah dia menukar perfume Dahlia menjadi selesa dan tekaknya juga tidak mengeluarkan isi perut lagi.

"Abang Ya-" Pintu dikuak besar dan Helina terhenti apabila melihat perbuatan Yazid dan seorang perempuan yang tidak kelihatan mukanya akibat terhalang dengan lengan Yazid.

"Hey perempuan kau siapa!" Jerit Helina kuat lalu mendekati mereka berdua.

Dahlia dan Yazid terus berdiri setelah mendengar jeritan kuat. Terkaku Helina melihat wajah Dahlia yang berseri dengan perutnya yang besar.

"Maaf Tuan! Saya dah halau tadi tapi dia terus masuk tanpa arahan saya."

"It's okay Melisa."

Melisa menundukkan kepalanya sedikit sebelum menutup pintu dan keluar.

"D- Dahlia?"

Dahlia terus bersembunyi dibelakang suaminya. Dia takut sebenarnya meskipun dia ada seni pertahanan dia tetap tidak berani untuk beraksi ketika mengandung cukuplah sekali darahnya banyak keluar ketika mengandungkan Irwan akibat membuat aksi bertumbukkan.

"Helina, kenapa jerit-jerit macam orang gila? Orang dengar tau!" Marah Yazid dengan wajah bengsinya. Dahlah masuk tak beri salam lepas tu boleh pulak terjerit-jerit.

"Itu Dahlia ke abang?" Soalnya dengan wajah tidak percaya.

"Yelah Dahlia isteri abang, kenapa?" Soal Yazid semula.

"B-bukan dia dah - ?" Tergantung ayat Helina takut jika sepupu kesayangannya marah nanti.

"Dah apa?"

"Tak ada apalah. Helina balik dulu tak ada mood."

Semasa ingin keluar ada dua orang polis sedang menunggunya di luar bilik. Helina mula cuak apabila polis menghadirkan diri.

"Helina Maisara binti Kamaluddin, awak ditahan atas tuduhan ingin cuba untuk membunuh Tengku Dahlia Arissa, membunuh dan mengambil dadah, sila ikut kami ke balai untuk siasatan lebih lanjut." Terang seorang polis membuatkan Helina takut.

"Please, jangan." Rayu Helina dengan air mata.

"Gari dia." Seorang polis perempuan menggari tangan Helina dan di bawa ke balai polis.

"Terima kasih Tuan dan Tengku atas kerjasama." Polis itu tabik kepada mereka berdua memandangkan Dahlia adalah orang atasan.

"Good job my wife." Kepala Dahlia digosok perlahan dan Dahlia tersengih.

Sebenarnya ketika Helina masuk tadi Dahlia sempat memberi isyarat kepada Melisa untuk menelefon polis memandangkan polis sekarang sedang mencari Helina yang dikatakan mengambil dadah yang cukup banyak dan banyak mengupah orang-orang untuk membunuh musuh.

Ya, setiap pekerja disini diajar bahasa isyarat untuk hal kecemasan untuk keselamatan tanpa orang lain mengetahui seperti tadi. Dahlia memberikan isyarat nombor 9 kepada Melisa dan Melisa cepat-cepat keluar untuk menghubungi polis.

"Good job Melisa." Dahlia senyum kepada Melisa dan Melisa membalasnya. Dia bersyukur kerana diberi pulang untuk bekerja selepas diberi amaran hari tu.

"Bila due date Puan?" Soal Melisa ingin tahu apabila melihat perut Dahlia membesar.

"Abang pergilah sambung buat kerja, Alia nak sembang dengan Melisa."

Kepala Yazid mengangguk tanda faham dan akur. Tak pernah-pernah Dahlia membahasakan dirinya dengan panggilan Alia.

"Dalam 2/3 bulan keluar lah anak ni." Dahlia menarik kerusi roda yang tidak jauh darinya. Selalu pinggangnya terasa sakit akibat berdiri terlalu lama.

"Puan tak kerja ke hari ni?"

"Tak, saya cuti 3 kali seminggu sebab dilonggarkan untuk ibu mengandung." Dahlia menjawab dengan senyuman.

"Mesti anak perempuan anak Puan ni. Kecil je saya tengok dan padan dengan Puan yang bertubuh kecil."

Dahlia ketawa kecil. Dah berapa ramai orang yang membuat andaian tentang jentina Dahlia ni, boleh dikatakan nak sampai sepuluh orang.

"Ramai cakap macam tu tapi saya tak kesah jentina apa pun janji anak dalam kandungan ni sihat." Perut yang besar itu dipegang dengan penuh kasih sayang oleh Dahlia.

"Beruntung Tuan dapat Puan tau. Puan ni cantik, kecil dan comel pula tu! Tuan pula saya tengok makin berisi dari hari pertama dia masuk kerja." Kata Melisa membuatkan Dahlia ketawa.

"Tuan awak tu lah yang banyak sangat mengidam dari saya yang mengandung tau. Dia siap nak minta nasi lemak waktu subuh hari tu, ada ke patut dia minta macam tu dahlah malam tu saya baru balik dari kerja penat nak layan."

Giliran Melisa ketawa dengan cerita Dahlia.

"Macamlah sayang tak banyak sangat mengidam." Sempuk Yazid dari pintu bilik.

"You nak tahu tak Melisa, dia request nak cotton candy dari London sebab dia selalu pergi London beli cotton candy tu. Yang parahnya dia nak hari tu juga tau, nasib baik dia ada pekerja dari London dan sanggup bawa balik malam tu, nasiblah pekerja dia ni penyabar orangnya."

Berdekah Melisa ketawa mendengar cerita sepasang suami isteri ini. Tidak boleh dibayangkan nanti kalau dia mengandung.

"Ish abang ni." Dahlia menunjukkan muka tidak puas hati kepada Yazid dan Yazid membalas dengan menjelirkan lidahnya.

"Melisa. Kalau awak kahwin dan mengandung nanti cari laki yang penyabar tau, jangan cari laki yang panas baran dan mudah terasa sebab susah nanti dia akan jaga kita ketika mengandung dan selepas mengandung, kita perempuan kena cari laki betul-betul jangan semberangan." Nasihat Dahlia kepada Melisa. Melisa mengangguk tanda faham.

"Saya bersyukur sangat sebab ada suami yanh memahami dan sanggup layan kerenah walaupun jenis keras kepala." Yazid yang mulanya kembang apabila dipuji terus mengecilkan matanya tanda geram dengan ayat hujung sekali.

"Puan dan Tuan dah ada berapa anak?" Soal Melisa.

"Saya ada anak dengan bekas suami saya, dia meninggal waktu saya kandungkan anak pertama kami, dia nak sangat jumpa anak dia tapi Allah dah tarik nyawa dia sebelum jumpa anak kami." Dahlia mengalirkan air matanya lalu mengesat dengan laju.

Melisa memegang tangan Dahlia untuk memberi kekuatan.

"Tapi saya berterima kasih kepada Allah, Allah tarik orang kita sayang dan hadirnya orang baru iaitu Yazid suami saya sendiri."

Bahu Dahlia diusap lembut oleh Yazid dari belakang. Dia bangga mempunyai isteri yang kuat seperti Dahlia, mengandungkan Irwan bersendirian tanpa seorang Ayah dan sanggup berkorban apa sahaja untuk Irwan.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now