51

3.1K 225 18
                                    

“What A Time.”- WAT
——————

Dahlia mengeliat kecil setelah dia terlepas dari pelukan Yazid. Jam sudah menunjukkan keangka 9 pagi. Dia menggeleng melihat suaminya yang masih lagi lena tidur berpelukan dengan bantal peluk panjang.

"Siapalah yang call dia semalam eh?" Omel Dahlia ingin tahu. Dia terus bergerak ke laci kecil yang teletak disebelah Yazid.

Iphone Xs Max yang terletak didalam laci diambil oleh Dahlia. Dia terus memeriksa call logs, ada nombor yang tidak dikenali. Dahlia yang berasa curiga itu terus memeriksa aplikasi 'whatsapp' milik Yazid.

Ada berbelas-belas pesanan dari seseorang. Dahlia apa lagi terus dia membuka dan baca.

Unknown:
-Sir
-Sir Yazid!
-SIRRRRRRRRR
-Kenapa tak jawab call saya sir?👉🏻👈🏻
-Isteri Sir tak kasi ke?
-Sir
-Sir Yazid
-Dah tidur ke?
-Hmm tak apalah Sir
-Goodnight
-This massage was deleted

"Kenapa aku rasa budak Melina tu?" Omel Dahlia sambil membaca pesanan itu dengan hati yang geram.

Dahlia terus memberikan pesanan kepada nombor yang tidak dikenali itu.

To unknown:
-Sorry who are you?

"Kalau si Melina tahulah aku nak kerjakan kau. Kau ingat kau budak SPM kau boleh lepas je? Jangan harap." Omelnya lagi lalu neletakkan telefon Yazid diatas meja bersebelahan pintu tandas.

Dia masuk mandi terlebih dahulu sementara menunggu pesanan itu dibalas. Yazid masih lagi lena dibuai mimpi.

Usai sahaja Dahlia mandi dia cepat-cepat memeriksa telefon suaminya. Ternyata pesanannya dibalas!

Unknown:
-Sir tak save number saya ke? 👉🏻👈🏻
-Saya Melina, budak comel 😘

Dahlia menggenggam telefon Yazid dengan penuh geram. Dia tak sangka Melina berani buat macam tu. Comel dia kata? Kau ingat kau comel ke?

"Aku kasi bluetick baru kau tau." Dahlia terus membuang semua pesanan dari Melina supaya Yazid tidak perasan akan kehadiran nombor Melina.

***********

"Hana, aku tak tahu lah kenapa dia nak kacau hidup aku dengan Yazid." Luah Dahlia kepada Hana yang sedang duduk dihadapannya.

Hana terus pusing memandang Aiman dan Yazid. Ternyata dua-dua itu baik-baik sahaja.

"Siapa kacau kau? Aku tengok Yazid okay je."

"Yazid okay je tapi yang tak okay-nya anak murid si Yazid tu suka Yazid! Kau faham tak budak SPM suka Yazid!" Dahlia terus menggoncang badan Hana.

"Aish, biasalah kan budak-budak. Wajarlah anak murid minat cikgu." Dahlia terus memandang Hana tajam.

Hana terus memandang sekeliling.

"Masalahnya budak tu dah terlebih! Dia boleh pula dekatkan diri dengan Yazid!" Dengan nada yang geram Dahlia berkata.

"Dia call dan text Yazid waktu nak tidur, kau rasa?"

"Kau ni pun cemburu bukan main. Mungkin perempuan tu ada nak minta tolong kaitan sekolah, kan? Kita tak tahu Dahlia." Hana cuba untuk menenangkan Dahlia.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now